INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Selasa, Jun 7

Henna/Inai : 2 tone- shah Alam (seksyen17)

Namanya Tasha, dulu customer saya  ambil pakej pengantin , tinggal di Rawang, beberapa bulan kemudian, Alhamdulillah dah ada rezeki .baby

skarang nih menjalankan business Andaman.

henna setakat suka suka...:)..masa ni datang ke rumah saya untuk buat projek andaman, skali kita berinai kan dia..:)

yang penting kita sama2 happy, suaminya pun sangat sporting.


luv you tasha:)

Rabu, Mei 25

Henna/Inai : Fyza -Batu caves


  Terima kasih Fyza, kerana sudi memilih Henna Noor Collectionz Buat kali kedua untuk majlis bertandang. Walaupun hingga jam 3.30pg mata dah ngantuk tapi tetap bersabar, huyuhuhu...cayalah Fyzaa..:) TQ sgt, :)
hasilnya bila esok pagi:)

Isnin, Mei 23

Henna NC: latest Activities -Face drawing.




















Gambar diatas adalah antara aktiviti yg Henna Noor lakukan di uptown shah Alam, pada minggu2 yg lalu,saya melukis di bahagian muka dengan menggunakan Henna/inai.

Hasilnya ..WoooWWW!!!....menarik sekali :)..sebenarnya saja suka2, tapi ada pula yg berminat nak cuba , jadi apasalahnya, huhuhu....janji ia bukan bende yg kekal, .

biasanya customer yg pakai henna di bahagian wajah nih, coraknya hanya  kekal dalam 2-3hari shj, sbb kawasan tuh kan kadang2 berminyak & berpeluh... di lap & di cuci,...jadi kesan nya tak lama..

harga nya dari Rm 5-Rm10, berdasarkan pada corak yg diminta.:)

coming up next:- try guna eye liner @ body art make up:)...


 kami adalah pelukis, di uptown Shah Alam, jom jumpa kami & cuba la design-design baru kami :)


Ahad, April 17

Henna/Inai dalam Adat Istiadat Perkahwinan Melayu.



INAI,  ialah sebagai simbol atau tanda bahawa kedua-dua mempelai masih mempunyai 

dara yang dikawal dengan kehormatan diri untuk menjadi satu kemegahan bagi kedua-dua keluarga mempelai. 


INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara,
1- berinai curi
2- berinai kecil
3- berinai besar.

Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain untuk perubatan.

 The word "henna" literally means "to become queen."  Henna was regarded as having "Barakah," blessings, and was applied for luck as well as joy and beauty. Brides typically had the most henna, and the most complex patterns, to support their greatest joy, and wishes for luck.


KESIMPULAN
 Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan. 

 Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu, segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera dibacakan oleh makandam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya mempunyai signifikasi tersendiri.

 Di antaranya bertujuan untuk melindungi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus. Manakala upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak menggunakan bunga manggar dan sebagainya bertujuan untuk bersuka-suka di samping mengeratkan hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan dengan saudara mara kedua-dua belah pihak yang baru berkenalan.

 Walaupun setiap negeri mempunyai istiadat yang agak berbeza, tetapi secara umumnya ianya adalah hampir-hampir sama serta mempunyai matlamat yang tertentu.