INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Isnin, Oktober 31

Henna/inai :Inai Ukiran tangan sheila -Port klang.

Sheila orang yang sangat peramah & ceria, kali pertama saya datang kerumahnya di Usj 8 , saya amat seronok skali kerana keluarga mereka sangat ceria & sporting.

saya tiba di rumahnya tepat jam 1pg seperti yang dijanjikan.

dari jam 1 hingga lah jam 6pagi baru je selesai berinai, dari ibu pengantin hingga ke sedara mara yang lain. wah Alhamdulillah seronok sekali. Yang paling kesian pengantinnya baru je nak tido. huhuu..berkorban demi keluarga. sepatutnya saya habiskan pengantin dulu baru dia boleh tido, tapi katanya biarla keluarganya buat dulu...

Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan hati beliau hingga call saya semula untuk buat yang ke dua(bertandang). di Port Klang. sudah tentu ada diskaunnyer :)...

kali kedua buat design 2 tone & lagi gempak kerna dia akan pakai dress kembang yang tiada lengan & pakaian sari jadi nak yang panjang sedikit dari pergelangan.

tapi gambarnya dia belum upload lagi.

kali 3 dia call saya ,katanya nak sponsor untuk anak buahnya di port klang untuk majlis nikah.
jadi saya tiba di hari yang dijanjikan. Alhamdulillah hasilnya juga amat memuaskan hati mereka, terima kasih kepada sheila & keluarga kerana sudi memberi sokongan pada akk :).



Insya Allah jika kita ada rezeki lagi boleh kita berinai lagi :)




Khamis, Oktober 27

Henna/ inai: untuk perubatan & kecantikkan

minggu sudah ada seorang kawan telah datang meminta tolong saya untuk sembuhkan mukanya yang terkena minyak panas semasa mengoreng keropok lekor..huhuh memang lah besar gelembungnya...saya terfikir juga macam mana nak buat nih? lastly dia minta saya untuk buat corak atas gelembung tuh...huhu saya pun apa lagi buat la sebaik mungkin.

Alhamdulillah selesai kerja, pada mulanya beliau terasa tempat yang di lukis, sejuk tak sampai 5 minit dia terasa tempat gelembung tadi tuh berdenyut. itu tandanya inai sedang melakukan tugas menyedut bisa di dalam gelembung itu..huhu...pedih katanya, tapi beliau tahan juga.

Akhirnya ke esokkan hari nya rasa kebas & pedih di sekitar gelembung itu hilang & gelembung itu kering & mengecut.

lukisan itu masih ada sehingga hari ke 3 ia hilang. luka dimuka pun reda kemerahan.& terus hilang hanya tinggal bekas shj yg makan masa untuk sembuh. Tapi Alhamdulillah  muka kawan saya bertambah serinya :)


Rabu, Oktober 19

Henna/inai: Interview Wif Majalah Aniqah

Gambar nih sesi fotografi bersama model.
 Pada bulan puasa yang lalu, saya telah di panggil oleh wartawan majalah Aniqah Pn salawati Haris ke pejabat beliau di kl untuk di interview tentang Henna/inai, untuk dimuatkan dalam ruangan isu perkahwinan bahagian Inai Pengantin .untuk majalah Aniqah keluaran October nih.
yang mana banyak memberikan tips2 tentang budget & vendor2 perkahwinan.
sambil - sambil tuh norish sempat lagi menginnaikan mereka semua di pejabat itu.





sambil menginaikan yg lain





Isnin, Oktober 10

Inai/Henna:- Karnival Niew Ladies - Bangsar

Pada minggu yang lalu, Norish telah dijemput oleh tenaga kerja majalah Aniqah untuk menyertai karnival Niew Ladies di University Malaya, Bangsar. di Kompleks Perdanasiswa UM.

Karnival yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan yang bermula seawal dari jam 9 pagi .Ia 

bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu berkaitan wanita dan 

memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya wanita untuk menjadi pemimpin negara di 

masa akan datang.


 di bawah adalah beberapa aktiviti, Norish bersama dengan majalah Aniqah.