SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA
PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI
B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),
BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.
Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.
lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..
Salam sejahtera semua :)))... sebelum itu saya nak ucap kan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. semoga segala pengorbanan anda mendapat berkat dan kehidupan menjadi lebih bermanfaat.
OK , pastinya di waktu 2 ini adalah sekitar musim sekolah dan musim perayaan, Rakyat Malaysia sangat suka membuat majlis di waktu 2 begini, sebab RAMAI YANG CUTI :)
saya ringkaskannya.... Yang mana nak berkahwin pastinya tak lari dari adat untuk memakai inai. APAKAH JENIS CORAK YANG TRENDY DAN PALING TRENDING DALAM MASYARAKAT MALAYSIA TAHUN 2017 ?
JOM LIHAT DI BAWAH :-
MAJORITI MASYARAKAT MALAYSIA MEMILIH CORAK PENUH "LACE" YANG BAGI MEREKA IA HANYA 'SIMPLE' ☺☺. TAPI BAGI PENGHENNA CORAK INI KAMI KATEGORI DALAM KES HEAVY ... JADI NYA HARGA YANG KAMI LETAKKAN ADALAH SEKITAR RM 200 - RM 400 DAN KEATAS. IA JUGA BERGANTUNG PADA CORAK BUNGA YANG DIPILIH.
LAGI SIKIT BUNGA LAGI MURAH HARGANYA :)
follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :)
juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg. :)
untuk anda dapatkan Inai celup dan inai lukis yang saya gunakan ini anda boleh terus hubungi Norish Di talian:- 0173276405
Salam semua rasanya masih belum terlambat bagi Norish untuk . Bercerita sedikit tentang Harga & corak
APAKAH HARGA YANG BERPATUTAN BAGI SIMPLE DESIGN SET LENGKAP KAKI DAN TANGAN (SET PENGANTIN) ?
ramai yang tarik muka bila kami pelukis inai meletakkan harga serendah Rm 120 bagi set pengantin yang paling simple utk set lengkap kaki tangan . selebihnya ada juga yang menjeling dengan saya bila mereka memilih corak yang lebih sarat, dan harga yang di letakkan di situ adalah rm 300 bagi set lengkap kaki dan tangan.
oleh yang demikian ada bagi sesetengah pengantin yg membuat tawar menawar seolah 2 mereka tidak mampu untuk membayar walaupun rm 15 bagi sebelah tangan utk corak yang di inginkan. tak di nafikan ada juga yang baru tgk harga shj dah lari dan tak mau langsung bertanya.
ADAKAH KAMI SEBAGAI PELUKIS INAI INI TIDAK LAYAK UNTUK MELETAKKAN HARGA SEPERTI ITU?
Di sini saya nak terangkan sedikit, corak yang kami letakkan harga itu bukan lah suka2 atau saja nak hentam pengantin. TIDAK sama sekali bukan. Harga adalah berdasarkan kepada design yang dipilih , samaada ia sarat atau sukar untuk dilukis. Ia juga berkait pada faktor masa, berapa lamakah kami pelukis inai mampu menyiapkan lukisan tersebut. 1JAM /2 JAM ATAU 10 MINIT?
secara profesionally bagi saya, para pengantin juga haruslah meletakkan budget yang bersesuaian bagi INAI kerana , jika anda boleh meletakkan budget yang besar2 pada yang lain, mengapa INAI bukan dalam senarai ? BAGAIMANA UNTUK MENCARI PELUKIS HENNA YANG PROFESSIONAL?
Zaman sekarang ni teknologi sangat lah canggih ada FACEBOOK/INSTAGRAM/WECHAT /WHATAPP Dan sebagainya, malang sekali mengapa pengantin tidak membuat kaji selidik dan survey seperti mana anda survey harga dan design baju atau pelamin. dan mengapa pelu LAST MINUTE ? sedangkan pelamin/makeup/door gift anda boleh 5-3 bulan awal?
apa yang saya nak katakan disini yang mana pengantin mampu membuat sedemikian supaya dapat mencari penghenna yang Professional dan yang betul2 berbakat.kalau boleh buat testing , buat la dulu . bila dah puas hati boleh booking terus.
BAGAIMANA UNTUK BERJIMAT JIKA NAK BERINAI?
Biasanya kalau nak lebih jimat. CUT KOS dekat duit minyak tu , tak perlula upah penghenna kerumah , tapi anda boleh ke tempat mereka, Saat ini ramai penghenna dah mempunyai permis perniagaan sendiri yang selesa untuk pengantin datang.
Bincang dengan penghenna tentang corak inai yang di sukai dan budget pada penghenna, supaya mereka dapat memberikan design dan harga yang terbaik untuk anda.
disini saya kongsi sedikit gambar dan harga.
contoh gambar:-
rm 200
rm 120
rm 400
rm 250
JADI LAH PENGANTIN BIJAK ☺
follow saya di instagram
@norishhenna
follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :)
juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg. :)
untuk anda dapatkan Inai celup dan inai lukis yang saya gunakan ini anda boleh terus hubungi Norish Di talian:- 0173276405
Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya. Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu. Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga. Sebenarnya banyak manfaat inai yang kita tidak tahu, yang mana ia amat baik untuk kesihatan wanita, terutama untuk detoksifikasi dan menstabilkan hormon. Diantara kegunaan inai yang telah saya amalkan, meniru amalan wanita Arab, ialah menggunakan inai dikepala untuk menyejukkan kepala serta menghilangkan masalah kelimumur dan menghilangkan sakit kepala. Alhamdulillah ia amat berkesan serta melembutkan rambut.
Menurut orang India, inai tersebut boleh dicampur dengan air teh dan telur, akan tetapi saya cuma mencampurkan serbuk inai (orang kita panggil inai Mekah) dengan air serta meletakkannya diseluruh kepala selama lebih kurang dua jam kemudian membasuhnya sehingga bersih. Apa yang disebutkan dalam buku "Al-Tibb Al-Nabawi" karangan Ibn Jawzi, Rasulullah saw menggunakan inai dikepala untuk menghilangkan sakit kepala.
Di antara cara lain ialah menggunakan inai untuk mengubati masalah kulit, yang mana ia akan membersihkan bahagian sakit kulit tersebut, dengan penggunaan berulangkali ia akan menyembuhkan masalah kulit tersebut. Jadi inai tidak akan membuatkan kawasan kulit tersebut menjadi merah, sebaliknya menyerap kekotoran daripada bahagian yang ditampalkan inai sehinggalah apabila semua kotoran keluar (setelah guna berulangkali, barulah ia memerahkan kawasan tersebut. Satu lagi amalan wanita Arab berkaitan dengan inai ialah memakai inai ditangan dan tapak kaki ketika hampir waktu bersalin. Jadi kita akan dapati wanita-wanita Arab yang baru bersalin memakai inai. Menurut mereka, ia baik untuk wanita. Menurut apa yang saya pelajari mengenai warna, warna oren ini sama dengan frekuensi bahagian sulit wanita, jadi apabila kita memakai inai kita akan mempertenagakan bahagian hormon dan rahim kita. Terasa betul pula bila melihat amalan wanita-wanita Arab ini. Manakala amalan detoksifikasi menggunakan inai ditapak kaki adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tumit kaki. Malah ia juga boleh menggeluarkan kotoran yang terperangkap ditapak kaki kita. Pada hari permulaan memakai inai ia akan merah seperti biasa, apabila masuk hari kedua ia akan berubah warna kehitam-hitaman mengikut tahap toksin yang ada dalam badan kita, kemudian hilang dalam tempoh tertentu. Jika kita rajin menggosok serta membersihkan kaki kita, kesan tersebut akan hilang lebih cepat daripada biasa. Nampaknya banyak faedah inai untuk kebaikan wanita, jadi bolehlah kita amalkannya untuk kebaikan kita. Jika ia baik untuk anda amalkanlah, sekurang-kurangnya menggeluarkan sedikit kekotoran daripada badan dengan cara murah dan mudah. Terima kasih. :)
salam semua , maaf sangat sebab dah lama tak upload.
Norish nak kongsi sikit. hiihihi....
Alhamdulillah syukur pada bulan lalu saya di temuramah untuk ruangan Family dalam Berita Harian keluaran 9 Mac 2015 .
Diharap dengan keluaran ini dapat memperkenalkan lagi Studio Henna Noor Collection'z . kepada orang ramai di luar sana,
service inai bukan lah, perkhidmatan yang hanya boleh di dapati di tepi2, jalan atau menempel dengan mana2 butik pengantin, atau hanya sekadar datang ke rumah, seperti sebelum ini.
Tertubuhnya Studio Henna Noor Collection'z ia dapat membantu lagi golongan pengantin yang di saat2 akhir mencari service inai lukis. spa , manicure & padicure, Fotoshoot ,Make up , yang selesa dan dengan harga yang berpatutan mengikut citarasa dan budget yang ada.
hari operasi : selasa - Sabtu
waktu operasi : 11 pg - 8 mlm
Lokasi : Alam Avenue, Jalan Serai Wangi G 16/G, Seksyen 16, padang jawa, Shah Alam.
tapi haruslah hubungi saya dulu di talian 017-3276448 Norish. utk appointment
ok, Gambar di atas ni adalah bersama Zura Rahim JuruMake Up Norish semasa Interview hari tuh. :) sesiapa yang berminat nak muka cun masa wedding dengan harga yang berpatutan , boleh la hubungi
zura Rahim 017-9121172 untuk appointment
Terima kasih
*p/s- Norish Teringin nak masuk wawancara dalam Tv :).....hihiihi.... lepas ni harap ada lagi interview untuk di muatkan dalam mana2 akhbar atau majalah & tv :)...hiihih saya sudi membantu :)
salam hai semua, page ni saya nak cerita tentang harga dan warna serta ketahan inai yang saya pakaikan untuk u all semua.
1) HARGA - minimun starting dari rm 120 ( utk lukisan kaki n tgn skali dengan full cap jari kaki n tgn ) selebihnya bergantung pada design yg dipilih.
p/s : harga nih tak pernah naik atau turun sejak dari 2009 ini kerana saya lebih menitik beratkan kepada design. jika ia simple maka hanya rm 120, jika ia simple tapi complecated, mostly pada design lace ...ha!!!.. ni kene tambah la skit, sbb nak buat nampak senang tapi... org yang buat je tau macam mana rasanya :)
2) WARNA -setiap orang warna yang dihasilkan berbeza mengikut individu suhu badan, tona kulit dan jenis darah.
kebiasaanya merah maroon, dark maroon dan merah kecoklatan dan lastly merah menyala
p/s : blood type A lebih cantik dan pekat jika berinai. tapi kalau blood circulation dlm badan tak elok juga kita dapat tau bila inai dah di basuh :)
3) KETAHAN INAI -bagi sesetengah orang inainya tahan lama dalam 2 minggu walaupon ia tak dijaga dengan rapi, tapi ada juga yang cepat shj hilangnya, mungkin dalam 4hari shj .
p/s ; Inai kalah dengan Alkohol, soda bikarbonat, air garam, clorin/clorox & sabun pencuci :), kalau u all basuh atau sapu benda ni atas inai sure ia akan pudar cepat, paling kurang jadi oren :(, jadi kene berhati. Ada juga yang kurang perasan , bagi sesetengah minyak bayi (Baby Oil ) mengandungi alkohol utk wangi , jadi AWAS sbb ia boleh melunturkan, sebaik-baiknya gunalah minyak yg tanpa pewangi & alkohol. (kene baca ingridient ya !! )
bagi Henna Artis yang baru2 nak berjinak dalam bidang ni minta jasa baik anda semua untuk kaji dan mendalami Ilmu sebelum menceburi bidang seni halus ini, kerana bidang ini walau ia nampak sangat remeh, tapi ia bukan sekadar melibatkan lukisan malah ia juga tentang perubatan. :)
Sejarah mewarnakan rambutPermulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam. Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“. Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Produk pewarna Rambut
Panduan berhias menurut Islam dari segi mewarnakan rambut dan berinai adalah seperti berikut:1. Mewarnakan rambutMewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi : “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.
2. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang tuaTidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).
3. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang mudaOrang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).
4. Bahan untuk pewarna rambut“Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (HR Tirmizi & Ashabussunan). Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.
5. Pewarna komersialApa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas.
6. Pemakaian inaiMuzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan yang meragukan.
7. Inai ukirInai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.
8. Pewarna kukuPewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.
Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu : - Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah. - Tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit ,
- Bahan tidak bercampur dengan najis.
Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibnu Hajar berkata seorang perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
Kesimpulan a) Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. b) Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.
Artikel disunting dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Laman Web Halaqah
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.
Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.
Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.
Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.
Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
kali nih, Norish nak bercerita tentang seni Halus Ukiran Inai.
Seperti yang anda semua tahu tentang pemakaian inai , ia amat sinonim atau berkait rapat dengan Adat Pengantin Melayu, yang mana Norish dah pon ceritakan pada entry sebelum ini. Tapi sekarang Norish nak kongsikan sikit , bagaimana ia di lukis.
Sebelum kita memakaikan inai pada pengantin, ada 2, perkara yang harus di beritahu pada pengantin ialah :-
1- kebersihan kaki dan tangan anda. (basuh kaki tangan dengan sabun utk pastikan kulit bebas dari sebarang losyen/minyak atau kotoran)
2- Ruang , Pencahayaan, dan Pengudaraan amat lah penting bagi memastikan keselesaan bagi pihak pengantin dan pelukis.
nak lukis inai ni nampak macam senang , tapi hakikatnya ia sangat memerlukan focus dan daya imiginasi image yang tinggi, bukan senang nak lukis pada kulit orang, kalau dah silap tak boleh padam, nnti comot. sebab itu lagi halus ukiran seni inai itu maka lebih mahal harganya.
kadang -kadang kita nampak corak tuh macam senang je, tapi sebenarnya bila kita melukis, ia memerlukan seseorang itu menjadi sangat kreatif untuk melukis pada kaki/ tangan yang berbeza. sebab setiap kaki/tangan kita ni mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan. dan jangan terkejut kalau saya katakan ada corak yang dipilih tapi tak sesuai untuk tangan/kakinya.
jadi pengantin dan pelukis perlulah berbincang. tak semestinya apa yang dipilih mesti ada ditangan/kaki, itu 100%.
Kadang -kadang ia perlukan penguahsuaian bagi menyesuaikan dengan bentuk kaki/tangan anda.
gambar di atas adalah salah seorang pelajar Norish , yang sedang melakukan latihan melukis.
Teknik melukis bagi setiap pelukis adalah bergantung pada kemahiran pelukis itu, lagi mahir ia melukis, lebih kemas lukisannya, Lebih kemas lukisannya lebih juga upahnya, kerana kemahiranya melukis dengan kemas, cepat, dan spontan.
Bagi Norish Melukis inai bukanlah pekerjaan yang remeh. ia memerlukan daya imiginasi yang sentiasa fresh, tahap kesabaran yang tinggi, ia juga memerlukan kecekapan, dan focus yang tajam. daya pemikiran bagi seorang pelukis ialah mereka boleh berfikir seperti melihat didalam cermin.(bagaimana untuk seimbangkan kiri dan kanan).
Bagi para pelukis inai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, Tahniah kerana anda adalah seorang yang sangat sabar dan kreatif.
Bagi para pelukis yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, Latihan adalah kuncinya. lebih banyak latihan lebih tinggi keyakinan anda.
Bagi para Pelanggan,setiap lukisan inai adalah seni ukiran yang tinggi yang tidak ternilai, kemahiran, kecekapan, dan kekemasan lukisan inai, boleh menjadikan hari bahagia anda lebih bermakna.
salam semua kali nih nak cerita sikit tentang lukisan Inai.
pada minggu lalu, Norish mendapat satu panggilan dari customer. masa tuh pula Norish baru je selesai berinai pengantin di kuala lumpur ,
katanya nak minta tolong nak berinai malam ni juga, dia dah dtg ke kedai Norish , tapi Norish tutup kedai.
jam 1230 mlm. saya kata saya akan sampai di shah alam.
jadi jam 1 pagi kami betemu di rumah saya mlm tuh. Ouh.. terkejut saya lihat keadaan tangannya. Pengantin tu seakan mahu menangis kerana lukisan di tangannya.
masa tuh menguji idea saya , bagaimana nak cover corak yang sedemikian rupa. huhuuh....apa yang norish boleh buat ialah yang terbaik untuk pengantin nih supaya dia kelihatan cantik di harinya esok.
ini adalah idea spontan yang kluar dari kepala otak saya, Alhamdulillah walaupon tak sepenuhnya recover tapi atleast tak nampakla corak yang ada sebelum nih. Syukur Pengantin pon lega. dan beliau boleh pulang dengan hati yang gembira.
PESANAN PENTING:
- bagi yang melukis henna, anda harus jujur dengan pelanggan, bahawa lukisan anda di tahap mana. tidak salah mengaku kelemahan diri, ia bukan beerti kalah, tapi lebih menghormati yang lain.
-bagi para pengantin, hari pemakaian inai adalah sama penting seperti makeup atau baju anda, jika make up atau baju anda tidak seperti yang di ingini , maka hari bahagia anda juga tidak seindah yang di jangka, maka tempahan awal amatlah di galakkan bagi menggelakkan perkara di atas berlaku.
Anda semua harus di ingat untuk melukis inai bukan lah perkara yang mudah untuk dilakukan,oleh kami, ia sangat memerlukan teknik dan ketelitian yang tinggi, bukan sekadar melukis di atas kertas, tapi ia di tangan anda sekalian. kalau dah salah tak boleh padam tau .. hihihih...
saya mohon maaf jika kata2 saya ini terkasar, nasihat saya adalah utk kebaikkan semua pihak. Saya juga akan perbaiki lebih lagi tahap lukisan saya.
Pengetahuan serba sedikit tentang Penggunaan Daun Inai.serta cara menggunakannya. Disini juga ada saya ceritakan sikit apa perbezaan dengan inai bancuhan special.
salam semua kali ni entry mengenai Inai Daun lagi. ok bukan nya apa sebab sejak kebelakangan ni ramai yang request nak beli Inai Daun dan nak pakai Inai Daun.
Jadi inilah tugas Bapa mertua saya. huhuuhuhu...sibuk dia memetik daun inai.
Daun yang ditanamnya sendiri. beliau akan memetiknya pada waktu pagi dan mengasingkan dari dahan Inai, lepas ni nak tumbuk dan giling bagi halus lagi. Biasanya kalau nak buat memang kene buat waktu pagi,supaya tak panas sangat nak petik daun nih. tghari menumbuk petang baru siap membancuh, malam peram esok baru boleh saya bawa kepada pengantin.
hahahahah...... 2 ekor nih lah peneman yang setia, kalau tak teman memang tak sah. suka aje main ranting2 inai nih.
Untuk pengetahuan semua, bagi sesiapa yang nak oder inai daun boleh hubungi saya , biasanya pick up di Shah Alam rumah saya shj. sebab inai daun nih tak boleh biar di luar begitu sahaja ia harus di simpan sejuk.
PENTING!!!!...
a) Warna bagi Inai Daun , bergantung pada si pemakai, sebab ia bergantung pada jenis darah, kulit, dan haba badan. tidak semua orang warnanya sama, rona nya dari jingga hingga merah gelap.
b) Warna yang akan keluar dari hasil pemakaian Inai ini tidak keluar serta merta seperti inai yang saya telah bancuh, ia akan nampak setelah 3 jam di buka, (semakin panas badan kita semakin gelap ia akan keluar)
p/s; tapi u all jangan celop tangan dalam air panas pula ..hihihhi :)
c) Cara pemakaian : ia haruslah di pakai selama 5 ke 6 jam , dan kebiasaanya , kalau pengantin yang request nak pakai inai daun , waktu pemasangan nya hanya di buat pada waktu pagi buka waktu petang, dan waktu malam buka waktu pagi, sahaja.
d) Ketahanan, Inai daun adalah hasil daripada daun yang fresh dari pokok, In Shaa Allah ia akan tahan dalam sebulan dan di kuku sehingga kuku anda habis. ( lama kan!!....huuhuhu, maka masa pakai pon harus lah lama...)
e) Inai Daun hanya boleh dipakai di kuku sahaja, sebab texturenya sangat kasar,
cara pemakaian inai Bancuhan Special:
a) Cara Pemakaian: tak perlu pakai lama.
b) Warna sangat gelap, esoknya baru naik warna merah sebenar bagi setiap individu, merahnnya lain. ronanya dari merah maroon hingga merah saga
c) Ketahanan , inai Bancuhan Special nih hanya dalam masa seminggu , lepas tuh dia dah jadi pudar dan jingga. tapi di kuku masih ada sehingga kuku habis.
jadi bagi mereka yang confirm nak merah sila lah cuba inai bancuhan saya ni,
p/s:- inai bancuhan ini saya tak jual , hanya dipakai untuk pengantin sahaja.
INAI, ialah sebagai simbol atau tanda bahawa kedua-dua mempelai masih mempunyai
dara yang dikawal dengan kehormatan diri untuk menjadi satu kemegahan bagi kedua-dua keluarga mempelai.
INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara,
1- berinai curi
2- berinai kecil
3- berinai besar.
Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain untuk perubatan.
The word "henna" literally means "to become queen." Henna was regarded as having "Barakah," blessings, and was applied for luck as well as joy and beauty. Brides typically had the most henna, and the most complex patterns, to support their greatest joy, and wishes for luck.
KESIMPULAN
Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan.
Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu, segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera dibacakan oleh makandam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya mempunyai signifikasi tersendiri.
Di antaranya bertujuan untuk melindungi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus. Manakala upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak menggunakan bunga manggar dan sebagainya bertujuan untuk bersuka-suka di samping mengeratkan hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan dengan saudara mara kedua-dua belah pihak yang baru berkenalan.
Walaupun setiap negeri mempunyai istiadat yang agak berbeza, tetapi secara umumnya ianya adalah hampir-hampir sama serta mempunyai matlamat yang tertentu.
Taburan Tanaman: Taburan asli inai adalah di Barat Benua Asia, dari India ke Asia Barat hingga ke Iran. Tapi kini ia di tanam di serata kawasan tropika & subtropika
DARI SEGI PERUBATAN.
- AKAR:# Akar inai ditumbuk lumat-lumat & ditampal pada bisul.
#Air rebusan akar tersebut di minum untuk, merawat bronkitis,masalah terlalu byk mukus & melawaskan pembuangan air kecil.
-BUAH YG MUDA:# Di buat ubat salap untuk merawat gatal pada kul
-BUNGA : #Di campur air mendidih & diminum untuk tidur yg lena
-DAUN: # Merawat kusta,demam kuning,& juga kelimumur, daun inai yg segar di tumbuk hingga lumat & di tampal pada kawasan bisul, luka & penyakit kuku(cagu). Teh rebusan daun inai sesuai di minum oleh ibu lepas bersalin & bagi yg mengawal berat badan.
-RANTING:# Digunakan untuk menggosok gigi.
(Info from, Buku: Tanaman Hiasan:Khasiat makanan & Ubatan By Hean Chooi Ong)