SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA
PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI
B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),
BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.
Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.
lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..
salam semua, Apa khabar?.... seronok beraya?... huhuu....Alhamdulillah Norish tahun nih Raya biasa2 sahaja, sebab raya ketiga dah start berinai Pengantin.
Alhamdulillah, sokongan dan permintaan dari orang ramai sangat menggalakkan tentang pemakaian inai, tak kiralah sama ada, inai daun atau inai serbuk. ramai juga yang bertanyakan kelas dengan saya.
Untuk pengetahuan umum, Norish memang ada membuka kelas Melukis Inai, tetapi pada bulan tertentu sahaja, ini disebabkan oleh kekangan waktu. Kelas yang saya buka juga tidak mengambil ramai pelajar dalam satu waktu, ini kerana untuk saya akan fokus lebih kepada individu. maximum hanya 3- 4 orang dalam satu hari, kelas saya tidak tertumpu pada melukis sahaja. malahan apa juga yang anda ingin tahu tentang perniagaan ini.
disamping itu Norish juga ada menjual pelbagai jenis inai, dari serbuk/daun hingga lah yang dalam tiub. cuma inai yang saya bancuh saya tak sempat nak jual sbb tak cukup tangan nak bancuh. hihihi...jadi u all boleh beli yg serbuk and bancuh sendiri.:)
untuk perkhidmatan pos pon In shaa Allah Norish akan cuba tingkatkan penjualannya.
bagi yang telah mengenali dan pernah mengambil khidmat Norish Henna, Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada anda semua, Henna Noor Collectionz bukan hanya sekadar memberikan khidmat service inai, malahan menjual dan mengajar segala2nya tentang Henna. :)
Salam semua , kali ni Norish perkenalkan one of my customer yang telah selamat di ijabkabulkan, pada awal tahun 2013, Nurul Mahirah & Reza,. Apa yang menariknya, semua persediaan dilakukan nya sendiri bersama keluarga tercinta, Tahniah, .
Majlis beliau juga sangat unik dan disini kita lihat ,Gabungan lima acara semua bersama-sama
Satu majlis perkahwinan tradisional Melayu yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip Islam dalam kontrak perkahwinan (Akad Nikah / Ijab qabul) dengan campuran adat Melayu tempatan (adat-Resam) semasa penyediaan pengantin perempuan.
acaranya:-
11/1/2013 - Majlis Menitik Inai
12/1/2013 - Mandi BUnga/Bersiram
12/1/2013 - Majlis Berinai Kecil
13/1/2013 - Majlis Ijab & Qabul
13/1/2013 - Majlis Berinai Besar
Hai semua kali ini saya uploadkan gambar cara saya memproses daun Inai.
Ini lah daun inai yang baru sahaja di ambil dari pokok, di kawasan rumah saya. & juga pokok baru yang saya ambil dari rumah customer saya, yang sudi berkongsi pengetahuan dengan saya tentang pokok inai. Terima kasih chic shahira :)
Haaaaa..... ini bapa mertua saya, dia lah yang bertanggungjawab menanam & memetik daun inai apabila ada permintaan dari pengantin.
Haaa.... yang ni pula bukan saya!!!... yang ni lah Intan ..:) sedang sibuk membantu meleraikan daun inai dari tangkai sebelum di kisar kedalam mesin khas.
Inilah mesih yang akan saya gunakan untuk mengisar daun inai , samaada giling atau kisar sama jer janji ia halus, dan mudah digunakan.
Yang ni pula adalah barang tambahan yang saya gunakan untuk menjadikan daun inai itu lebih merah, selain dari limau nipis/kasturi/lemon pon boleh campur juga, yang penting asid dalam limau nih yang bagus untuk Inai mengeluarkan warna merahnya, disamping membuatkan Daun inai nih bertambah wangi.
selain dari itu saya juga menambah arang & gambir kedalam ramuan ini, supaya warnanya lebih menarik.
Inilah Inai bancuhan yang telah saya siapkan. & ia harus di simpan sejuk didalam peti sejuk , ia hanya dapat bertahan dalam jangkamasa kurang drpd 1 bulan sahaja.
Harus di ingat bahawa pemakaian inai daun ini haruslah lebih dari 5-7jam, bagi memastikan ia merah cantik di hujung jari anda semua. Kemerahannya juga bergantung pada individu, & juga jenis daun yang digunakan, daun inai tidak semuanya merah sama . ada sesetengah pokok hanya merah oren sahaja, dan ada sesetengahnya merah menyala. Ketahanan nya lama berbulan-bulan lamanya. :) Pokok inai yang saya gunakan ialah yang berjenis daun kecil & Insya Allah inai saya merah cantik.
lihat la hasilnya :)
selain inai ini digunakan oleh para pengantin untuk memakainya di jari, Daun & akar pokok inai ini boleh di rebus & di minum untuk tujuan menaikkan seri wajah. agar wajah kelihatan kemerah merahan "dah tak perlu pakai blusher " :) . petua ini di ajar oleh mak customer saya . beliau amat gemar meminum air akar kayu :). ( Insya Allah nnti Norish cuba )..terima kasih shahira & family sudi berkongsi petua dgn Norish.