INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, September 12

Koleksi Inai di Uptown Shah Alam Di Hari Raya









Inai Pengantin di Ampang




Assalamualaikum semua, hai semua blogger, lama dah tak upload cerita nih ramai pula yang "bertanya dah tak buat lagi ker service inai nih?". huhuuuh.... sebenarnya Norish sangat superbz dengan pengantin. Alhamdulillah Norish masih membuat service henna nih dan masih sedang bergiat aktif, InsyaAllah Norish akan upload kan cerita baru n gambar baru bagi u all semua ... k :) 

okey kali nih gambar masa Norish berinai di Ampang . masa nih dalam bulan puasa, lagi 3 hari nak raya kalau tak silap.. uhuu kawan kita nih nak kawin on hari raya di kelantan, jadi buat la awal sbb rumah yang u all nampak nih rumah kakak nya cik Aini. Alhamdulillah mereka 2 beradik sangat sporting n kami bekerja dengan gurau senda mereka.

Selamat Pengantin Baru.

Isnin, Ogos 20

Henna/Inai : Berinai di Hari Raya.




















As salam hai semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. kali ni Norish buat inai bagi customer yang nak buat untuk suami di Hari Raya, kira utk inai hari raya lah nih, tapi special lagi coz design nya ala Arabic. huhuhuh. Namanya Farah, suaminya orang Dubai, huhuuhu....so menjadi adat tradisi orang Arab si suami suka melihat si isterinya berinai, cantik.... :), masa nih kali kedua Farah berinai dengan Norish, Alhamdulillah beliau selesa dengan saya, ok ceritanya macam nih, Farah nak buat inai sempena Hari Raya sebelum pulang ke kg halaman. huhuhu... jadi dia nak berinai on 17hb Augst, pagi 2 dia dah dtg umah Norish nak berinai, tau tau dia mengandung 5 minggu, wah tahniah Farah rezeki Ramadhan orang kata :). jadi Farah nih dah siap2 pilih corak yang dia berkenan utk saya lukiskan. Alhamdulillah menjadi , gambar di atas adalah hasilnya selepas 2jam saya melukis.

p/s:- jadi jangan kata adat berinai nih dari orang India sahaja, ia juga amalan orang2 Arab,(senang kata middle east la).. malah mereka lebih mahir & pantas melukis Henna . Inai ini adalah perhiasan sementara bagi wanita.

Rabu, Ogos 8

Henna/Inai : De Palma Hotel shah alam - Aira

As salam hai semua, kali ni nak citer sorang customer nih,masa nih dalam bulan mac tahun nih, sebenarnya  Aira nih agak last minute, tapi Alhamdulillah ada rezeki dengan nya, call hari ni esok dapat. huhuu....

okey , beliau nih sebenarnya adalah saudara baru dalam Islam , Alhamdulillah beliau memeluk Islam selepas berjumpa dengan suaminya. semasa berjumpa dengan nya aira baru je balik dari membeli barang & kelihatan sangat letih & kelam kabut.. huhhu... mana taknya, janji jam 8.30 mlm norish kene ada di hotel , tapi dia masih belum sampai...huuhu...sakan berjalan nih.. tapi nasib baiklah that day hanya dia sahaja customer saya. jadi bagi Norish it's ok sbb tak rushing pon :). lastly jumpa dia dlm jam 930mlm. huhuu sempat gak norish minum kat kedai mamak sebelah De Palma tuh.. sambil tunggu dia mandi.

ok, Aira nih orang yang tak cerewet, & dia tak pernah buat benda nih tapi mak mertua nya yang bagi cadangan suruh buat. huhu.... yelah sekali jer kot nak buat meriah sakan sape taknak kan...lagi pulak dapat mak mertua yang sporting.. huhuhu..

masa dalam bilik hotel, sangkakan saya ada lah adiknya or maknya, tapi semua tak de mereka masih berjalan lagi di kl & ontheway nak balik.huhu...itu lah masanya kami berborak2 .

jomlah lihat pilihan corak Aira dari sabah nih :)




Isnin, Ogos 6

Henna /Inai : Ringkas di Majlis Pernikahan.

Salam Ramadhan semua, kali nih entry untuk bulan Ramadhan. 
 
saya perkenalkan Bella, menetap di Taman Melati. opppsss...blog Norish tak sempat nak minta dengan nya...huhuhu. mungkin sebab kelam kabut, tak pe nanti tunggu dia Upload gambar k.

ok Firstly Norish terkejut juga ada yang nak buat majlis nikah pada bulan Ramadhan ni. Mulanya Bella nak akk kesana, tapi mungkin ada sebab tertentu dia lebih senang jika ke tempat Norish. Di Shah Alam . kira agak jauh juga dia nak datang kemari. Tapi pesan padanya jangan datang sorang nnti tak berteman payah pula. :)

setibanya waktu yang dijanjikan jam 8mlm, selepas berbuka Norish terus bergegas ke Uptown sek 24 nak buka kedai, lagi pon dia dah sms Norish katanya dah sampai..huhuhu... time jam 8 mlm uptown baru je nak buka , pekedai baru nak mula datang.

Akhirnya jumpa juga orang yang diceritakan. huhuhu...Alhamdulillah. Rupanya Bella datang bersama dengan adiknya menaiki lrt n komuter , sampai shah alam terus ambil teksi ke uptown. kesian juga padanya, tapi sebabkan inai bella gagahkan juga huhuhu ....



ok Akhirnya bella setuju untuk memilih corak seperti dibawah:-

Tahniah Bagi Bella, lepas nih dah ikut husband belajar di UK, bidang kedoktoran.

Selamat Pengantin Baru.

Ahad, Julai 29

Henna/Inai: Kikin Amir - Ampang hilir.

As salam semua selamat Berpuasa, semua...

ok pada bulan Ramadhan nih walau pon kerja menghenna nih berehat seketika, namun bagi Norish ia tidak berhenti begitu sahaja. banyak benda yang berlegar dalam kepala Norish nih...ok kita buat satu persatu ya... huhuh ok kali nih Norish perkenalkan Syikin Amir atau Kikin Amir.

Satu lagi nak buat pengakuan, huhuh sebenarnyakan banyak lagi pengantin yang Norish nak uploadkan dalam blog nih untuk tatapan semua tapi Norish hanya ada 2 tangan yang berkerja keras selagi ada kudrat untuk mengupload new entries.

ok ok.....back to the story.... Pasal kikin Amir nih seorang yang ceria, peramah & suka bercerita... huhuuh sedikit sebanyak dapat la berkongsi cerita dengan nya pasal semua vendor2 nya & perangai 2 si vendor & customer. huuhuh....masa Norish datang tuh dia tengah sibuk membuat bunga kertas gubahan nya sendiri... kreatif juga dia nih.. :)

corak dah dipilih, Beliau hanya pilih corak yang sangat ringkas & kene dengan budgetnya... huhuh  ketika Norish tengah khusyuk melukis ditangan & kakinya, adik Norish melayan dia supaya dia tak la rasa nurveous sangat.. huuu... setronok dia bergelak ketawa... huhuuh... ok lah bagi sesiapa yang nak kenali siapa kiki Amir nih boleh la layari blog nya di http://lamaransidia.blogspot.com

Ini antara gambar yang Norish sempat ambil masa di rumah nya:-
























Tahniah Syikin ... Selamat Berpuasa dengan suami tercinta  :) Terima kasih.

Isnin, Julai 23

Henna/Inai: Pandan Indah kuala lumpur



As salam hai semua bertemu kembali.. huhuuh ok kali perkenalkan keluarga Q, mereka nih adik beradik, namanya Qurairatu Aini, Qurairatu Aishah , & Qurairatu Aida.
huuuu....macam mana dia orang boleh dapatkan number Norish ya?..ouh melalui customer Norish yang namanya Ayun nar... sure mana2 blogger mesti kenal blog dia http://www.ayunayunar.com
mmm..norish pon minat juga rekaan tudung2 yang di jual.. huhuu.. dek kerana minatkan corak Ayun tuh mereka pon contact hanya melalui Facebook shj. huhuuh... bayangkan the day yang kami nak jumpa tuh baru lah berhubung melalui handphone,..huhu..Alhamdulillah kami selamat mejalankan kerja2 menginai nih. start dari jam 430 bahis hingga jam830 mcm tuh lah. bergilir2 pengantin nih di Inaikan.. huhuuh...Norish Doakan semoga mereka semua bahagia disamping keluarga yang tercinta.