INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, Januari 11

Henna /Inai :-Emirates design. -shah alam seksyen 17.

Before
After


Hai semua kali nih Norish buat corak Emirates (ARaBIc DesIgn). makin lama saya buat corak nih makin saya gemar, semakin seronok saya rasa :)... bagi saya corak Arab nih, sangat menguji kelembutan lekukkan & lebih lembut gaya kita melakar garisan semakin hidup corak yang cuba ditonjolkan.

huhuu...jom lah sesapa nak cuba corak baru nih..calling calling Norish k :)

lihat juga gambar dibawah nih. hasil dari lakaran suka-suka ...yang nih Norish guna jenis inai "RAJU GOLD". Inai nih pakai mula2 dia nampak oren jer lepas lama kelamaan lebih kurang 5 jam warnanya makin naik bukan merah tapi brown... cantik sangat!!!!. tapi apa apa pon biar lah Norish kaji dulu ketahanan inai nih yer :). kalau cantik & lebih tahan lama hingga 2-3 minggu Norish saran kan korang pakai k . Ouh inai nih dari India.





                          yang ini ada lagi satu design yang Norish cuba , ..

Ahad, Januari 8

Inai - Shah Alam Seksyen 17.

As salam hai semua , gambar di bawah ni saya ambil masa 3 orang ni pengantin dtg skali ke rumah saya di seksyen 17 ,Shah Alam, untuk berinai. Yang u all nampak free hair dari belakang tu bukan Norish tapi Intan kawan saya yang sering membantu  saya dalam kerja-kerja memasang inai pengantin. Intan akan membantu saya dalam memasang inai full cap dijari kaki & tangan pengantin,  & Norish pula akan melukis lukisan henna /Inai yang di ingini oleh pengantin, supaya kerja lebih cepat & Profesional . 

Gambar pengantin yang bertudung warna kelabu & pink tuh (Ummi & Rozie) mereka sebenarnya dah pon menikah pada minggu lalu, & sudah juga saya ukir pada tangan mereka, sekarang mereka nak pakai lagi untuk majlis bertandang. kebiasaannya untuk majlis bertandang nih pemakaian henna hanya simple sahaja. Apa yang penting hanyalah full cap di hujung jari, dan ukiran henna/inai di atas tangan yang simple tapi menarik! jika teringin :)

Dan Norish sangat-sangant menggalakkan pengantin yang nak memasang henna /Inai untuk kali kedua dengan saya harus ke rumah Norish, bersama-sama dengan suami atau sedara yang lain,(tujuan bawa sedara nih supaya nanti boleh drive balik) bagi mendapatkan diskaun kali kedua dgn Norish.









 Dan yang bertudung hitam ni pula Mira pengantin yang yang bakal menikah untuk keesokkan harinya, Nasibnya baik kerana dia nih last minute call Norish petang tuh.katanya nak menikah esok nak pakai inai malam  nih!!!. Bile Norish check jadual ada 2 pengantin nak datang rumah, jadi my suggestion is , minta dia datang ke rumah sekali. Alhamdulillah Mira setuju, walaupun dia duduk jauh di kuala Lumpur sana.


Isnin, Januari 2

Inai ukiran pengantin - Shah Alam sek 19

As salam Hi ni antara customer saya yang nak kan ukiran yang simple tapi menarik. inai di hujung jari menggunakan inai original dari pokok inai yang saya kisar sendiri.

lihat la hasil nya di hujung jari ia bergantung pada sesetengah org ia kelihatan seperti ini tapi ada sesetengah ia kelihatan merah. kerana ia bergantung pada jenis darah & suhu badan.

ada orang kata jenis darah "B" kurang pekat inai nya, ada juga yang kata jika makin panas suhu badan sesorang tuh maka semakin merahlah warna inai pada kulit nya..



tapi walau bagaimana pun inai tetapk merah menawan di jari pengantin nih .. :)

Khamis, Disember 29

Henna/Inai : Arabic Henna Design

As salam semua, kali ni Norish nak buat corak Arabic yang agak sukar sebenarnya :).. sebab ada seorang customer nih request nak buat so apa salahnya saya mengambil cabaran nih. .Of course lah saya kene practis dullu atas kertas atau atas tgn member or kengkawan hehehehe..

corak nih bile kita lihat dia macam senang tapi bile nak buat tuh agak berfikir juga lah sbb dia nih lukisan yg tak nampak titik pointnya.

jadi semalam saya ada lah buat ujian atas tgn kawan saya nih dia rela tgnnya di conteng. tapi kali nih saya menggunakan inai baru yg saya dapat dari customer yang berkahwin dengan warga pakistan. Insya Allah jika warna & ketahanan nya lama saya akan oder terus dari dia. :) jenama inai nih "DILRUBA"...huhuu inainya sangat hijau & baunya wangi :)

ini lah hasilo lukisan saya, & hasil warna inai ini.:)








saya harus perbaiki lagi lukisan nih!!!!!!!!!...

Insya Allah nnti 2 saya upload lagi keunikan lukisan henna Ala Arab nih untuk tatapan semua k :)

Rabu, Disember 28

Henna/Inai : Inai Di hujung Jari Ira Syazira

As salam semua, nih second Job saya dengan Artis Ira Syazira & Azad Jasmin. waktu nih pasang inai hanya di hujung jari (full cap) untuk majlis bertandang mereka. Bukan mereka tak nak pakai tapi disebabkan oleh faktor kerja. Saya memahami nya. jadi saya hanya pasang di hujung jari, melihat pada keadaan mereka yang sangat sibuk, dan saya juga ada lagi job lain lagi di puchong jadi saya hanya mengambil masa dlm 1 jam utk pasangkan cap pada mereka & melukis pada tgn adik Ira Syazira, malangnya kerana kelam kabut & nak cepat masing2 terlupa nak snap gambar tanagn adiknya :(.

ini pon just snap pakai fon jer :)