INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, Februari 5

Inai Pengantin jika last minute booking.

                                                                                       
                                                                                    PINTU UTAMA
PINTU BELAKANG
Salam hai semua, ok map di atas adalah lokasi Henna Noor Collectionz di dalam Uptown Shah Alam, bagi sesiapa yang nak berinai utk tujuan suka2 atau perkahwinan boleh la ke kedai saya di sana, tapi call dulu utk booking n letak nama.
Tujuan saya meletakkan map ni , supaya sesiapa yg datang tak perlu pening2 cari, kerana lokasi kedai saya nih tersorok sikit dari depan, kalau tak nampak laluan sederet dengan kedai cermin mata dan depan kedai makan sure korang tak jumpa. paling senang kalau korang masuk parking kat bahagian belakang skali, nampak tak ada simbol pintu dekat dengan kedai norish tuh. Dalam map ni Norish bagi direction masuk dari arah pintu utama, sebab 80% dari pelanggan akan masuk dari depan, bagi mereka lebih senang parking tepi highway. Sebenarnya kat belakang parking lebih luas dan banyak. Jadi pada sesiapa yang nak datang boleh call dulu k.
Ok la kebetulan Norish dah upload  map gambar kedai ni, meh sini saya cerita sikit tentang penubuhan kedai saya ni, untuk makluman semua, Norish dah berada di sini sejak dari tahun 2009 lagi, tapi masa tuh Norish buka meja (sewa tempat shj) dekat lorong tengah block A dan B, jadi kalau hujan rugi la saya. :( bukan mudah nak dapat kedai dekat Uptown Shah Alam ni, tapi , rezeki datang dari Allah saya berjaya dapatkan kedai di bahagian belakang, yang mana tempat tu dulu tak de orang pon nak meniaga, hanya sampah sarap yang ada, gelap pon ya juga, tapi saya pasang niat nak majukan nya, Alhamdulilah masuk bulan puasa they all kemas lot2 kedai ,sebab ada yang menyewa disitu. Syukur sgt Norish ada jiran nak berniaga. tak la rasa sunyi sangat. :). Alhamdulillah sehingga la sekarang Norish masih bertahan disitu. masuk tahun 2012 dan 2013 Norish sangat sibuk dengan booking di luar sehinggakan jarang buka kedai, tapi walau jarang buka sekalipon, sesiapa yang call Norish untuk berinai, Norish masih terima. 2014 Syukur pada Allah saya telah ada seorang staff yang mana dia anak didik saya, yang boleh membantu semasa ketiadaan saya di kedai. walaupon kedai saya kecil sahaja tapi In Shaa Allah.
 Baru2 ni customer saya dapat maklumat ada orang bg tau yang kedai Norish yang dekat belakang tuh dah tutup. !!!!!....wah jangan cakap macam tuh kalau tak tau, kesian saya nih nak cari makan jangan cakap yang bukan2. SAYA MASIH LAGI DI UPTOWN SHAH ALAM. dan sesiapa yang last minute nak buat henna pengantin kami menerima tempahan disaat akhir setiap hari RABU - AHAD, dari jam 9 mlm hingga 1 pg (jika ramai tutup jam3pg.) tapi wajib call ya. :)
Keistimewaan kedai Henna saya di uptown, tempahan pengantin yang buat disitu akan kami service sehingga selesai inai dibasuhkan. dan In Shaa Allah inai tersebut akan tahan selama seminggu atau lebih bergantung pada cara penjagaan masing2, kerana inai yang Norish gunakan adalah inai yang dibuat sendiri. In Shaa Allah anda akan berpuas hati.

p/s- nasihat saya jangan la sampai semuanya last minute, kalau boleh booking biarla awal2 bagi menggelakkan dari sebarang masalah.