INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Selasa, Mei 27

Inai / Henna pengantin Last minute booking untuk date 29 /30 mei 2014.

Salam semua pembaca, oleh kerana permintaan untuk berinai pada date 29 mei dan 30 mei ini adalah sangat ramai.Dah kira last minute, tapi In Shaa Allah Norish akan bantu anda, cuma anda semua kene bekerjasama untuk melancarkan prosesnya.

Oleh itu Norish dan Crew Henna Noor Collectionz, akan membuka kedai
 di UpTown Shah Alam se awal  pada  :

               29 mei 2014 pada 5.30ptg - 3 pagi ( crew yg terlibat Syazana & syazmora)
            30 mei 2014 pada 6.30ptg -2 pagi. (crew yg terlibat Syazana & syamora & Anne )

Norish hanya akan ada disana pada waktu jam 12 mlm keatas, selepas saya habiskan semua booking di luar. semasa ketiadaan saya, crew yang bertugas akan membantu anda untuk melukis inai, mereka juga akan di bantu oleh 2 lagi crew baru saya Fadhlina & Azura.

Jangan risau, In shaa Allah mana2 pengantin yang membuat lukisan set kaki & tangan skali dengan hujung jari kaki  & tangan, yang harganya bermula dari rm120 dan selebihnya bergantung pada corak yang dipilih, kami akan menyediakan service basuh secara percuma!!

ok ni saya review dari feedback previous pengantin dari instagram kami. tentang bakat crew Henna Noor Collectionz.

korang pon boleh view semua hasil kerja tangan mereka termasuk saya :) dalam Instagram kami  #norishennateam



Di harap agar hari bahagia anda akan lebih cantik dan manis dengan adanya lukisan inai yang merah di tangan.

P/S: - pada sesiapa yang nak datang untuk berinai di uptown sila hubungi saya di talian
017-3276448, 
untuk letak nama. oleh kerana ada beberapa waktu yang telah di booking juga. sebarang pertayaan sila hubungi Norish terus . :) Terima kasih.

Jumaat, Mei 16

Henna Bersama Misha Omar & Firos Ezzwan

Salam semua, ok kepada Follower
Norish henna kali ni Norish sungguh bertuah kerana dapat inaikan Misha Omar. sebenarnya untuk pengetahuan semua, beliau sendiri telah hubungi saya dan buat booking dengan saya hampir setahun yang lalu, masa tuh sebelum date nikah tersebut di tunda. Pada awalnya saya sendiri tak tau yang call tu dia sendiri, setelah di tanya baru lah beliau mengaku .

Dan setiap 2 bulan skali kami akan bermesej utk update yang terkini, nak dijadikan cerita, 22 nov yang lalu bapa saya telah meninggal dunia, dan seminggu kemudian Bapa Misha pula yang dijemput, jadi kami berkongsi perasaan pilu itu bersama., maka tundalah sekali lagi tarikh nikah mereka,.

Tarikh 2 Mei2014, Misha dan pasangan telah selamat di nikahkan, di Kelantan. dan saya telah di tugaskan untuk menginaikan beliau dan pasangan di Renaissance Hotel pada malam 1 Mei 2014. kami mulakan tugas dari jam 11malam selesai jam 3pagi. pada masa tuh beliau terlalu letih dengan persiapan dan rehearsal tapi gagahkan jua diri sebabkan ini adalah khas untuk hari bahagia nya. dan bila lagi dia nak berinai sakan , kalau tak hari bahagia nya :).

Tentang corak, Misha hanya memberitahu saya yang dia nak yang jenis sarat di kaki, dan terpulang pada saya untuk mencipta design baru untuk nya. "janji cantik, saya percayakan akak.." katanya. Alhamdulillah saya berjaya dengan corak yang tersendiri, Syukur skali lagi, Misha dan pasangan serta artis yang lain yang berada disana semasa saya menjalankan tugas sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya. (free hand drawing) Alhamdulillah :).



corak henna Misha Omar sangat istimewa,
Ia merupakan lace penuh di pergelangan tangan dan bercantum di 4 bahagian.

1-  Cantuman yang pertama adalah ditapak tangan , sangat manis saat merenjis
2- Cantuman yang kedua adalah bahagian sisi, yang mana lukisan inai akan nampak penuh jika tangan yang        kecil itu diletakkan atas dada suami tercinta.
3- Cantuman ketiga, ketika tangan mengangkat doa, nampak seiring sejalan hidup didunia dan akhirat
4- Cantuman di hadapan, sangat manis ketika bersanding, nampak sama padan .

corak henna di kaki juga sangat istimewa kerana beliau mempunyai kaki yang sangat comel. dan design yang dibuat adalah yang bersesuaian , ia kelihatan seperti seolah2 memakai sepasang sandal yang yang bertali di pergelangan kaki.













Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan semasa saya menghadiri majlis resepsinya di Hotel, saya dapat berjumpa semula dengan customer saya dari 2 tahun yang lalu, dia adalah Nurul Huda Abdul Aziz (YUYU tv3), dan Yana Lang.

p/s- beberapa gambar telah di ambil dari sumber Internet, dan nanti saya update lagi cerita tentang inai Misha waktu bertandang pula. :)

Terima kasih.