INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Khamis, Jun 19

Henna & Face painting Event

Baru- baru nih Norish & crew ada terlibat dalam event open day 2014, Setia Eco Park , dalam henna dan face/ Boday painting. ok nih lah kerja kami menconteng tangan dan muka kanak2 yang datang ke situ. sungguh seronok. !!!



sesiapa yang berminat untuk kami meriakan majlis anda sila la hubungi Norish 017-3276448,  utk maklumat lanjut. Tapi booking awal ya !!.. 

kelas melukis inai


Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kelas melukis inai nih , boleh la sms/ Whatsapp nama anda ke 017-3276448.
In shaa Allah , selepas puasa tahun ni, anda boleh menjana pendapatan sendiri dengan lebih yakin dan secara bekerjasama, kerana segala kerja yang dilakukan secara berkumpulan adalah lebih efektif dan lebih bersemangat.
Apa yang penting !!!..KERJASAMA..!!..ihihihihi... :)

Selasa, Mei 27

Inai / Henna pengantin Last minute booking untuk date 29 /30 mei 2014.

Salam semua pembaca, oleh kerana permintaan untuk berinai pada date 29 mei dan 30 mei ini adalah sangat ramai.Dah kira last minute, tapi In Shaa Allah Norish akan bantu anda, cuma anda semua kene bekerjasama untuk melancarkan prosesnya.

Oleh itu Norish dan Crew Henna Noor Collectionz, akan membuka kedai
 di UpTown Shah Alam se awal  pada  :

               29 mei 2014 pada 5.30ptg - 3 pagi ( crew yg terlibat Syazana & syazmora)
            30 mei 2014 pada 6.30ptg -2 pagi. (crew yg terlibat Syazana & syamora & Anne )

Norish hanya akan ada disana pada waktu jam 12 mlm keatas, selepas saya habiskan semua booking di luar. semasa ketiadaan saya, crew yang bertugas akan membantu anda untuk melukis inai, mereka juga akan di bantu oleh 2 lagi crew baru saya Fadhlina & Azura.

Jangan risau, In shaa Allah mana2 pengantin yang membuat lukisan set kaki & tangan skali dengan hujung jari kaki  & tangan, yang harganya bermula dari rm120 dan selebihnya bergantung pada corak yang dipilih, kami akan menyediakan service basuh secara percuma!!

ok ni saya review dari feedback previous pengantin dari instagram kami. tentang bakat crew Henna Noor Collectionz.

korang pon boleh view semua hasil kerja tangan mereka termasuk saya :) dalam Instagram kami  #norishennateam



Di harap agar hari bahagia anda akan lebih cantik dan manis dengan adanya lukisan inai yang merah di tangan.

P/S: - pada sesiapa yang nak datang untuk berinai di uptown sila hubungi saya di talian
017-3276448, 
untuk letak nama. oleh kerana ada beberapa waktu yang telah di booking juga. sebarang pertayaan sila hubungi Norish terus . :) Terima kasih.

Jumaat, Mei 16

Henna Bersama Misha Omar & Firos Ezzwan

Salam semua, ok kepada Follower
Norish henna kali ni Norish sungguh bertuah kerana dapat inaikan Misha Omar. sebenarnya untuk pengetahuan semua, beliau sendiri telah hubungi saya dan buat booking dengan saya hampir setahun yang lalu, masa tuh sebelum date nikah tersebut di tunda. Pada awalnya saya sendiri tak tau yang call tu dia sendiri, setelah di tanya baru lah beliau mengaku .

Dan setiap 2 bulan skali kami akan bermesej utk update yang terkini, nak dijadikan cerita, 22 nov yang lalu bapa saya telah meninggal dunia, dan seminggu kemudian Bapa Misha pula yang dijemput, jadi kami berkongsi perasaan pilu itu bersama., maka tundalah sekali lagi tarikh nikah mereka,.

Tarikh 2 Mei2014, Misha dan pasangan telah selamat di nikahkan, di Kelantan. dan saya telah di tugaskan untuk menginaikan beliau dan pasangan di Renaissance Hotel pada malam 1 Mei 2014. kami mulakan tugas dari jam 11malam selesai jam 3pagi. pada masa tuh beliau terlalu letih dengan persiapan dan rehearsal tapi gagahkan jua diri sebabkan ini adalah khas untuk hari bahagia nya. dan bila lagi dia nak berinai sakan , kalau tak hari bahagia nya :).

Tentang corak, Misha hanya memberitahu saya yang dia nak yang jenis sarat di kaki, dan terpulang pada saya untuk mencipta design baru untuk nya. "janji cantik, saya percayakan akak.." katanya. Alhamdulillah saya berjaya dengan corak yang tersendiri, Syukur skali lagi, Misha dan pasangan serta artis yang lain yang berada disana semasa saya menjalankan tugas sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya. (free hand drawing) Alhamdulillah :).



corak henna Misha Omar sangat istimewa,
Ia merupakan lace penuh di pergelangan tangan dan bercantum di 4 bahagian.

1-  Cantuman yang pertama adalah ditapak tangan , sangat manis saat merenjis
2- Cantuman yang kedua adalah bahagian sisi, yang mana lukisan inai akan nampak penuh jika tangan yang        kecil itu diletakkan atas dada suami tercinta.
3- Cantuman ketiga, ketika tangan mengangkat doa, nampak seiring sejalan hidup didunia dan akhirat
4- Cantuman di hadapan, sangat manis ketika bersanding, nampak sama padan .

corak henna di kaki juga sangat istimewa kerana beliau mempunyai kaki yang sangat comel. dan design yang dibuat adalah yang bersesuaian , ia kelihatan seperti seolah2 memakai sepasang sandal yang yang bertali di pergelangan kaki.













Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan semasa saya menghadiri majlis resepsinya di Hotel, saya dapat berjumpa semula dengan customer saya dari 2 tahun yang lalu, dia adalah Nurul Huda Abdul Aziz (YUYU tv3), dan Yana Lang.

p/s- beberapa gambar telah di ambil dari sumber Internet, dan nanti saya update lagi cerita tentang inai Misha waktu bertandang pula. :)

Terima kasih.

Khamis, April 3

Kelas Melukis Henna

Salam hai semua, Kelas Henna,.... ramai yang tanya kan tentang kelas melukis henna, ok saya memang ada membuat kelas melukis henna tapi tak rancak la sebab jadual yang pack. Tapi masih buat jika ada permintaan.

So far Alhamdulilah yang mana dah habis belajar , mereka dah ada customer sendiri atau pulangan mereka sangat lumayan, yang penting belajar melukis inai ni , anda lebih tau teknik dan kesabaran yang perlu dilalui,

In Shaa Allah saya akan bantu anda dari segi cara dan teknik melukis, dan mana tau kot2 ada di antara anda semua yang boleh melukis dengan laju dan kemas. :)


jika anda berminat untuk mengikuti kelas melukis Henna, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. tq. :)


Rabu, April 2

Henna bersama Artis

salam semua hai , dah lama tak update blog hihihi. ok kali ni norish just nak share sikit event yang kami pergi masa bulan February hari tu.
masa ni Norish ke majlis wrap party Propaganza yang telah diadakan di UNITEN, kajang.
seronok juga melihat kerenah artis masa disana, ok jomlah kita lihat siapa yang ada.... :)
bersama crew yg lain, Moraleehenna & Annemahazir

Abang with Johan

masa ni tengah menunggu customer. hihii sambil tengok artis nyanyi

ha.... ni dia cantikkan usahawan wanita diana rafar & linda rafar

ni warga hotel UNITEN tengah nak melukis inai


seronok juga tengok live they all chit chat jadi pengacara. :)

dengan diana rafar, dia masih ingat Norish, hihi, siap promote pada kengkawanya, Tq diana. :)


hensem.. :)

wtih kaka azraf

cat farish ada adik ?

dengan johan, kalau zizan ada lagi gempak !!... hihihi

comel kan siti sarah.


marsha cantik sangat.

shuib dgn abang


nak tompang gambar juga dengan izzue.

penutup

awie rafael
kami ambil belon tuh...geram... hihiii




Rabu, Februari 5

Inai Pengantin jika last minute booking.

                                                                                       
                                                                                    PINTU UTAMA
PINTU BELAKANG
Salam hai semua, ok map di atas adalah lokasi Henna Noor Collectionz di dalam Uptown Shah Alam, bagi sesiapa yang nak berinai utk tujuan suka2 atau perkahwinan boleh la ke kedai saya di sana, tapi call dulu utk booking n letak nama.
Tujuan saya meletakkan map ni , supaya sesiapa yg datang tak perlu pening2 cari, kerana lokasi kedai saya nih tersorok sikit dari depan, kalau tak nampak laluan sederet dengan kedai cermin mata dan depan kedai makan sure korang tak jumpa. paling senang kalau korang masuk parking kat bahagian belakang skali, nampak tak ada simbol pintu dekat dengan kedai norish tuh. Dalam map ni Norish bagi direction masuk dari arah pintu utama, sebab 80% dari pelanggan akan masuk dari depan, bagi mereka lebih senang parking tepi highway. Sebenarnya kat belakang parking lebih luas dan banyak. Jadi pada sesiapa yang nak datang boleh call dulu k.
Ok la kebetulan Norish dah upload  map gambar kedai ni, meh sini saya cerita sikit tentang penubuhan kedai saya ni, untuk makluman semua, Norish dah berada di sini sejak dari tahun 2009 lagi, tapi masa tuh Norish buka meja (sewa tempat shj) dekat lorong tengah block A dan B, jadi kalau hujan rugi la saya. :( bukan mudah nak dapat kedai dekat Uptown Shah Alam ni, tapi , rezeki datang dari Allah saya berjaya dapatkan kedai di bahagian belakang, yang mana tempat tu dulu tak de orang pon nak meniaga, hanya sampah sarap yang ada, gelap pon ya juga, tapi saya pasang niat nak majukan nya, Alhamdulilah masuk bulan puasa they all kemas lot2 kedai ,sebab ada yang menyewa disitu. Syukur sgt Norish ada jiran nak berniaga. tak la rasa sunyi sangat. :). Alhamdulillah sehingga la sekarang Norish masih bertahan disitu. masuk tahun 2012 dan 2013 Norish sangat sibuk dengan booking di luar sehinggakan jarang buka kedai, tapi walau jarang buka sekalipon, sesiapa yang call Norish untuk berinai, Norish masih terima. 2014 Syukur pada Allah saya telah ada seorang staff yang mana dia anak didik saya, yang boleh membantu semasa ketiadaan saya di kedai. walaupon kedai saya kecil sahaja tapi In Shaa Allah.
 Baru2 ni customer saya dapat maklumat ada orang bg tau yang kedai Norish yang dekat belakang tuh dah tutup. !!!!!....wah jangan cakap macam tuh kalau tak tau, kesian saya nih nak cari makan jangan cakap yang bukan2. SAYA MASIH LAGI DI UPTOWN SHAH ALAM. dan sesiapa yang last minute nak buat henna pengantin kami menerima tempahan disaat akhir setiap hari RABU - AHAD, dari jam 9 mlm hingga 1 pg (jika ramai tutup jam3pg.) tapi wajib call ya. :)
Keistimewaan kedai Henna saya di uptown, tempahan pengantin yang buat disitu akan kami service sehingga selesai inai dibasuhkan. dan In Shaa Allah inai tersebut akan tahan selama seminggu atau lebih bergantung pada cara penjagaan masing2, kerana inai yang Norish gunakan adalah inai yang dibuat sendiri. In Shaa Allah anda akan berpuas hati.

p/s- nasihat saya jangan la sampai semuanya last minute, kalau boleh booking biarla awal2 bagi menggelakkan dari sebarang masalah.