INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, Oktober 10

Inai/ Henna: Putrajaya - Serdang - Seksyen 19 Shah Alam





Salam semua ok, kali nih boleh u all cuci mata tengok design baru henna Norish untuk 2 minggu sudah.. huhuh... dek kerana banyak sangat story nak citer , Norish packkan dalam satu page.

ok, tentang corak yang paling atas skali , pengantin yang buat request , katanya tak nak banyak sangat n just nak bunga kecil2 n simple,sweet.. huhuh...masa nih Norish buat di Putrajaya, Puteri Palma Condo IOI resort, fuh... cantik sungguh tempat nih, rasa nyaman dan tenang jer bile berada di sana. Jadi dengan senang idea Norish terkeluar.. huhuu.... terusla menconteng di tangan nya.. Alhamdulillah design ini sangat di minati ramai oleh kebanyakkan pengantin.







Ok gambar seterusnya, ok design kali nih memang dari pilihan pengantin sendiri, yang mencari di Internet.Arabic Style, jadi Norish hanya merialisasikannya di atas tangan pengantin ini untuk menjadikan hari bahagianya itu lebih manis. Alhamdulillah akhirnya hasil air tangan Norish pengantin sangat berpuas hati dan sangat menyukainya. 
Sambil2 melukis, memang ia mengambil masa hampir 3 jam juga.sebab kan corak nya terlalu rapat dan banyak eliment yang Norish kene berhati2.tapi kami tak merasa bosan kerana seronok berborak n ketawa bersama keluarga pengantin. nak nak pulak pengantin nih bekerja di Tv Al-hijrah, wah lagi la bergosip kami nih. hihiiih...Terima kasih pada pengantin dan keluarga, kerana sudi berborak dan melayan telatah kami. 
ouh ya, sempat juga ambil gambar poloroid, huhuuhuh... tak sempat nak upload. :)

ok bergerak lagi pada gambar yang terakhir, Norish upload nih,
Ini memang corak baru dari Norish yang mana pengantin nih dah pilih dari buku sketch Norish. Alhamdulillah seminggu kemudian kami bertemu semula secara tak sengaja di uptown Shah Alam, dan dia sangat gembira selepas begelar PN. hihiih.. ok Selamat Pengantin Baru.