INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.
Memaparkan catatan dengan label body henna arts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label body henna arts. Papar semua catatan

Sabtu, September 16

INAI LUKIS corak dari NEGARA TIMUR TENGAH SUDAN


Sudan (nama resmi: Republic of Sudan) adalah negara yang terletak di timur laut benua Afrika. Sebelum referendum yang memisahkan Sudan menjadi dua bagian, Sudan merupakan negara terluas di Afrika dan di daerah Arab, serta terluas kesepuluh di dunia. Negara ini berbatasan dengan Mesir di utara, Laut Merah di timur laut, Kongo dan Afrika Tengah di barat daya, Chad di barat, dan Libya di barat laut. Sungai Nil yang merupakan sungai terpanjang di dunia.

ha...begitulah serba sedikit pengenalan tentang negara sudan, Artikel ini diambil dari artikel Mr.Wikipedia, GooGle.

dan kalau  korang nak tau negara sudan ni ada 36 fakta menarik tentang negara ini diantaranya ialah pemakaian inai bagi pengantin. 
28. Menurut undang-undang Sudan, usia nikah minimum adalah usia 18 tahun ke atas bagi kaum laki-laki dan 16 tahun bagi kaum wanita. Acara pernikahan di Sudan bisa memakan waktu sampai satu minggu. Di dalamnya ada lima upacara nikah “pilihan”, yaitu Jertik (upacara pernikahan spiritual), Henna pengantin laki-laki, Hennapengantin perempuan, Subhiya atau Ragis al aroos (pengantin wanita berjoget/dansa untuk tamu wanita), dan al Dukha (upacara pernikahan gaya barat).
29. Wanita yang akan menikah akan pergi ke salon henna, yaitu salon kecantikan yang melukis henna di tangan, kaki, dan lengan seorang wanita. Desain henna yang paling pavorit adalah bunga dan pola-pola simetris. Kuku juga dicat dan warna yang banyak dipakai adalah hitam kemudian merah dan cokelat. Hasil henna akan terlihat setelah dua atau tiga minggu.
semestafaakta-hanna3













kenapa saya pilih topik ini untuk di kongsikan ? sebab kalau dilihat dari corak henna negara ini ia sangat unik dan menarik, NAMPAK SENANG NAK BUAT TAPI HAKIKATNYA ...FFUUHHHH...berpeluh tau nak buat, jadi sapa yang kat sini berani nak cuba corak macam ni ? cepat 2 whatapp saya 0173276405, jom jadi model. atau korang buat then tag kat INSTAGRAM NORISH : @norishhenna






follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :) 


juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg. :)

Khamis, Julai 11

Henna/ Inai: Bukan sekadar untuk perkahwinan.

Salam Ramadhan. kali nih Norish just nak share sikit tentang Inai. Bulan lalu masa Norish buat karnival di Mofaz, ada org chinese ni datang nak tengok kereta, then dia ternampak Norish yang sedang buat inai. Bukan senang tau Orang cina nak buat inai nih. sbb mereka lebih gemar bertatu.

Firstly Madam nih memang sangat cerewet tentang inai nih, dia risau kalau saya lukis tak ikut apa yang dia nak, then dia risau kalau tak berapa merah. Setelah Norish puas pujuk2 dan tunjuk banyak contoh2 padanya, dia setuju  nak buat , tapi nak sikit je kat Ibu jari.nak test je katanya. Alhamdulillah akhirnya.

Jadi Norish tunjukkan lah kepakaran .(heheheheh...ayat tu macam sangat poyo kan!!). Norish buat ikut citarasanya. selesai sudah. :).

Setengah jam kemudian Madam tu datang balik dengan suaminya.. (masa tu dalam hati terdetik, aish.... apasal pulak nih?...., ada yang tak kena ker? ) si suami nya terus datang pada Norish dan tengok corak dalam fail tuh, dengan berbahasa cina dengan wifenya, yang Norish pon tak faham. Dalam 10minit lepas tuh baru dia tanya Norish , corak apa yang sesuai untuk buat di kaki saya.

Norish cakap terus terang yang saya tak buat untuk lelaki, atau corak binatang. katanya dia tak kesah, dia nak juga Norish lukis dikakinya, dia nak corak yang bersesuaian dgn kakinya.

jadi setelah mendapat kebenaran dari suami dan bapa mertuaku. maka saya mula la melukis di kaki nya.Dengan corak yang spontan. plus Madam tadi nak buat lagi di lengan nya. katanya sangat cantik dan unik corak yang saya buat. Alhamdulillah.. :)

jadi jomla lihat gambar nih:-



p/s; Untuk lelaki yang nak berkahwin u all semua tak boleh pakai lukisan ya...sebab lukisan inai nih adalah perhiasan wanita, u all pakai full cap yang biasa je. :)

Wassalam... :)

Selasa, November 13

Henna/ Inai: untuk Party

Salam hai semua ...maaf sangat sebab dah lama tak dapat nak update blog nih seminggu sekali coz Alhamdulillah sekarang nih ada terlalu banyak booking utk bulan 11 dan 12 nih, Almaklumlah dah masuk hujung2 tahun :).

ok gambar nih Norish dah Upload di Instagram minggu lalu, hihiii.... yelah update gambar je , kejap kan, hihiih...dalam kereta pon boleh buat. :).

untuk pengetahuan pembaca semua, meraka bertiga adalah ahli kumpulan  ZUMBA, mungkin ada yang tau dan ada yang tak tau, ni bukan tarian zombie , atau mana 2 kumpulan ganas ya ..huhuu...gurau jer :)

biar saya cerita sikit kat entry nih ok.


Zumba yang bermaksud “bergerak cepat”. Tarian Zumba merupakan gabungan dari muzik, step aerobic dengan beragam gerakan tarian Latin seperti tarian samba, merengue, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba, flamenco dan calypso dan banyak lagi. Zumba sendiri berasal dari bahasa Kolombia dari kata zum zum dan dipopularkan Beto Perez. Pertama kali diperkenalkan di Amerika Serikat pada 1990-an, zumba dance terus mendapatkan penggemar yang ramai.
ha seronok tau tarian nih, walaupun saya belum pernah mencuba, tapi tengok videonya seronok sekali.

nah mereka nih akan menghadiri satu party besar untuk senam aerobik Zumba nih, yang telah diadakan di sekitar kuala Lumpur. jadi mereka nak buat kelainan lah .. hihii... seronok tau layan mereka niih sporting walau pun dah 40an, tapi badan masih seperti anak dara, percaya tak mereka nih pon dah ada anak, yang ber umur 17 thn. hhuhuhu....tabik spring buat mereka , pandai jaga badan... :) jom lah kita bersenam. :)

Ahad, Januari 15

henna/Inai: ukiran inai di belakang badan.

Hai Semua, kali nie projek mengukir bahagian belakang badan customer nih dengan hanya menggunakan Inai ,Bukan inai hitam tau !!! inai merah biasa.tujuannya untuk mengubati luka & kesan cela dibahagian belakang badanya. Norish juga tak nak lak ekspose sangat wajahnya ...:) biarlah rahsia.:)hanya Norish saja yang tau siapa dia>:)...ok dibahagian belakangnya, Norish design "fire flower" yang biasanya kita lihat "ala Tatto"(gambar lukisan shj tau !!) .Tapi kelainan yang Norish lakukan ialah ubah corak yang di inai penuh tuh pada lukisan kerawang  di dalam kelopak fire tuh, supaya ia nampak lebih unik& sesuai dengan sifat kewanitaan nya. &oleh sebab permintaanya nakkan corak tu besar maka Norish tambahkan pula shading dengan menggunakan inai merah yang hasilnya agak ke oren2 sikit supaya design tuh nampak hidup.

Bahagian tangan tuh sajer jer tarik sampai ke jari telunjuk, dengan permintaan nya nak kan corak melingkar tetapi nak nampak ganas..huhuhu...maka jadi lah corak yg u all nampak di atas tuh.;)




Ini pula bahagian kakinya, corak nih agak spontan janji bahagian yang sakit itu dapat di tutupi. :),masa nih Norish dah kesuntukkan masa , sbb customer nih ada appointmnt lain. jadi Norish terkejar2 juga nak menghabiskan nya. jadilah corak bunga rose melingkar.:)

Selasa, Jun 14

Henna/Inai : Ukiran Inai di Badan - (corak Abstrak Henna)




Sahaja cari kelainan terima kasih to my customer Bella dari puchong, kerana memberikan saya peluang untuk menlakar corak yg di inginkan....Alhamdulillah, semuanya telah siap dalam masa 2 1/2jam. huhuu...satu pengalaman baru bg saya & Bella :)...
By the way Bella nih ada own photoshop, kalau adasesiapa yg nak cuba sentuhan photo darinya boleh la ke web site nyer...
:)
nnti sy attached kan okey :).

Rabu, Januari 26

ukiran inai bunga rose

selepas
sebelum

ukiran inai ini adalah yang berbentuk bunga Rose, Ukiran ini sangat simple & amat sesuai bagai mereka yang sangat sukakan lambang bunga Rose .

Rabu, Oktober 13

Inai /Henna : ukiran inai di pergelangan Tangan (Bangle)

Jarak dekat bahagian pergelangan Tangan
jarak jauh bahagian pergelangan Tangan
sebelum di buka inai agak comot tapi jangan risau ia tetap menarik.


Ala Bunga Raya



Jumaat, September 17

inai/Henna: ukiran inai di atas tangan

Ukiran inai ini memang agak penuh, tetapi sangat menarik bagi yang amat meminati lukisan inai seperti untuk majlis perkahwinan.





Selasa, Ogos 24

Ukiran Inai - Di Kaki


bahu pun boleh...

akan ada perbezaan warna sbb inai yg paling pekat bile kita letak di kawasan telapak tangan sbb lebih dekat dgn darah

tapi kalu kawasan spt bahu & lengan agak kurangn warna merahnya biasanya lebih kepada warna jingga,...setakat nih sy akan cuba untuk mencari henna black yg cantik so...bile pakai kat bahu & lengan tuh cantik sikit la....

lebih menarik jika gunakan black henna tapi ia tidak di saran kan :)

Isnin, Julai 19

ukiran inai yang simple- di bahagian kaki.

Ini adalah ukiran inai di bahagian kaki, bagi mereka yang ingin kelihatan berbunga sedikit di bahagian kaki apasalahnya ingin mencuba :)