INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Isnin, Julai 23

Henna/Inai: Pandan Indah kuala lumpur



As salam hai semua bertemu kembali.. huhuuh ok kali perkenalkan keluarga Q, mereka nih adik beradik, namanya Qurairatu Aini, Qurairatu Aishah , & Qurairatu Aida.
huuuu....macam mana dia orang boleh dapatkan number Norish ya?..ouh melalui customer Norish yang namanya Ayun nar... sure mana2 blogger mesti kenal blog dia http://www.ayunayunar.com
mmm..norish pon minat juga rekaan tudung2 yang di jual.. huhuu.. dek kerana minatkan corak Ayun tuh mereka pon contact hanya melalui Facebook shj. huhuuh... bayangkan the day yang kami nak jumpa tuh baru lah berhubung melalui handphone,..huhu..Alhamdulillah kami selamat mejalankan kerja2 menginai nih. start dari jam 430 bahis hingga jam830 mcm tuh lah. bergilir2 pengantin nih di Inaikan.. huhuuh...Norish Doakan semoga mereka semua bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Selasa, Julai 17

Henna/Inai: Serendah - Rawang. Farah Yasmin.




As salam semua kali nih perkenalkan  http://bride-note.blogspot.com  inilah ownernya. Farah Yasmin.
Alhamdulillah job henna bersamanya berjalan lancar. sangat seronok bergurau senda dan gelak bersama beliau. tak sangka rupanya peminat fanatik penyanyi Ziana Zain... huhuuh,,,  tuh yang warna tema pon dah colour hijau macam kak ziana dulu.

Walau apa pon beliau dan keluarga sangat lah ramah. :)



hah...untuk corak tapak tangan nih sebenarnya tak de dalam album, tapi Farah yang request, so Alhamdulillah secara spontan sahaja  ia terlintas di kepala nih nak draw macam mana... :) ikut citarasanya Norish dapat bayangkan apa yang dia nak.



Alhamdulilah syukur padaNya, outcome pada tangan Farah sangat cantik. Inilah hasil gambar fotografernya, yang dia tag di Facebook Norish.

Terima kasih Farah, semoga perkahwinan yang di bina ini bahagia Dunia Akhirat.


Rabu, Julai 4

Henna/Inai: TTDI & Subang Jaya



pasangan dari Dublin





pasangan dari Sweden



As salam. hai semua, kali nih Norish Upload gambar 2 family. huhuuh....dari Sweden n satu lagi dari Dublin. seronok tengok couple nih. yang dari Dublin nih mulanya tak nak pakai inai ..huhuuu..At last bile tengok inai dah nak siap, mak mertuanya pon pujuk punya pujuk, barulah nak berinai, sebab dia tak pernah nampak benda nih...huhuu...yang dari sweden  nih berserah jer...huhuh...

yang dari Sweden pula, bila tengok Auntynya berinai si kecik comel 2 orang nih pon seronok nak berinai juga. seronok betul mereka sampai pandai pilih corak sendiri dalam album huhuhu...

Rabu, Jun 27

Henna/ Inai :Keramat - Kuala Lumpur





Hai semua gambar kali nih Norish ke Keramat Hujung. di HOMESTAY Keramat hujung. Baru lah Norish tau kat sini ada HomeStay...huhuu... ok kali nih customer Norish yang duduk di UK.dia dapat tau Norish  dari Blog nih.....huhuhuu..husband nya orang sana...tapi bila dia bercakap dengar macam org perancis..huhuu...janji mereka faham English...hah...di bawah nih pula adalah family mereka dr UK n Malaysia. sweet couple.
Sempat la juga Norish melukis kat tangan yang lain tuh, sampai mereka sangat teruja....huhu  Alhamdulillah.


Selasa, Jun 12

Henna/ Inai: Hotel Somersert - Ampang (Diha)








ini hasil daripadanya, Terima Kasih Jurufoto Diha 
 Acestudio photography





As salam Semua, kali nih Norish nak tunjukkan hasil kerja terbaru dari Norish, untuk pengantin Dihar.
Corak Ala Arab  juga nih ... huhuu... terima kasih juga pada Diha kerana memberi saya peluang untuk melukis di tangan n kakinya. :) Alhamdulillah Beliau amat berpuas hati. :) nak tau tak sebenarnya Diha nih sebenarnya salah seorang pemilik Blog http://junetasticbrides.blogspot.com/
Norish borak borak baru tau.. huuuhuh...so siapa yang terbaca entry nih , ini lah dia salah seorang dari 3 org yang menulis blog itu.

Seronok berborak dengan nya, beliau seorang yang peramah n lucu... huuhuu...
Norish "Ucapkan Selamat Pengantin Baru."


Selasa, Jun 5

Henna /Inai: Simple design untuk pengantin

Assalamualaikum semua, hai , lama nya tak update Blog nih kan..huuhu nak nak musim cuti sekolah nih. okey. sekarang nih ada  beberapa corak baru yang Norish hasilkan.tak kurang juga ada corak berdasarkan citarasa pengantin sendiri. huhuu...ok sila la jamu mata anda:-






Isnin, Mei 14

Inai/Henna: simple di seksyen 19 ,Shah Alam.

As salam hai semua kali nih Norish nak upload gambar anak beranak berinai. huhuuhu...

gambar di bawah nih Norish memang lukis secara spontan tanpa rujukan hanya bergantung pada kehendak pelanggan. Insya Allah boleh. :)


ini lukisan untuk si Ibu.


Ini pula untuk Anaknya yang baru juga mendirikan rumah tangga bulan mac lepas.

kiranya ini adalah kali ke 3 Norish menginaikan mereka. Alhamdulillah mereka berpuas hati.