INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, Disember 5

HENNA SHAH ALAM

Assalamualaikum,

Hai,  Selamat Bercuti Sekolah.  Yeay!!!!.. cuti sekolah lagi!!!..dah hujung tahun. Adik2 yang bercuti sekarang seronok bercuti dan yang paling best...boleh pakai INAI ..😃😀😀.

Alhamdulillah Dah masuk bulan DECEMBER 2018. kejap je lagi dah nak masuk tahun baru 2019. Maka dengan itu  ramai lah warga Malaysia yang membuat kenduri kendara untuk meraikan pengantin 😍😍😍.

Jadi sempena Hujung tahun ni. Norish nak promote my Business Inai & Spa.

Untuk Promosi hujung tahun ni. Kita bagi diskaun 10% -25% untuk harga SPA. :

  • EYELASH PERMING
  • MANDI BUNGA
  • SCRUB BADAN
  • SAUNA HERBA CINA
  • URUTAN THERAPHY BADAN
  • FACIAL SERI PENGANTIN. 

  • Untuk Bahagian Inai, harga dari serendah rm5 dan keatas. Harga bergantung design yang dipilih.
  • Yang mana buat pakej lengkap kaki dan tangan. Di STUDIO yang berharga RM300 KEATAS,  Akan dapat diskaun 10%


Macam mana nak booking ? 
  1. WHATAPPS NAMA DAN SERVIS YG NAK DI BUAT
  2. WHATAPPS  DATE NAK BOOKING
  3. WHATAPPS SEMUA DETAIL DIATAS PADA  NORISH 0173276405. 


Atau boleh lihat hasil kerja sis Norish dlm
follow saya di instagram 
@norishhenna 



follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :) 

juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg


Atau boleh ke Lokasi kami:-

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ

B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

Ahad, November 18

Service Inai lukis Shah Alam

Salam semua,

Ok skang ni dah penghujung tahun 2018, sudah pastinya cuti sekolah panjang,dan masa ni jugalah ramai yang nak buat kenduri kendara,😊, dan tak salah juga kalau saya nak promote business inai saya pada u all semua.

Pada yang berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, STUDIO HENNA NOOR  amat berdekatan dengan anda semua.Pada yang jauh saya syorkan juga untuk korang datang berinai, sebab STUDIO HENNA NOOR,  menjanjikan kelainan pada korang semua ,In shaa Allah.



Apa service yang kami tawarkan?

Selain dari melukis inai ,kami juga ada buat rawatan :-

●Mandi Bersiram bunga
●Urutan terapi Minda
●Sauna herba
●Facial wajah Naikkan Aura seri
●Eyelash perming (melentikkan bulumata)
●Inai rambut
●Scrub pulut, seluruh badan
●Scrub kaki dan tangan sebelum berinai
●menghilangkan kesan inai lama
●Lukis inai di badan


Selain itu kami juga menjual produk inai brand djarimerah_by_norishmoralee_hq




Tak kesah la u nak beli inai lukis, kuku,rambut atau kelengkapan berinai dan sebagainya. In shaa Allah korang boleh dapatkan nya disini.



Bagi belian barang selain dari datang ke kedai, kami juga buat jualan online.

Boleh layari INSTAGRAM

@djarimerah_by_norishmoralee_hq

Wah banyak tuh....dan dah tentulah kene buat booking  appointment 😊.

Macam mana nak booking?

Senang je
1- whatsapp nama dan date
2- whatsapp service yang nak di buat.
3-  Hantarkan pada Norish 0173276405

👍👍👍

In shaa Allah Kami akan reply pada anda.

Ok itu saja buat kali ni. Nanti sy update lagi. Tq 😘😘😘


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA 

KEDAI INAI HENNA INAI HENNA NOOR DI UPTOWN SHAH ALAM  buat sementara waktu ini kami akan beroperasi di 

STUDIO HENNA NOOR di PADANG JAWA, ALAM AVENUE 1,SHAH ALAM. 

  Boleh hubungi/whatsapp  saya 0173276405.
Utk sebarang pertanyaan. 


Atau boleh lihat hasil kerja sis Norish dlm
follow saya di instagram 
@norishhenna 



follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :) 

juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg


Atau boleh ke Lokasi kami:-

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ

B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

Selasa, November 13

KEDAI INAI DI UPTOWN SHAH ALAM

Salam semua Rakyat Malaysia 😍,

Kali ni Norish nak cerita tentang sejarah telah berulang di Uptown shah alam.





12 November 2018 jam 5pg sekali lagi kami para peniaga Uptown di kejutkan dengan berita Kebakaran di Uptown Shah Alam seksyen 24. Kali ini melibatkan Block A.



Telah diberitahu sebanyak 35 buah permis perniagaan yg terbakar hangus dalam kejadian. Dek kerana itu UPTOWN SHAH ALAM, Seksyen 24, Di tutup SEMENTARA WAKTU,  Untuk tujuan siasatan pihak polis.

Saya juga merupakan salah seorang peniaga di Uptown shah alam, Lot TAPAU T14 (KEDAI INAI HENNA NOOR & EYELASH PERMING).



Pada sesiapa yg pernah datang pasti tahu lokasi kami. Kami berlokasi di Block A Lot TAPAU,  yang mana Lot tersebut sangat berhampiran dengan lokasi kebakaran.

Syukur pada Allah kerana, tiada Nyawa yang terkorban. Dan masih banyak lagi kedai yang terselamat.

Akibat daripada kesan itu kami semua para peniaga tidak dapat berniaga seperti biasa.

NAMUN PENUTUPAN INI  HANYA SEMENTARA, UPTOWN SHAH ALAM AKAN DIBUKA SEMULA SEPERTI BIASA, IA AKAN DI UMUMKAN NANTI.

Marilah kita sama-sama berdoa , semoga segala urusan berjalan dengan lancar, dan ia akan di buka dengan segera.

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA, TIDAK KURANG JUGA PASTI ADA PENGAJARANNYA UNTUK KITA SEMUA, APA YANG BURUK ADALAH DARI MANUSIA, APA YANG BAIK ADALAH DATANG DARI ALLAH S.W.T.

KAMI BESYUKUR KERANA KAMI MASIH BERNYAWA. IN SHAA ALLAH,  REZEKI ADA DIMANA-MANA, ALLAH MASIH MEMBERIKAN KAMI PELUANG, MUNGKIN IA YANG LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUM INI.


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA 

KEDAI INAI HENNA INAI HENNA NOOR DI UPTOWN SHAH ALAM  buat sementara waktu ini kami akan beroperasi di 

STUDIO HENNA NOOR di PADANG JAWA, ALAM AVENUE 1,SHAH ALAM. 

  Boleh hubungi/whatsapp  saya 0173276405.
Utk sebarang pertanyaan. 


Atau boleh lihat hasil kerja sis Norish dlm
follow saya di instagram 
@norishhenna 



follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :) 

juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg


Atau boleh ke Lokasi kami:-

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ

B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

Sabtu, Jun 23

Henna/Inai pengantin di Alam Impian, Shah Alam

Salam semua,Salam Lebaran 2018.😀

Alhamdulillah,  selepas bercuti Hari Raya selama seminggu,
Tarikh 21jun2018, baru2 ni saya dpt first menginaikan pengantin.

Booking confirm, appointment  ready. Saya pon sampai ke lokasi yg di tuju.

Alhamdulillah, lokasi beliau tak lah jauh mana dari studio saya. Jadi service  transportation  masih dibawah rm 50. ☺.

Pengantin  seorang yg sangat peramah. Dah peminat kucing seperti sis Norish juga 😊.
Cantik kucingnya. 😍.

Ok back to kerja menginai tadi.
Ini merupakan perkahwinan beliau yg ke-2.
Beliau  telah dikurniakan 4 org anak yg masing dah besar dan mudah utk pengantin berurusan  kerana anak2nya sangat memberikan kerjasama.

Anaknya yang sulung tadah tangan sekali nak berinai. Jadi corak pilihannya adalah yg simple budget rm30 utk sepasang tangan.

Manakala si pengantin perempuan  hanya buat set tgn yg berharga rm150. Simple n nice. 👍.

Proses berinai berjalan lancar. Alhamdulillah  pengantin sangat berpuas hati.

Ok dibawah adalah beberapa







Ok semua terima kasih , jika anda semua berminat.  Boleh hubungi/whatsapp  saya 0173276405.

Atau boleh lihat hasil kerja sos Norish dlm
follow saya di instagram 
@norishhenna 



follow saya di instagram @norishhenna untuk design2 terkini dan latest :) 

juga boleh follow saya di FaceBook- Norish Keberg


Atau boleh ke Lokasi kami:-

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ
B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

&

KEDAI INAI UPTOWN SHAH ALAM
Lot, Tapau, T14, kompleks Muhibbah , Seksyen 24, Shah Alam.

(Land mark, kedai di bahagian dekat pintu belakang bersebelahan dengan kedai makan.)

KALAU NAK DATANG MAKE SURE CALL FOR APPOINTMENT 😉

Jumaat, Jun 1

Inai Lukis MALAM RAYA 2018

Salam hai semua. Alhamdulillah sekarang Kita dah puasa Dan Tak lama lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri.

Of course Inai Lukis tangan menjadi tema bahan bualan bagi remaja Dan kaum Hawa yang lain.

1)Dimana nak Cari orang yang pandai melukis Inai tangan?
2)Berapa harga sebelah tangan Inai Lukis?
3)Merah ke inai ni?
4) cantik Tak hasil lukisan Inai ni?

Dan macam2 lagi yg Akan di Tanya
Ok jom Kita lihat dulu video time lapse ni.







Ok in lah jawapan yang saya Akan bagi tahu. 

1)Dimana nak Cari orang yang pandai melukis Inai tangan?

2)Berapa harga sebelah tangan Inai Lukis?

Harga Mula dari RM 5 Dan keatas selebihnya bergantung design yang dipilih.
Utk Ramadan 2018 , kami bg diskaun 20%, khas utk design harga RM 20 keatas.

P3)Merah ke inai ni? 


In Shaa Allah cantik. Kalau nak lebih jelas boleh view Instagram  Norishhenna diatas.

JANGAN lepaskan peluang utk berinai Puasa Dan Raya dengan kami
WhatsApp Norish 0173276405


Sabtu, Mac 31

HARGA INAI, PROSEDUR, HASIL, & SYARAT 2018

salam hai semua, sudah berbulan rasanya saya tak update blog ni 😃. Almaklumlah... bz memanjang hihiihih😂..ok kali ni Cik Puan Norish ni nak bebel tentang ISSUE HARGA PAKEJ, TRANSPORTATION, DENDA, BUDGET dan sebagainya.

Ok lah , kenapa saya pilih topik ini ? sebab saya rasa ia sangat sesuai dalam keadaan sekarang, yang mana tahun 2018 ni kebanyakkan dari kita yang nak jadi pengantin sure pening kepala sebab nak kluarkan duit untuk berbelanja. belanja pula harga bukan macam dulu lagi. tapi makan dalam 50k jugalah kalau nak selesa.

Ada juga tempat dan pakej yang menawarkan harga yang berpatutan, tapi yelah , takkan nak bagi makan dan terus balik sure nak bagi buah tangan sebagai tanda memori kan ..😁. hah kan kene tambah lagi duit tuh....hahahhaha kalau cerita pasal budget pengantin ni mmg memening kan dan merisaukan hati semua orang nak keluar ribu riban.mmmm.....skang meh kita tengok detail kecil ni. 

HARGA HENNA PENGANTIN harga kebiasaannya bermula dari Rm 120 dan keatas selebihnya bergantung design, kalau nak ala kadar rm 120 tuh biasa la dapatnya, kalau rm 250 tuh agak cantik berseri tuh , kalau rm 400 dah over sangat tuh, jadinya rata2 mengatakan rm 250 adalah harga yang bersesuaian dengan budget pengantin yang nak cantik dan manis di hari bahagia.

Yang tadi tuh hanya harga INAI SAHAJA, bagi charge kerumah ada penambahan harga bagi transportation, ikut alamat. LOGIK JUGA Harga transportation yang jauh2 mahal la sikit, tengok dalam aplikasi grab atau ubber, kadang2 penghenna ada + - juga rm 30-50 untuk tujuan charge masa & tol, jadi bagi mereka yang jauh2 dan susah nak datang ke tempat penghenna kene lah bekorban sikit untuk bayar harga transportationnya, jangan berkira sangat, kira syukur lah sebab ada penghenna yang avaiable utk datang kerumah pada masa yang u nak tuh.

set kaki dan tangan. mahal ker??? u all nak cantik??? nak pelamin gah kan ??? nak makeup dari makeup artis top2 kan ??? baju lawa2 kan???? inai nak lawa tak ???? sure nak kan ????...harga inai tak lah sampai ribu riban macam yang lain2 hanya sekadar yang mampu, jadi bagi saya lah tak patut kot korang bising dan kata kami ni cekik darah sbb letak harga mahal2, wal hal kami letak harga mengikut hasil kreativiti kami sendiri.

Masa & harga dalam majlis berinai
Mana yang ada buat malam berinai tuh, yang bridemaid lain tompang sekaki, beritahu awal2 pada penghenna ada majlis atau ada ramai yang nak buat, jadi mereka boleh standby lagi seorang atau boleh budget time datang awal, pengantin dan bridemaids juga janganlah lengah2kan waktu penghenna sebab kebanyakkan pengantin akan settle urusan lain dan biarkan penghenna menunggu, NO!..NO!...NO!...NO!... TIDAK SEPATUTNYA MEREKA DIPERLAKUKAN SEPERTI ITU, oleh kerana kebanyakkan penghenna berhadapan dengan masalah ini, maka ada sesetengah penghenna meletakkan harga denda lewat waktu anggaran dari sekitar rm 30-50, mengikut masa lama yang dilewatkan. Jadi bagi pengantin semua hormatilah masa orang lain, dan harus juga korang tau, hari itu bukan korang sorang je yang kahwin, ramai lagi yang lain pon melalui bende yang sama, jadi penghenna itu memang berhak untuk charge pengantin untuk denda lewat waktu. Andaikata penghenna yang lewat mereka yang berpengalaman akan call pengantin 1jam atau 2 jam awal ttg waktu kedatangannya, supaya pengantin boleh bersedia dengan awal. TENTANG  harga kalau pengantin nak sponsor yang lain2, MAKE SURE YOU DAH ADA BUDGET UTK SEKEPALA, katakan sekepala rm 10 atau rm 20 shj, kalau bridemaid tuh pilih design yang over the budget , kene bayar sendiri lah 😊.

Andaikatalah kalau bill henna tak sampai rm 500 tuh korang minta kurang bagai nak rak sampai rm 200 pula, kesian kat penghenna yang pulun nak siap kan lukisan korang satu persatu tu, nak ngadap jari jemari dan kaki korang tuh. kadang tuh ada yang buat henna sampai tengah malam, ada juga yang drive jauh datang malam2 merbahaya kan diri , sedangkan dia hanyalah seorang wanita yang mencari rezeki yang halal. FIKIRLAH WAHAI RAKYAT SEMUA. 💀💀.






mencari rezeki tak kira siang atau malam, janji ia yang halal 😃, hasil yang teliti adalah kehalusan seni kami. Harga yang di letakkan adalah berasaskan dari skill melukis dan jenis corak yang diminta.





selain dari ke rumah pengantin , kami juga menawarkan service di STUDIO HENNA ATAU DI KEDAI INAI UPTOWN SHAH ALAM. pengantin boleh datang berinai di sini. 

kami beralamat di 

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ
B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

&

KEDAI INAI UPTOWN SHAH ALAM
Lot, Tapau, T14, kompleks Muhibbah , Seksyen 24, Shah Alam.
(Land mark, kedai di bahagian dekat pintu belakang bersebelahan dengan kedai makan.)

Isnin, Januari 1

DARI HOBI MELUKIS MENJADI KERJAYA MELUKIS INAI 2018

ALHAMDULILLAH,

kita telah masuk ke Tahun 2018

pencarian penghenna sememangnya akan berterusan dari setahun ke setahun untuk memenuhi permintaan dari pengantin-pengantin baru.

saya cuma nak kongsikan sedikit , tentang khidmat saya sebagai seorang pelukis inai.

MY BIODATA

INSTAGRAM : @norishhenna

INSTAGRAM PRODUK INAI:  @djarimerah_by_norishmoralee_hq

PEKERJAAN : PENIAGA/PENGEDAR PRODUK INAI & PELUKIS INAI 

PENGALAMAN :  19  TAHUN

PENGALAMAN BERINAI  

  • 1999 – 2004 –     berinai secara kecil-kecilan melalui kawan dan juga saudara mara dan jiran di sekitar Johor & selangor

  • 2005 – 2007 –     buat secara part time dan pelanggan banyak dari Blog www.noorcollectionz.blogspot.com dan buat dari rumah ke rumah sekitar shah alam& subang

  • 2008 – 2014 -      secara full time, promosi melalui, Blog Google, Facebook dan instagram. Buat dari rumah ke rumah seluruh semenanjung Malaysia.

  • 2009- Telah menbuka sebuah kedai di Uptown shah Alam. di berikan nama KEDAI INAI HENNA NOOR

  • 2014 –  Membuka sebuah lagi cawangan  DI PADANG JAWA, SEKSYEN 16 , SHAH ALAM.  STUDIO HENNA NOOR , Ia adalah Studio Henna yang pertama di Malaysia.

  • 2015 - kini - Secara full time berinai di studio dan kedai inai di Uptown shah Alam. 
  • Mengajar private kelas di studio.
  • Selain inai , Studio ini ada service, inai rambut, spa badan bagi pengantin. Dan menjual   pelbagai jenis inai , mempunyai produk sendiri brand  DJARIMERAH BY NORISH & MORALEE


PROGRAM AKHBAR:

  •          BERITA HARIAN – BAHAGIAN FAMILI  TAJUK( KREATIVITI PELUKIS INAI)  KELUARAN 5 MAC 2015
  •          BERITA HARIAN – BAHAGIAN AURA TAJUK ( INAI PENYERI PENAMPILAN & PENGARUH BOLLYWOOD)  KELUARAN 27 JUN 2016
  •                SINAR HARIAN – BAHAGIAN BUSINESS TAJUK ( UKIRAN INAI LACE JADI BURUAN) AUGUST 2016
  •               SINAR HARIAN – BAHAGIAN BUSINESS TAJUK (STUDIO INAI PERTAMA MALAYSIA) 11 SEPTEMBER 2016
  •         KOSMO –RENCANA UTAMA TAJUK ( INAI TUMBUHAN HERBA SERBAGUNA) 17 SEPTEMBER 2016


PROGRAM TELEVISION:

  •       TV9 – RANCANGAN DIY #SENDIRIBIKIN
  •      TV3 – RANCANGAN MAHLIGAI CINTA
  •    TV3 - RANCANGAN IDAMAN RATU

 INAI PENGANTIN BAGI CELEBRITI ARTIS
  • 2011- EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN (PELAKON & PELAWAK)
  • 2011- NURUL HUDA ABDUL AZIZ ( PEMBACA BERITA & WARTAWAN)
  • 2013- NATASHA HUDSON ( PELAKON)
  • 2014- MISHA OMAR (PENYANYI MALAYSIA)
  • 2015- HEIRA HASSAN (PELAKON DRAMA)
  • 2015- SHEERA ISKANDAR (PELAKON)
  • 2016- AMYRA ROSLI (INAIKAN BRIDEMAID)

SYUKUR , atas segala yang telah saya capai dan saya juga masih lagi mencari pengalaman2 baru untuk saya catitkan dalam kehidupan saya, sebagai panduan kepada pelukis2 baru untuk menjadikan ia sebagai saru kerjaya yang serius dalam kehidupan di masa akan datang.

Terima Kasih.