INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, November 2

Henna/inai : Simple design untuk majlis pertunangan & merisik




Gambar di atas adalah corak yang simple yang sesuai untuk majlis pertunangan & merisik. Tapi ada juga yang gunakan corak nih untuk majlis akad Nikah.

Isnin, Oktober 31

Henna/inai :Inai Ukiran tangan sheila -Port klang.

Sheila orang yang sangat peramah & ceria, kali pertama saya datang kerumahnya di Usj 8 , saya amat seronok skali kerana keluarga mereka sangat ceria & sporting.

saya tiba di rumahnya tepat jam 1pg seperti yang dijanjikan.

dari jam 1 hingga lah jam 6pagi baru je selesai berinai, dari ibu pengantin hingga ke sedara mara yang lain. wah Alhamdulillah seronok sekali. Yang paling kesian pengantinnya baru je nak tido. huhuu..berkorban demi keluarga. sepatutnya saya habiskan pengantin dulu baru dia boleh tido, tapi katanya biarla keluarganya buat dulu...

Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan hati beliau hingga call saya semula untuk buat yang ke dua(bertandang). di Port Klang. sudah tentu ada diskaunnyer :)...

kali kedua buat design 2 tone & lagi gempak kerna dia akan pakai dress kembang yang tiada lengan & pakaian sari jadi nak yang panjang sedikit dari pergelangan.

tapi gambarnya dia belum upload lagi.

kali 3 dia call saya ,katanya nak sponsor untuk anak buahnya di port klang untuk majlis nikah.
jadi saya tiba di hari yang dijanjikan. Alhamdulillah hasilnya juga amat memuaskan hati mereka, terima kasih kepada sheila & keluarga kerana sudi memberi sokongan pada akk :).



Insya Allah jika kita ada rezeki lagi boleh kita berinai lagi :)




Khamis, Oktober 27

Henna/ inai: untuk perubatan & kecantikkan

minggu sudah ada seorang kawan telah datang meminta tolong saya untuk sembuhkan mukanya yang terkena minyak panas semasa mengoreng keropok lekor..huhuh memang lah besar gelembungnya...saya terfikir juga macam mana nak buat nih? lastly dia minta saya untuk buat corak atas gelembung tuh...huhu saya pun apa lagi buat la sebaik mungkin.

Alhamdulillah selesai kerja, pada mulanya beliau terasa tempat yang di lukis, sejuk tak sampai 5 minit dia terasa tempat gelembung tadi tuh berdenyut. itu tandanya inai sedang melakukan tugas menyedut bisa di dalam gelembung itu..huhu...pedih katanya, tapi beliau tahan juga.

Akhirnya ke esokkan hari nya rasa kebas & pedih di sekitar gelembung itu hilang & gelembung itu kering & mengecut.

lukisan itu masih ada sehingga hari ke 3 ia hilang. luka dimuka pun reda kemerahan.& terus hilang hanya tinggal bekas shj yg makan masa untuk sembuh. Tapi Alhamdulillah  muka kawan saya bertambah serinya :)


Rabu, Oktober 19

Henna/inai: Interview Wif Majalah Aniqah

Gambar nih sesi fotografi bersama model.
 Pada bulan puasa yang lalu, saya telah di panggil oleh wartawan majalah Aniqah Pn salawati Haris ke pejabat beliau di kl untuk di interview tentang Henna/inai, untuk dimuatkan dalam ruangan isu perkahwinan bahagian Inai Pengantin .untuk majalah Aniqah keluaran October nih.
yang mana banyak memberikan tips2 tentang budget & vendor2 perkahwinan.
sambil - sambil tuh norish sempat lagi menginnaikan mereka semua di pejabat itu.





sambil menginaikan yg lain





Isnin, Oktober 10

Inai/Henna:- Karnival Niew Ladies - Bangsar

Pada minggu yang lalu, Norish telah dijemput oleh tenaga kerja majalah Aniqah untuk menyertai karnival Niew Ladies di University Malaya, Bangsar. di Kompleks Perdanasiswa UM.

Karnival yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan yang bermula seawal dari jam 9 pagi .Ia 

bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu berkaitan wanita dan 

memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya wanita untuk menjadi pemimpin negara di 

masa akan datang.


 di bawah adalah beberapa aktiviti, Norish bersama dengan majalah Aniqah.






















Ahad, September 18

henna/ inai: Eira Syazira & Azad Jasmin - Putrajaya


Alhamdulillah syukur padaNya, pada khamis minggu lalu 15hb sept 2011 baru nih , saya telah selamat menjalankan tugas menginaikan Pelakon Eira Syazira & Azad Jasmin.

pada mulanya beliau menghubungi saya pada 14hb sept 2011, pada jam 1230 malam , waktu tu pula saya tengah sibuk menginaikan pengantin lain.

mula2 yang call adiknya , then saya mulanya tak berapa ingat wajahnya, namanya saya macam pernah dengar...tapi tak ingat dimana, maklumlah masa tuh penat menginaikan pengantin...huhuuu...

selepas sahaja siap tugansan saya terus saya call beliau & bg detail penjelasan pada nya.akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa pada keesokkan harinya.

Gambar -gambar dibawah adalah gambar yang saya ambil daripada camera saya sendiri, lihat la gelagat Azad yang muka nampak cam nervous but cool jer, suka buat lawak sampai Eira gelak.:)


Add caption

Eira di interview wartawan sambil Azad bantu memegang telephone. fuuhh lama oo penat tuh ...:)
seronoknya dia :)


lastly for drawing, saya buat bahagian yang paling penting, Atas tangan.
hanya corak yang simple dibahagian tapak tangan.



pose kejap lepas siap assignment.

bahagian kaki, corak keliling kaki & atas sikit.




















Akhirnya sudah selesai siap semuanya.....
Tahniah Eira & Azad Jasmin,
Selamat Pengantin Baru.Semoga bebahgia selalu.Amin.
                                                                                Ikhlas dari Norish (Henna Noor Collectionz).

Jumaat, September 9

Henna/ Inai : corak ukiran inai 2 tone - Uptown Shah Alam Seksyen 24

Hai semua, kali ni saya nak cerita pasal seorangn customer saya yang mmg dah lama cari saya untuk berhenna lagi :). 
                Joanne pada mulanya datang ke UpTown  Shah Alam nih , biasalah jalan2 bersama kawannya, ternampak saya di sana, waktu tuh kedai saya masih lagi di bahagian lorong tengah berhadapan dengan pentas. masa kali pertama beliau tanya"kak.... berapa harga utk sebelah tangan?" saya cakap "Rm 5 sebelah bagi yang corak biasa, Rm 10 bagi yang dua tone" . ok lah kak sy nak corak nih utk yang dua tone punyer ok ".

                Masa tuh saya buat lah seperti yang telah diarahkan. huhuu...Alhamdulillah dia berpuas hati. maka pulangla dia dengan hati yang girang .:).
gambar seperti di bawah.  











Selang beberapa bulan kemudian, dia jumpa saya di kedai baru saya, huhhuuh....saya sangat seronok, dia pon menghembus nafas lega, sbb selama nih dia dah banyak kali datang tapi tak jumpa saya .last skali tanya kan peniaga di situ, katanya saya berada di bahagian belakang, masa saya jumpa dia ...waktu tuh, lagi 3 hari nak raya....wah bukan main seronok lagi dia berhenna skali lagi dengan saya, tapi yang seronoknya bukan dia seorang tapi ramai kawan2 yang dia bawa.

Terima Kasih Joanne..:)

gambar di bawah adalah yang kali kedua berhenna dengan saya :).








 p/s: gambar2 diatas telah diambil sendiri oleh Joanne, daripada FB.