INAI PENGANTIN
SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA
PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI
B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),
BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.
Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.
lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..
Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.
ok..terima kasih.
Rabu, Mac 2
Sabtu, Februari 27
Studio Inai Pengantin di Shah Alam
salam semua, untuk tatapan anda semua, :)
datang la ke Studio Henna Noor Collectionz, pasti anda akan berpuas hati dan seronok.:)
Selasa, Februari 23
INAI UNTUK KAHWIN SAHAJA KER ?
Detox tubuh dengan Inai
Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.
Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu.
Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.
Sebenarnya banyak manfaat inai yang kita tidak tahu, yang mana ia amat baik untuk kesihatan wanita, terutama untuk detoksifikasi dan menstabilkan hormon.
Diantara kegunaan inai yang telah saya amalkan, meniru amalan wanita Arab, ialah menggunakan inai dikepala untuk menyejukkan kepala serta menghilangkan masalah kelimumur dan menghilangkan sakit kepala. Alhamdulillah ia amat berkesan serta melembutkan rambut.
Menurut orang India, inai tersebut boleh dicampur dengan air teh dan telur, akan tetapi saya cuma mencampurkan serbuk inai (orang kita panggil inai Mekah) dengan air serta meletakkannya diseluruh kepala selama lebih kurang dua jam kemudian membasuhnya sehingga bersih.
Apa yang disebutkan dalam buku "Al-Tibb Al-Nabawi" karangan Ibn Jawzi, Rasulullah saw menggunakan inai dikepala untuk menghilangkan sakit kepala.
Di antara cara lain ialah menggunakan inai untuk mengubati masalah kulit, yang mana ia akan membersihkan bahagian sakit kulit tersebut, dengan penggunaan berulangkali ia akan menyembuhkan masalah kulit tersebut. Jadi inai tidak akan membuatkan kawasan kulit tersebut menjadi merah, sebaliknya menyerap kekotoran daripada bahagian yang ditampalkan inai sehinggalah apabila semua kotoran keluar (setelah guna berulangkali, barulah ia memerahkan kawasan tersebut.
Satu lagi amalan wanita Arab berkaitan dengan inai ialah memakai inai ditangan dan tapak kaki ketika hampir waktu bersalin. Jadi kita akan dapati wanita-wanita Arab yang baru bersalin memakai inai. Menurut mereka, ia baik untuk wanita.
Menurut apa yang saya pelajari mengenai warna, warna oren ini sama dengan frekuensi bahagian sulit wanita, jadi apabila kita memakai inai kita akan mempertenagakan bahagian hormon dan rahim kita. Terasa betul pula bila melihat amalan wanita-wanita Arab ini.
Manakala amalan detoksifikasi menggunakan inai ditapak kaki adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tumit kaki. Malah ia juga boleh menggeluarkan kotoran yang terperangkap ditapak kaki kita.
Pada hari permulaan memakai inai ia akan merah seperti biasa, apabila masuk hari kedua ia akan berubah warna kehitam-hitaman mengikut tahap toksin yang ada dalam badan kita, kemudian hilang dalam tempoh tertentu. Jika kita rajin menggosok serta membersihkan kaki kita, kesan tersebut akan hilang lebih cepat daripada biasa.
Nampaknya banyak faedah inai untuk kebaikan wanita, jadi bolehlah kita amalkannya untuk kebaikan kita.
Jika ia baik untuk anda amalkanlah, sekurang-kurangnya menggeluarkan sedikit kekotoran daripada badan dengan cara murah dan mudah.
Terima kasih. :)
Isnin, Februari 15
Khamis, Januari 21
INAI MUDAH, INAI PENGANTIN, INAI MERAH, INAI TRADISI, INAI CELUP.
Assalammualaikum semua , Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, Projek 2016 untuk pasarkan INAI CELUP, & INAI LUKIS, homemade dan penjualan pada setiap negeri dan negara, telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
sehingga kini D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE, masih diperingkat permulaan, tapi pada sesiapa yang ingin pasarkan produk ini keluar negara saya amat alu-alukan :)
pada yang diluar sana disini saya ceritakan serba sedikit mengenai
D'Jari Merah BY Norish&Moralee.
telah di tubuhkan pada october 2015,
Lokasi : STUDIO HENNA PERTAMA DI MALAYSIA
STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ
ALAM AVENUE, B-9-2, JALAN SERAI WANGI, G16/G, SEKSYEN 16, PADANG JAWA, SHAH ALAM.
ia adalah perniagaan Bumiputra 100%
mengeluarkan produk Inai Celup & Inai lukis
ia menggunakan sumber asli dari serbuk daun inai
pembuatan nya juga adalah homemade tanpa sebarang bahan kimia.
Januari 2016 akan ada lagi produk2 baru rangkaian daripada produk asas
INAI CELUP & INAI LUKIS D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE.
Target penjualan , ingin memasuki pasaran antarabangsa :)
-Jakarta , Indonesia &
-singapura
pada warga Singapura & Indonesia yang berminat ingin menjadi stokis kami, sila hubungi saya di talian 017-3276405/6448 NORISH.
berikut dibawah adalah testimoni dari pelanggan kami yang telah membeli dan menggunakan produk kami.


Di bawah ini pula Senarai Stokis yang telah kami sahkan .
Bagi sesiapa yang ingin membeli
INAI CELUP & INAI LUKIS D'JARIMERAH BY NORISH&MORALEE,
boleh hubungi mereka yang terdekat dengan anda. :)


Khamis, Januari 14
Langgan:
Catatan (Atom)


































