INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Jumaat, September 27

TIPS PILIHAN HENNA PENGANTIN ( part 1 )

Salam sejahtera, Salam jumaat.

hari ni saya termenung seketika , tengah memikirkan apakah topik yang nak di bincangkan kali ni berkenaan dengan isu Henna.

tenung punya tenung , kita bagi Tips lah macam mana korang nak memilih penghenna.

Ok lah , sekarang ni tahun 2019, jauh beza dengan 20 tahun lepas cara pemilihan corak / harga/ pelanggan juga sangat jauh berbeza, ye lah kan sekarang dah ramai yang mengamalkan cara pemikiran terbuka ( open minded ).

ok bile tiba waktu bagi seseorang itu untuk berkahwin semestinya dia perlu memikirkan BUDGET. hihihihi...

TAK DE BUDGET MACAM MANA NAK DAPAT KAN PERKAHWINAN YANG DI IMPIKAN. ???

Jadi perkara utama adalah berkenaan duit.

begitu juga dengan Henna,  di sini ada beberapa tips JOM BACA DI BAWAH:-

  1. Tips 1 : BUDGET ( HARGA )
    • harga lukisan
    • harga transportation
  2. Tips 2 : LOKASI PENGHENNA
  3. Tips 3 : KEKEMASAN LUKISAN
  4. Tips 4 : JENIS INAI YANG DI GUNAKAN
  5. Tips 5 : CADANGAN RAKAN
  6. Tips 6 : VIEW HASIL KERJA & TESTING HENNA

PENCERAHAN: -

1. TIPS : BUDGET ( Harga )

Dalam pemilihan penghenna  yang paling utama, pengantin perlu ada sejumlah BUDGET UNTUK HENNA, budget yang korang letakkan jangan lah terlalu rendah, ada juga yang budget rm 40 utk kaki dan tangan &*^%^&%$ ( alamak dalam situasi ni kami semua susah juga nak tolong ).

ramai antara pengantin2 ni suka corak yang lebih kurang macam ni :



kalau design2 macam ni u letak budget dalam RM 500 ( INI ADALAH YANG PALING TINGGI DI KALANGAN ORANG MELAYU )

biasanya design macam ni dalam range RM 200- 300,
jadi sesuai lah dengan budget pengantin tadi RM 500

MASIH ADA DUIT LEBIHAN...
JANGAN LUPA AMBIL KIRA SEKALI

DUIT TRANSPORTATION

PENGHENNA UTK KE RUMAH PENGANTIN 

DAN KALAU TERASA NAK BUAT AMAL JARIAH PON BOLEH .

KATAKAN LAH .Korang  nak buat majlis malam berinai, tak lah besar mana pon setakat sedara mara je. jadi anggaran yang nak berinai tu dalam 10 orang kawan2 rapat dan sedara mara.

terasa baik hatilah pulak pengantin ni nak sponsor yang 10 orang tadi, jadi kene ambil kira lah harga paling murah bagi sebelah tangan ni berapa, kebanyakkan penghenna letak rm 10 yang simple utk sebelah tangan. ( kawan2 & sedara sponsor sebelah pon dah cukup , kalau nak lebih bayar sendiri ).

cara kiraan:-

INAI PENGANTIN = RM 300
TRANSPORTATION RM 50
10 tgn x rm 10 = RM 100
--------------------------------------
JUMLAH = RM 450
--------------------------------------
(-) duit budget = RM 500
--------------------------------------
BAKI TINGGAL = RM 50
======================

NAH.... ada baki rm50 lagi.. yang ini buatlah utk Simpanan atau sedekah kat penghenna ke ..huhuh...atau beli lah inai yang penghenna tu jual utk buat tambah2 ke ... atau belanja anak2 buah nak berinai ke ...kan ...


ok next nnti saya buat ulasan untuk transportation pula. tunggu ya.







1 ulasan: