INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Selasa, Disember 4

Henna/Inai: Simple inai nikah





salam pagi semua, huhuhu....jam dah pukul 4 pagi, still belum tidor coz nak update Blog nih. :). ok nih juga adalah salah satu picture yang saya ambil dari projek henna fotoshoot. Corak nya inai biasa ala Ayu Raudah, tapi saya tambah bunga plus buat 2 tone. hihiihih...

ok bye bye... :)

Henna/ Inai: Ampang Taman Minang- Shanaz.

Salam satu Malaysia,

kali ni Norish perkenalkan Shanaz.Tahun lepas 2011, Norish dah buat kakaknya, tahun nih norish buat pula adiknya. huhuhu....Alhamdulilah rezeki adik beradik..mmm ok. kali ni Norish upload picture yang kami buat semasa di rumah Shanaz , Di Taman Minang Ampang.

Semua foto nih di ambil oleh adik saya Shapik, dia lah yang akan menjadi jurugambar pada pengantin yang sudi menerima khidmat henna photography kami, sebenarnya projek nih masih baru di perkenalkan, dan shanaz adalah salah seorang yang mendapat khidmat ini. InsyAllah sesi henna fotoshoot akan berlangsung pada bulan december nih dengan harga promosi. Jadi lepas nih kalau berminat , boleh la berhias cantik2. :)

gambar nih hanya sebahagian daripadanya,








Selasa, November 13

Henna/ Inai: untuk Party

Salam hai semua ...maaf sangat sebab dah lama tak dapat nak update blog nih seminggu sekali coz Alhamdulillah sekarang nih ada terlalu banyak booking utk bulan 11 dan 12 nih, Almaklumlah dah masuk hujung2 tahun :).

ok gambar nih Norish dah Upload di Instagram minggu lalu, hihiii.... yelah update gambar je , kejap kan, hihiih...dalam kereta pon boleh buat. :).

untuk pengetahuan pembaca semua, meraka bertiga adalah ahli kumpulan  ZUMBA, mungkin ada yang tau dan ada yang tak tau, ni bukan tarian zombie , atau mana 2 kumpulan ganas ya ..huhuu...gurau jer :)

biar saya cerita sikit kat entry nih ok.


Zumba yang bermaksud “bergerak cepat”. Tarian Zumba merupakan gabungan dari muzik, step aerobic dengan beragam gerakan tarian Latin seperti tarian samba, merengue, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba, flamenco dan calypso dan banyak lagi. Zumba sendiri berasal dari bahasa Kolombia dari kata zum zum dan dipopularkan Beto Perez. Pertama kali diperkenalkan di Amerika Serikat pada 1990-an, zumba dance terus mendapatkan penggemar yang ramai.
ha seronok tau tarian nih, walaupun saya belum pernah mencuba, tapi tengok videonya seronok sekali.

nah mereka nih akan menghadiri satu party besar untuk senam aerobik Zumba nih, yang telah diadakan di sekitar kuala Lumpur. jadi mereka nak buat kelainan lah .. hihii... seronok tau layan mereka niih sporting walau pun dah 40an, tapi badan masih seperti anak dara, percaya tak mereka nih pon dah ada anak, yang ber umur 17 thn. hhuhuhu....tabik spring buat mereka , pandai jaga badan... :) jom lah kita bersenam. :)

Selasa, Oktober 23

Henna/ Inai : With Natasha hudson .

As salam hai kali ni nak cerita sikit tentang sesi berinai pada minggu sudah. hihih... ok kali nih tanpa disangka saya terima panggilan daripada nama Natasha, Mulanya saya pon tak tau itu Natasha Hudson.

bile dah jumpa dia di rumah mertuanya baru saya perasan. huhuuh... "suprise!!" katanya. Wah terkejut juga, Dia nak berinai utk majlis dinnernya pada esok malam. jadi dia dapat contact number dr one of my customer name Azlyn. huhuu Tq lyn .

Norish bg la gambar utk dia cuci mata, tapi katanya dia tak tau nak pilih yang mana coz dah rambang mata.:) .mm jadi Norish tanya pada nya, u nak yang macam mana?. she just said " anything but simple n sesuai utk ke Dinner."

Huh... terpikir gak nih... tapi Alhamdulillah inilah hasilnya,







rasa sangat seronok berborak dengannya.. lagi la pula dia nih sebaya saya ..huhuh... tapi saya suka dengar celoteh darinya, dia sangat peramah dan kelakar buat kan kami rasa dah lama kenal dengannya.. hihihi....

ouh ya lagi satu Natasha sangat cantik walaupon tanpa secalit makeup, saya respect cara dia menjaga kecantikkannya yang semulajadi., lagi satu masa nih dia tengah mengandung . manis sangat orang nya :)

bye.

Rabu, Oktober 10

Inai/ Henna: Putrajaya - Serdang - Seksyen 19 Shah Alam





Salam semua ok, kali nih boleh u all cuci mata tengok design baru henna Norish untuk 2 minggu sudah.. huhuh... dek kerana banyak sangat story nak citer , Norish packkan dalam satu page.

ok, tentang corak yang paling atas skali , pengantin yang buat request , katanya tak nak banyak sangat n just nak bunga kecil2 n simple,sweet.. huhuh...masa nih Norish buat di Putrajaya, Puteri Palma Condo IOI resort, fuh... cantik sungguh tempat nih, rasa nyaman dan tenang jer bile berada di sana. Jadi dengan senang idea Norish terkeluar.. huhuu.... terusla menconteng di tangan nya.. Alhamdulillah design ini sangat di minati ramai oleh kebanyakkan pengantin.







Ok gambar seterusnya, ok design kali nih memang dari pilihan pengantin sendiri, yang mencari di Internet.Arabic Style, jadi Norish hanya merialisasikannya di atas tangan pengantin ini untuk menjadikan hari bahagianya itu lebih manis. Alhamdulillah akhirnya hasil air tangan Norish pengantin sangat berpuas hati dan sangat menyukainya. 
Sambil2 melukis, memang ia mengambil masa hampir 3 jam juga.sebab kan corak nya terlalu rapat dan banyak eliment yang Norish kene berhati2.tapi kami tak merasa bosan kerana seronok berborak n ketawa bersama keluarga pengantin. nak nak pulak pengantin nih bekerja di Tv Al-hijrah, wah lagi la bergosip kami nih. hihiiih...Terima kasih pada pengantin dan keluarga, kerana sudi berborak dan melayan telatah kami. 
ouh ya, sempat juga ambil gambar poloroid, huhuuhuh... tak sempat nak upload. :)

ok bergerak lagi pada gambar yang terakhir, Norish upload nih,
Ini memang corak baru dari Norish yang mana pengantin nih dah pilih dari buku sketch Norish. Alhamdulillah seminggu kemudian kami bertemu semula secara tak sengaja di uptown Shah Alam, dan dia sangat gembira selepas begelar PN. hihiih.. ok Selamat Pengantin Baru.

Selasa, Oktober 9

Inai / Henna : untuk Majlis Dinner

Salam semua, hai apa khabar, sure ada yang ter tunggu-tunggu mana la Norish nih tak upload picture... hihhihi.. Sorry sangat sebab super BZ huuu...
Ok kali nih Norish berkesempatan masuk ke Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
yang panggil Norish untuk inaikan mereka , sempena hari dinner mereka pada sabtu minggu lalu. huhuhu. Aishah (ecah ) adalah customer Norish dulu, dan dia yang call Norish utk inai kan dia dan kengkawan yang lain ,termasuklah Bos2 mereka. huhu seronok sangat dengan mereka semua sporting.


memilih corak sebelum sampai giliran.

Ha,,yang berbaju biru  nih lah Ecah.. Cute kan dia :)

ni yang penghabisan,... selesai tugas dari jam 1 tghari hingga 3 ptg. seramai  21 orang semuanya.

huhu sempat pose lagi :)

Alamak tangan nih oranng kuat department nih yang menganjurkan Dinner Ala- Bollywood. tapi sayang tak nampak muka lak :)
 ok nanti akan ada lagi beberapa story utk bacaan dan tontonan semua InsyaAllah.

bye. :)

Rabu, September 19

Henna/Inai : Inai Pengantin last minute

Salam semua , hah sementara Norish tak de job nak inaikan pengantin hari ni, sempat lah juga Norish nak berceloteh..hihihi... ok lah. kali nih ceritanya customer nih last minute booking, nasibnya baik sbb masih ada ruang nak inaikannya.. Alhamdulillah senang berurusan dengannya, semuanya berjalan lancar, walaupon last minute.

ok cerita punye cerita normaly kalau yang macam nih they all tak cerewet nak pilih which design yang Norish bawa, tapi bagi beliau, inginkan corak yang tidak terlalu crowded, dan nampak kemas di tangan.   huhuhuhu... sbb dia nakkan sesuatu yang lain sikit. dia nakkan 2 tone.

ok Finaly Norish came out dengan idea nih, Alhamdulillah beliau sangat teruja,




Selasa, September 18

Inai Pengantin - Bandar Enstek

Salam semua, ok kali nih nak perkenalkan customer saya masa hari raya ke 6. Namanya Halimaton tinggal di bandar Enstek , Nilai. jadi agak jauh juga bagi saya nak travel kesana, agak makan masa huhuh... bagi yang slalu travel tuh maybe rasa kejap jer.. :), tapi bagi norish yang sebelum tuh dah gerak dari shah alam ke bukit jelutong, ke damansara , ke keramat ke nilai n last destinasi di bandar Enstek ... hah, sebenarnya memang tak cukup tangan bagi norish on the day nak menginaikan pengantin. huh berduyun orang nak kahwin sekarang nih. terutamanya after raya. buat skali dengan majlis rumah terbuka.

ok skang jom lihat aktiviti Norish. 




hanya ini sahaja gambar yang norish sempat snap n yang lain tuh lebih kurang sama jer , cuma yang nih ada lain sikit.. ok tq bye...

Rabu, September 12

Koleksi Inai di Uptown Shah Alam Di Hari Raya









Inai Pengantin di Ampang




Assalamualaikum semua, hai semua blogger, lama dah tak upload cerita nih ramai pula yang "bertanya dah tak buat lagi ker service inai nih?". huhuuuh.... sebenarnya Norish sangat superbz dengan pengantin. Alhamdulillah Norish masih membuat service henna nih dan masih sedang bergiat aktif, InsyaAllah Norish akan upload kan cerita baru n gambar baru bagi u all semua ... k :) 

okey kali nih gambar masa Norish berinai di Ampang . masa nih dalam bulan puasa, lagi 3 hari nak raya kalau tak silap.. uhuu kawan kita nih nak kawin on hari raya di kelantan, jadi buat la awal sbb rumah yang u all nampak nih rumah kakak nya cik Aini. Alhamdulillah mereka 2 beradik sangat sporting n kami bekerja dengan gurau senda mereka.

Selamat Pengantin Baru.

Isnin, Ogos 20

Henna/Inai : Berinai di Hari Raya.




















As salam hai semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. kali ni Norish buat inai bagi customer yang nak buat untuk suami di Hari Raya, kira utk inai hari raya lah nih, tapi special lagi coz design nya ala Arabic. huhuhuh. Namanya Farah, suaminya orang Dubai, huhuuhu....so menjadi adat tradisi orang Arab si suami suka melihat si isterinya berinai, cantik.... :), masa nih kali kedua Farah berinai dengan Norish, Alhamdulillah beliau selesa dengan saya, ok ceritanya macam nih, Farah nak buat inai sempena Hari Raya sebelum pulang ke kg halaman. huhuhu... jadi dia nak berinai on 17hb Augst, pagi 2 dia dah dtg umah Norish nak berinai, tau tau dia mengandung 5 minggu, wah tahniah Farah rezeki Ramadhan orang kata :). jadi Farah nih dah siap2 pilih corak yang dia berkenan utk saya lukiskan. Alhamdulillah menjadi , gambar di atas adalah hasilnya selepas 2jam saya melukis.

p/s:- jadi jangan kata adat berinai nih dari orang India sahaja, ia juga amalan orang2 Arab,(senang kata middle east la).. malah mereka lebih mahir & pantas melukis Henna . Inai ini adalah perhiasan sementara bagi wanita.