INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Selasa, Oktober 9

Inai / Henna : untuk Majlis Dinner

Salam semua, hai apa khabar, sure ada yang ter tunggu-tunggu mana la Norish nih tak upload picture... hihhihi.. Sorry sangat sebab super BZ huuu...
Ok kali nih Norish berkesempatan masuk ke Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
yang panggil Norish untuk inaikan mereka , sempena hari dinner mereka pada sabtu minggu lalu. huhuhu. Aishah (ecah ) adalah customer Norish dulu, dan dia yang call Norish utk inai kan dia dan kengkawan yang lain ,termasuklah Bos2 mereka. huhu seronok sangat dengan mereka semua sporting.


memilih corak sebelum sampai giliran.

Ha,,yang berbaju biru  nih lah Ecah.. Cute kan dia :)

ni yang penghabisan,... selesai tugas dari jam 1 tghari hingga 3 ptg. seramai  21 orang semuanya.

huhu sempat pose lagi :)

Alamak tangan nih oranng kuat department nih yang menganjurkan Dinner Ala- Bollywood. tapi sayang tak nampak muka lak :)
 ok nanti akan ada lagi beberapa story utk bacaan dan tontonan semua InsyaAllah.

bye. :)

Rabu, September 19

Henna/Inai : Inai Pengantin last minute

Salam semua , hah sementara Norish tak de job nak inaikan pengantin hari ni, sempat lah juga Norish nak berceloteh..hihihi... ok lah. kali nih ceritanya customer nih last minute booking, nasibnya baik sbb masih ada ruang nak inaikannya.. Alhamdulillah senang berurusan dengannya, semuanya berjalan lancar, walaupon last minute.

ok cerita punye cerita normaly kalau yang macam nih they all tak cerewet nak pilih which design yang Norish bawa, tapi bagi beliau, inginkan corak yang tidak terlalu crowded, dan nampak kemas di tangan.   huhuhuhu... sbb dia nakkan sesuatu yang lain sikit. dia nakkan 2 tone.

ok Finaly Norish came out dengan idea nih, Alhamdulillah beliau sangat teruja,




Selasa, September 18

Inai Pengantin - Bandar Enstek

Salam semua, ok kali nih nak perkenalkan customer saya masa hari raya ke 6. Namanya Halimaton tinggal di bandar Enstek , Nilai. jadi agak jauh juga bagi saya nak travel kesana, agak makan masa huhuh... bagi yang slalu travel tuh maybe rasa kejap jer.. :), tapi bagi norish yang sebelum tuh dah gerak dari shah alam ke bukit jelutong, ke damansara , ke keramat ke nilai n last destinasi di bandar Enstek ... hah, sebenarnya memang tak cukup tangan bagi norish on the day nak menginaikan pengantin. huh berduyun orang nak kahwin sekarang nih. terutamanya after raya. buat skali dengan majlis rumah terbuka.

ok skang jom lihat aktiviti Norish. 




hanya ini sahaja gambar yang norish sempat snap n yang lain tuh lebih kurang sama jer , cuma yang nih ada lain sikit.. ok tq bye...

Rabu, September 12

Koleksi Inai di Uptown Shah Alam Di Hari Raya









Inai Pengantin di Ampang




Assalamualaikum semua, hai semua blogger, lama dah tak upload cerita nih ramai pula yang "bertanya dah tak buat lagi ker service inai nih?". huhuuuh.... sebenarnya Norish sangat superbz dengan pengantin. Alhamdulillah Norish masih membuat service henna nih dan masih sedang bergiat aktif, InsyaAllah Norish akan upload kan cerita baru n gambar baru bagi u all semua ... k :) 

okey kali nih gambar masa Norish berinai di Ampang . masa nih dalam bulan puasa, lagi 3 hari nak raya kalau tak silap.. uhuu kawan kita nih nak kawin on hari raya di kelantan, jadi buat la awal sbb rumah yang u all nampak nih rumah kakak nya cik Aini. Alhamdulillah mereka 2 beradik sangat sporting n kami bekerja dengan gurau senda mereka.

Selamat Pengantin Baru.

Isnin, Ogos 20

Henna/Inai : Berinai di Hari Raya.




















As salam hai semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. kali ni Norish buat inai bagi customer yang nak buat untuk suami di Hari Raya, kira utk inai hari raya lah nih, tapi special lagi coz design nya ala Arabic. huhuhuh. Namanya Farah, suaminya orang Dubai, huhuuhu....so menjadi adat tradisi orang Arab si suami suka melihat si isterinya berinai, cantik.... :), masa nih kali kedua Farah berinai dengan Norish, Alhamdulillah beliau selesa dengan saya, ok ceritanya macam nih, Farah nak buat inai sempena Hari Raya sebelum pulang ke kg halaman. huhuhu... jadi dia nak berinai on 17hb Augst, pagi 2 dia dah dtg umah Norish nak berinai, tau tau dia mengandung 5 minggu, wah tahniah Farah rezeki Ramadhan orang kata :). jadi Farah nih dah siap2 pilih corak yang dia berkenan utk saya lukiskan. Alhamdulillah menjadi , gambar di atas adalah hasilnya selepas 2jam saya melukis.

p/s:- jadi jangan kata adat berinai nih dari orang India sahaja, ia juga amalan orang2 Arab,(senang kata middle east la).. malah mereka lebih mahir & pantas melukis Henna . Inai ini adalah perhiasan sementara bagi wanita.

Rabu, Ogos 8

Henna/Inai : De Palma Hotel shah alam - Aira

As salam hai semua, kali ni nak citer sorang customer nih,masa nih dalam bulan mac tahun nih, sebenarnya  Aira nih agak last minute, tapi Alhamdulillah ada rezeki dengan nya, call hari ni esok dapat. huhuu....

okey , beliau nih sebenarnya adalah saudara baru dalam Islam , Alhamdulillah beliau memeluk Islam selepas berjumpa dengan suaminya. semasa berjumpa dengan nya aira baru je balik dari membeli barang & kelihatan sangat letih & kelam kabut.. huhhu... mana taknya, janji jam 8.30 mlm norish kene ada di hotel , tapi dia masih belum sampai...huuhu...sakan berjalan nih.. tapi nasib baiklah that day hanya dia sahaja customer saya. jadi bagi Norish it's ok sbb tak rushing pon :). lastly jumpa dia dlm jam 930mlm. huhuu sempat gak norish minum kat kedai mamak sebelah De Palma tuh.. sambil tunggu dia mandi.

ok, Aira nih orang yang tak cerewet, & dia tak pernah buat benda nih tapi mak mertua nya yang bagi cadangan suruh buat. huhu.... yelah sekali jer kot nak buat meriah sakan sape taknak kan...lagi pulak dapat mak mertua yang sporting.. huhuhu..

masa dalam bilik hotel, sangkakan saya ada lah adiknya or maknya, tapi semua tak de mereka masih berjalan lagi di kl & ontheway nak balik.huhu...itu lah masanya kami berborak2 .

jomlah lihat pilihan corak Aira dari sabah nih :)