INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Isnin, Disember 26

henna/Inai: simple for wedding

simple 

 corak yang amat digemari oleh pengantin sekarang nioh trend  corak bercantum

keliling kaki

As salam semua gambar di atas adalah corak yang di reka khas buat pengantin atas sebab beliau tidak mahu inai nya kelihatan sarat. tetapi inginkan inai di keliling kaki agar bila memakai kasut nampaklah merah2 di kakinya :) bukan ke itu nampak lebih manis. & ia lebih berkat jika niatnya hanya untuk tatapan suami tercinta. :)

masa nih saya ke sungai besar.. huhuhu jauh tuh perjalan saya , tapi Alhamdulillah ianya sangat2 berbaloi.:)



Selasa, Disember 20

henna/Inai: for dinner at Setia Alam ,Shah Alam.

As salam hai semua , pasti yang mengikuti blog saya ini tertanya tanya mengapa tiada update dari saya.. :) Sebenarnya saya tersangat 2 super bz hingga tak cukup tangan. Alhamdulillah pada rezeki yang Allah telah berikan pada saya. Tak kurang juga dugaan yang saya hadapi sejak akhir2 nih :).

pada tanggal 1/12/11 saya telah mengalami kemalangan jalan raya. semasa dalam perjalanan saya nak meninaikan pengantin di rembau. Nasib pada waktu tuh saya sekeluarga selamat cuma demam terkejut & sakit 2 badan kerana terhentak.Walaubagaimana pun saya sempat juga menginaikan pengantin tersebut.cuma waktunya sahaja yang agak lewat.

Alhamdulillah Allah memberi saya kekuatan dalam menjalankan tugas ini. semua booking yang ada dalam tangan saya pada hari seterusnya Alhamdulillah saya berjaya menjalankannya dengan baik, walaupun badan saya demam urat.

dalam kebanyakkan kerja saya yang saya buat ada sesetengahnya saya bergambar tapi ada juga yg tak sempat saya nak snap. maaf yer.

berikut adalah yang terkini , job saya menginaikan mereka yang nak ke dinner.
masa nih di Setia Alam. Alhamdulillah mereka menyambut saya dengan riang & teruja, kerana tak sabar untuk diri mereka di hias dengan henna yang menarik & simple.





sila lah jamu mata :)
sebenarnya ada ramai lagi tapi saya tak sempat nak snap semuanya.:(

Selasa, November 15

Henna/ Inai: Aini seksyen 17, Shah Alam

Salam semua ni adalah salah satu pakej yang paling simple & ikut zaman orang dulu, cuma saya ada buat penambahan pada bahagian tepi kaki & tangan . Ini disebabkan  cust ni first skali nak pakai corak ala Ayu Raudah, tapi ada pihak yang membantah jadi tak nak bagi customer nih terasa sedih sangat saya tambah la sikit dibahagian tepi nyer .



saya gunakan inai original asli daun .

Isnin, November 14

henna/inai: Nurul huda Abdul Aziz (Yuyu aziz)

 Alhamdulillah syukur saya telah selamat menjalankan tugas melukis inai untuk yuyu aziz,Selamat Pengantin Baru juga di ucapkan pada beliau.

Pertama skali saya sungguh tak menyangka yang saya dapat bertemu dengan pemenang Anugerah SKRIN 2011- Laporan Berita Terbaik Nurul Huda Abdul Aziz..Tahniah Yuyu. :)

Pertemuan kami untuk berinai ialah di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur ..huhuuh 5 star hotel.. merasa juga saya nak kesana ..Alhamdulillah..Tanpa membuang masa saya terus mulakan kerja. ye lah ada lagi 2 rumah saya nak kejar on that date.
Beliau sangat peramah. menjadikan suasana bilik itu tidak sunyi, saya kalau boleh pun nak juga bercerita bersama namun kerja inai saya harus dilakukan dengan teliti jadi saya lebih banyak mendengar, tapi seronok  betul dapat bertemu dengan beliau. seorang wanita yang matang , manja & ramah.











Isnin, November 7

henna/ inai :corak ukiran inai ala Eira syazira


As salam semua berikut adalah beberapa gambar customer saya yang request untuk corak ukiran macam Eira Syazira, huhuhu sama tapi tak serupa, supaya setiap customer saya ada kelainan mereka yang tersendiri.






Rabu, November 2

Henna/inai : Simple design untuk majlis pertunangan & merisik




Gambar di atas adalah corak yang simple yang sesuai untuk majlis pertunangan & merisik. Tapi ada juga yang gunakan corak nih untuk majlis akad Nikah.

Isnin, Oktober 31

Henna/inai :Inai Ukiran tangan sheila -Port klang.

Sheila orang yang sangat peramah & ceria, kali pertama saya datang kerumahnya di Usj 8 , saya amat seronok skali kerana keluarga mereka sangat ceria & sporting.

saya tiba di rumahnya tepat jam 1pg seperti yang dijanjikan.

dari jam 1 hingga lah jam 6pagi baru je selesai berinai, dari ibu pengantin hingga ke sedara mara yang lain. wah Alhamdulillah seronok sekali. Yang paling kesian pengantinnya baru je nak tido. huhuu..berkorban demi keluarga. sepatutnya saya habiskan pengantin dulu baru dia boleh tido, tapi katanya biarla keluarganya buat dulu...

Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan hati beliau hingga call saya semula untuk buat yang ke dua(bertandang). di Port Klang. sudah tentu ada diskaunnyer :)...

kali kedua buat design 2 tone & lagi gempak kerna dia akan pakai dress kembang yang tiada lengan & pakaian sari jadi nak yang panjang sedikit dari pergelangan.

tapi gambarnya dia belum upload lagi.

kali 3 dia call saya ,katanya nak sponsor untuk anak buahnya di port klang untuk majlis nikah.
jadi saya tiba di hari yang dijanjikan. Alhamdulillah hasilnya juga amat memuaskan hati mereka, terima kasih kepada sheila & keluarga kerana sudi memberi sokongan pada akk :).



Insya Allah jika kita ada rezeki lagi boleh kita berinai lagi :)