INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Sabtu, Februari 27

Studio Inai Pengantin di Shah Alam



salam semua, untuk tatapan anda semua, :)




datang la ke Studio Henna Noor Collectionz, pasti anda akan berpuas hati dan seronok.:)

Selasa, Februari 23

INAI UNTUK KAHWIN SAHAJA KER ?

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.

Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.

Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 

Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.

Sebenarnya banyak manfaat inai yang kita tidak tahu, yang mana ia amat baik untuk kesihatan wanita, terutama untuk detoksifikasi dan menstabilkan hormon.

Diantara kegunaan inai yang telah saya amalkan, meniru amalan wanita Arab, ialah menggunakan inai dikepala untuk menyejukkan kepala serta menghilangkan masalah kelimumur dan menghilangkan sakit kepala. Alhamdulillah ia amat berkesan serta melembutkan rambut.


Menurut orang India, inai tersebut boleh dicampur dengan air teh dan telur, akan tetapi saya cuma mencampurkan serbuk inai (orang kita panggil inai Mekah) dengan air serta meletakkannya diseluruh kepala selama lebih kurang dua jam kemudian membasuhnya sehingga bersih.

Apa yang disebutkan dalam buku "Al-Tibb Al-Nabawi" karangan Ibn Jawzi, Rasulullah saw menggunakan inai dikepala untuk menghilangkan sakit kepala.


Di antara cara lain ialah menggunakan inai untuk mengubati masalah kulit, yang mana ia akan membersihkan bahagian sakit kulit tersebut, dengan penggunaan berulangkali ia akan menyembuhkan masalah kulit tersebut. Jadi inai tidak akan membuatkan kawasan kulit tersebut menjadi merah, sebaliknya menyerap kekotoran daripada bahagian yang ditampalkan inai sehinggalah apabila semua kotoran keluar (setelah guna berulangkali, barulah ia memerahkan kawasan tersebut. 

Satu lagi amalan wanita Arab berkaitan dengan inai ialah memakai inai ditangan dan tapak kaki ketika hampir waktu bersalin. Jadi kita akan dapati wanita-wanita Arab yang baru bersalin memakai inai. Menurut mereka, ia baik untuk wanita.

Menurut apa yang saya pelajari mengenai warna, warna oren ini sama dengan frekuensi bahagian sulit wanita, jadi apabila kita memakai inai kita akan mempertenagakan bahagian hormon dan rahim kita. Terasa betul pula bila melihat amalan wanita-wanita Arab ini. 

Manakala amalan detoksifikasi menggunakan inai ditapak kaki adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tumit kaki. Malah ia juga boleh menggeluarkan kotoran yang terperangkap ditapak kaki kita.

Pada hari permulaan memakai inai ia akan merah seperti biasa, apabila masuk hari kedua ia akan berubah warna kehitam-hitaman mengikut tahap toksin yang ada dalam badan kita, kemudian hilang dalam tempoh tertentu. Jika kita rajin menggosok serta membersihkan kaki kita, kesan tersebut akan hilang lebih cepat daripada biasa. 

Nampaknya banyak faedah inai untuk kebaikan wanita, jadi bolehlah kita amalkannya untuk kebaikan kita. 
Jika ia baik untuk anda amalkanlah, sekurang-kurangnya menggeluarkan sedikit kekotoran daripada badan dengan cara murah dan mudah.

Terima kasih. :)

Isnin, Februari 15

BERINAI BERSAMA MEDIA HIBURAN - AT THE GARDENS MIDVALLEY KUALA LUMPUR

Alhamdulillah pada penghujung bulan January yang lalu, saya telah berjaya mendapatkan satu event untuk sponsor Annual Dinner Malam Bollywood Media Hiburan .

Syukur kerana majlis ini sangat meriah dengan kehadiran artis2 Malaysia kita.

di bawah adalah antara yang sy sempat bergambar :)









Khamis, Januari 21

INAI MUDAH, INAI PENGANTIN, INAI MERAH, INAI TRADISI, INAI CELUP.

Assalammualaikum semua , Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, Projek 2016 untuk pasarkan INAI CELUP, & INAI LUKIS, homemade dan  penjualan pada setiap negeri dan negara, telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

sehingga kini D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE, masih diperingkat permulaan, tapi pada sesiapa yang ingin pasarkan produk ini keluar negara saya amat alu-alukan :)

pada yang diluar sana disini saya ceritakan serba sedikit mengenai
 D'Jari Merah BY Norish&Moralee.

telah di tubuhkan pada october 2015,
Lokasi : STUDIO HENNA PERTAMA DI MALAYSIA
 STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ 
ALAM AVENUE, B-9-2, JALAN SERAI WANGI, G16/G, SEKSYEN 16, PADANG JAWA, SHAH ALAM.
ia adalah perniagaan Bumiputra 100%
mengeluarkan produk Inai Celup & Inai lukis
ia menggunakan sumber asli dari serbuk daun inai 
pembuatan nya juga adalah homemade tanpa sebarang bahan kimia.
Januari 2016 akan ada lagi produk2 baru rangkaian daripada produk asas
 INAI CELUP & INAI LUKIS D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE.

Target penjualan , ingin memasuki pasaran antarabangsa :)
-Jakarta , Indonesia &
-singapura


pada warga Singapura & Indonesia yang berminat ingin menjadi stokis kami, sila hubungi saya di talian 017-3276405/6448 NORISH.

berikut dibawah adalah testimoni dari pelanggan kami yang telah membeli dan menggunakan produk kami.









Di bawah ini pula Senarai Stokis yang telah kami sahkan .
Bagi sesiapa yang ingin membeli
 INAI CELUP & INAI LUKIS D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE, 
 boleh hubungi mereka yang terdekat dengan anda. :)




                          
                       

                         


                                               

                    








Khamis, Januari 14

Corak Inai di Tangan 2016 Part 2

Selamat menjamu mata, Ini adalah di antara corak 2016 yang berharga antara rm 8 - rm 15

boleh hubungi saya di talian 017-3276405 @ 017-3276448 Norish.

atau boleh terus datang ke STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ,
B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 , PADANG JAWA, SHAH ALAM.













Corak Inai di Tangan 2016

Ini adalah di antara corak 2 yang menjadi kegilaan tahun 2016, :)

harga setiap corak berbeza tapi rangenya dari rm 15 -rm 50

jika ada apa2 pertanyaan boleh terus hubungi saya Norish 017-3276405 @ 017-3276448
tq.










Selasa, Januari 5

INAI PENGANTIN - SALAM TAHUN BARU PENGANTIN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016!!!!..


Tahniah dan saya doakan anda semua berjaya dalam bidang yang anda ceburi, jangan mudah berputus asa jika anda gagal bukan bermakna anda kalah, tapi menaiki anda sedang menaiki tangga kejayaan !!!..

kebanyakkan pengusaha wanita bumiputera, mudah mengalah dan sentiasa kekurangan idea, jadi saranan saya ialah anda keluar dari budaya pemikiran yang biasa!!!, fikirkan sesuatu yang diluar kotak, yang mana ia lebih BERINOVASI, bukan yang TIRUBASI!!! :)), fikirikan jika ianya lebih sesuai untuk masyarakat masa kini.:))

Budaya TIRUBASI usahawan muda sekarang ini sangatlah ramai, kalau boleh biarlah yang berlainan sedikit dari yang dah sedia ada, biar TIRUVASI, supaya masyarakat di luar sana dapat membuat pilihan dengan lebih banyak. bukan pilihan yang sama  :))

INOVASI sangat lah diperlukan dalam bidang perniagaan , jadikan ia lebih kreatif dan mudah bagi pengguna menggunakkan perkhidmatan atau produk anda !!..

SELAMAT MAJU JAYA DARI SAYA

 'NORISH SI PENGHENNA '