SPA , Make Up & Berinai

Nak Inai tak ? nak MAkeUp.... Spa ??...Jomlah Ke kedai saya ..:)

Untuk Make up & inai kalau nak cuba boleh datang ke tempat saya...bagi para pengantin yang inginkan khidmat SPa untuk membelai diri anda boleh hubungi saya & dapatkan kupon potongan harga tersebut. :)

jika anda semua ingin ke kedai saya pastikan anda call saya dulu :). bukan apa risau time tuh saya tiada di kedai .:)


Jom Jumpa saya di..Uptown Shah Alam Seksyen 24
lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..ada banner besar lagi kat ctu...jom la:) kalau tak jumpa hubungi saya k.

ok..terima kasih.

Simple Design

siapa Dgn Saya?

Isnin, Mei 14

Inai/Henna: simple di seksyen 19 ,Shah Alam.

As salam hai semua kali nih Norish nak upload gambar anak beranak berinai. huhuuhu...

gambar di bawah nih Norish memang lukis secara spontan tanpa rujukan hanya bergantung pada kehendak pelanggan. Insya Allah boleh. :)


ini lukisan untuk si Ibu.


Ini pula untuk Anaknya yang baru juga mendirikan rumah tangga bulan mac lepas.

kiranya ini adalah kali ke 3 Norish menginaikan mereka. Alhamdulillah mereka berpuas hati.

Ahad, Mei 6

Inai pengantin

As salam hai semua, wah wah lama sungguh rasanya Norish tak update blog nih kan ....huhuhu... bukan saya tak nak upload tapi masa saya sangat2 terhad, Insya Allah saya cuba sedaya upaya untuk buat new entries..

ok kali ni Norish betul 2 sangat sibuk dengan pengantin, & ramai juga sejak kebelakangan nih yang buat booking last minute... huhuuhuu... bagi mereka yang last minute tuh kalau Norish boleh masukkan Norish masukkan. ok :).

gambar 2 dibawah adalah beberapa aktiviti Norish, ada lagi, tapi Insya Allah slowly Norish masukkan.


yang gambar di atas nih , gambar bersama dengan orang dari Sri Langka, dia kata nak buat inai yang simple jer di tangan, buat syarat dia nak pulang ke Sri Langka utk majlis di sana. Saya sangat berterima kasih pada kawan saya Rita, dia yang kenalkan.



gambar yang di atas ni pula salah seorang pengantin yang telah datang buat appointment di kedai saya di Uptown Shah Alam sek24. dia hanya buat corak shj tanpa full cap kerana katanya ada majlis pasang inai bersama familiy, jadi mereka nak pasang sendiri.





gambar di atas nih pula gambar saya bersama dengan Penyanyi kumpulan Nasyid Solehah suatu masa dulu..ada yang ingat lagi tak? yang menyanyi bersama2 dengan Bienda tu... ha  ni lah orangnya , namanya Farahwahida. seronok bertemu dengannya kerana beliau sangat ramah & cantik orangnya.

Rabu, April 11

henna/inai:Si comeyku sibuk menumbuk inai daun untuk pengantin

hai semua kali nih Norish just saja2 nak upload gambar comel gilerr nih kat blog...huhuh iklan seketika :)...

masa nih Norish.tengah sibuk menumbuk inai untuk pengantin, depan ruang tamu, tetiba datang lah si comel Qaseh nih setia menemani Norish ketika sedang menumbuk inai....huhuu.







Rabu, April 4

Henna/Inai : Aien -Semenyih.

okey kali nih gambar nih ada watermark yang lain sikit coz masa nih ambil gambar & ingat nak upload gambar nih guma Handphone terus ke blog tapi tak sempat nak buat. jadi Norish transfer balik to Notebook & buat upload terus.

Janji Ia hasil asli dari Norish sendiri. Henna Noor Collectionz.

masa nih Norish ke Semenyih untuk berinaikan pengantin nih... wah seronok giler lah walaupun waktu Norish datang tu waktu yang sibuk bagi mereka, tapi layanan yang kami terima sangat mesra. sanak saudara Aien semuanya sangat ramah & sporting. :)






henna/inai: Huda - klang

hai semua lama dah tak dapat nak update new entries kat blog nih. ...huhuhu Alhamdulillah pengantin tak putus-putus call Norish, Syukur Alhamdulillah ramai yang berpuas hati.

di bawah nih gambar salah seorang customer Norish, yang buat untuk kali kedua, kali pertama corak nya bunga paku pakis ala Ayu Raudah, kali ke dua nih kita tukar sikit tambah bunga jer... :)

Selasa, Mac 20

henna/inai: lukisan spontan henna seksyen 19 shah alam.

hai semua, kali ni norish post gambar corak spontan ala Eira Syazira. 

Namanya Maheran dia buat inai lukis nih kali kedua dengan Norish. Alhamdulillah dia amat berpuas hati dengan Norish, jadi dia sudi mengambil norish untuk majlis akad nikahnya, :) cuma sayang untuk majlis kedua Norish tak sempat nak menginaikannya, kerana waktu tuh Norish amat sibuk....ok kali nih lihat la hasil yang norish buat :)





Selasa, Mac 13

henna/inai: Event berinai di Universiti Malaya (UM)

Hai semua kali nih Norish upload gambar-gambar masa Norish buat event di Universiti Malaya minggu lepas.

Suasana pada malam tuh kurang baik, sebab hujan sangat lebat & lambat reda, start hujan dari jam 730 mlm hingga la jam 11mlm baru reda sikit, itu pon masih renyai-renyai.huhuu nasib la tempat yang Norish dapat tuh, betul-betul depan pentas, senang orang nak nampak :)

Alhamdulillah dalam hujan -hujan pon ada gak student nak berinai. :)..huhuu..seronok gak buat dalam hujan...masa  nih ada magic show dan tetamu istimewa Raja YOYO Malaysia -mohd shakeel...huhu... tapi malang skali Norish tak sempat nak bergambar dengan dia :(,  waktu tuh Norish sangat sibuk melukis tangan student di meja Henna .

ok sila la jamu mata  ya:)

cayalah adik nih sampai basah baju nak dtg sini :)

inai atas meja tuh Norish jual :)

sempat ambil dari jauh jer :( tak sempat nak bergambar in person .



muka letih selepas selesai event di UM, tadi layan mamak jap :). release penat :)