ini hanyalah antara sebahagian dari soalan2 yg kurang jelas pada pandangan anda mengenai hukum inai berukir,.. jadi untuk mengukuhkan lagi sy telah membuat beberapa kajian mengenainya dan ini lah antara jawapan yg telah di berikan.
Kemusykilan #1
Soalan :
Assalamu'alaikum wbt,
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .
Jawapan :
Waalaikumussalam,
Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup
Kemusykilan #2
Soalan :
Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.
Jawapan :
Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..
Kemusykilan #3
Soalan :
Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel ..di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .
Jawapan :
Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..
Harus memakai inai di tangan. Ia bukan menyerupai tato yang tidak akan hilang. Sebaliknya inai akan hilang dan tidak akan kekal..
Rujukan: JAKIM
Hukum memakai inai bukanlah amalan orang Islam, berasal dari arab Jahiliyah. Namun Rasullulah melihat ia bukan lah amalan yang membawa mudarat apa-apa. Maka ia dibenarkan kepada pengatin-pengantin perempuan sahaja. Hanya untuk para isteri berhias untuk suami. Rasullulah tidak melarang pemakaian inai kepada para isteri. Inai berukir bukan tatooo,sebab ia tidak kekal. Jangan sesekali melukis gambar ukiran yang mengambarkan berhala atau sembahan orang kafir atau melampaui batas.
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim
Hukum Pemakaian Inai
Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari.
Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna,
bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.
Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna,
bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.
Mazhab Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan
atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka
dengan henna kecuali di bahagian kepala.
atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka
dengan henna kecuali di bahagian kepala.
Manakala mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai
henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya.
Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat.
Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian
suaminya pula dilarang memakai inai.

Imam An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan
memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka.
Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka.
Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Berdasarkan mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan
ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya,
bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah,
"Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram.
Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.
" (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah,
dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir
bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan
itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.
" Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda:
"Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.
" (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang
mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah.
Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.
" Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil
supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W:
"Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda:
"Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.
" (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

Tiga hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan
dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya
adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.
dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya
adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.
Hadith yang kedua dan ketiga,
bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan
adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan.
Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa
Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Wallahua'alam.
Rujukan;Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.
_____________________________________________________