INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Rabu, Januari 18

Bancuhan Daun Inai Asli.

 Hai semua kali ini saya uploadkan gambar cara saya memproses daun Inai.



Ini lah daun inai yang baru sahaja di ambil dari pokok, di kawasan rumah saya.  & juga pokok baru yang saya ambil dari rumah customer saya, yang sudi berkongsi pengetahuan dengan saya tentang pokok inai. Terima kasih chic shahira :)


Haaaaa..... ini bapa mertua saya, dia lah yang bertanggungjawab menanam & memetik daun inai apabila  ada permintaan dari pengantin.





Haaa.... yang ni pula bukan saya!!!... yang ni lah Intan ..:) sedang sibuk membantu meleraikan daun inai dari tangkai sebelum di kisar kedalam mesin khas.


Inilah mesih yang akan saya gunakan untuk mengisar daun inai , samaada giling atau kisar sama jer janji  ia halus, dan  mudah digunakan.

Yang ni pula adalah barang tambahan yang saya gunakan untuk menjadikan daun inai itu lebih merah, selain dari limau nipis/kasturi/lemon pon boleh campur juga, yang penting asid dalam limau nih yang bagus untuk Inai mengeluarkan warna merahnya, disamping membuatkan Daun inai nih bertambah wangi.

selain dari itu saya juga menambah arang & gambir kedalam ramuan ini, supaya warnanya lebih menarik.

Inilah Inai bancuhan yang telah saya siapkan. & ia harus di simpan sejuk didalam peti sejuk , ia hanya  dapat bertahan dalam jangkamasa kurang  drpd 1 bulan sahaja.



Harus di ingat bahawa pemakaian inai daun ini haruslah lebih dari 5-7jam, bagi memastikan ia merah cantik di hujung jari anda semua. Kemerahannya juga bergantung pada individu, & juga jenis daun yang digunakan, daun inai tidak semuanya merah sama . ada sesetengah pokok hanya merah oren sahaja, dan ada sesetengahnya merah menyala. Ketahanan nya  lama berbulan-bulan lamanya. :) Pokok inai yang saya gunakan ialah yang berjenis daun kecil &  Insya Allah inai saya merah cantik.

lihat la hasilnya :)



selain inai ini digunakan oleh para pengantin untuk memakainya di jari, Daun & akar pokok inai ini boleh di rebus & di minum untuk tujuan menaikkan seri wajah. agar wajah kelihatan kemerah merahan "dah tak perlu pakai blusher " :) . petua ini di ajar oleh mak customer saya . beliau amat gemar meminum air akar kayu :). ( Insya Allah nnti Norish cuba )..terima kasih shahira & family sudi berkongsi petua dgn Norish.


Ahad, Januari 15

Henna/Inai: Gallery Pengantin II






henna/Inai: ukiran inai di belakang badan.

Hai Semua, kali nie projek mengukir bahagian belakang badan customer nih dengan hanya menggunakan Inai ,Bukan inai hitam tau !!! inai merah biasa.tujuannya untuk mengubati luka & kesan cela dibahagian belakang badanya. Norish juga tak nak lak ekspose sangat wajahnya ...:) biarlah rahsia.:)hanya Norish saja yang tau siapa dia>:)...ok dibahagian belakangnya, Norish design "fire flower" yang biasanya kita lihat "ala Tatto"(gambar lukisan shj tau !!) .Tapi kelainan yang Norish lakukan ialah ubah corak yang di inai penuh tuh pada lukisan kerawang  di dalam kelopak fire tuh, supaya ia nampak lebih unik& sesuai dengan sifat kewanitaan nya. &oleh sebab permintaanya nakkan corak tu besar maka Norish tambahkan pula shading dengan menggunakan inai merah yang hasilnya agak ke oren2 sikit supaya design tuh nampak hidup.

Bahagian tangan tuh sajer jer tarik sampai ke jari telunjuk, dengan permintaan nya nak kan corak melingkar tetapi nak nampak ganas..huhuhu...maka jadi lah corak yg u all nampak di atas tuh.;)




Ini pula bahagian kakinya, corak nih agak spontan janji bahagian yang sakit itu dapat di tutupi. :),masa nih Norish dah kesuntukkan masa , sbb customer nih ada appointmnt lain. jadi Norish terkejar2 juga nak menghabiskan nya. jadilah corak bunga rose melingkar.:)

Rabu, Januari 11

Henna /Inai :-Emirates design. -shah alam seksyen 17.

Before
After


Hai semua kali nih Norish buat corak Emirates (ARaBIc DesIgn). makin lama saya buat corak nih makin saya gemar, semakin seronok saya rasa :)... bagi saya corak Arab nih, sangat menguji kelembutan lekukkan & lebih lembut gaya kita melakar garisan semakin hidup corak yang cuba ditonjolkan.

huhuu...jom lah sesapa nak cuba corak baru nih..calling calling Norish k :)

lihat juga gambar dibawah nih. hasil dari lakaran suka-suka ...yang nih Norish guna jenis inai "RAJU GOLD". Inai nih pakai mula2 dia nampak oren jer lepas lama kelamaan lebih kurang 5 jam warnanya makin naik bukan merah tapi brown... cantik sangat!!!!. tapi apa apa pon biar lah Norish kaji dulu ketahanan inai nih yer :). kalau cantik & lebih tahan lama hingga 2-3 minggu Norish saran kan korang pakai k . Ouh inai nih dari India.





                          yang ini ada lagi satu design yang Norish cuba , ..

Ahad, Januari 8

Inai - Shah Alam Seksyen 17.

As salam hai semua , gambar di bawah ni saya ambil masa 3 orang ni pengantin dtg skali ke rumah saya di seksyen 17 ,Shah Alam, untuk berinai. Yang u all nampak free hair dari belakang tu bukan Norish tapi Intan kawan saya yang sering membantu  saya dalam kerja-kerja memasang inai pengantin. Intan akan membantu saya dalam memasang inai full cap dijari kaki & tangan pengantin,  & Norish pula akan melukis lukisan henna /Inai yang di ingini oleh pengantin, supaya kerja lebih cepat & Profesional . 

Gambar pengantin yang bertudung warna kelabu & pink tuh (Ummi & Rozie) mereka sebenarnya dah pon menikah pada minggu lalu, & sudah juga saya ukir pada tangan mereka, sekarang mereka nak pakai lagi untuk majlis bertandang. kebiasaannya untuk majlis bertandang nih pemakaian henna hanya simple sahaja. Apa yang penting hanyalah full cap di hujung jari, dan ukiran henna/inai di atas tangan yang simple tapi menarik! jika teringin :)

Dan Norish sangat-sangant menggalakkan pengantin yang nak memasang henna /Inai untuk kali kedua dengan saya harus ke rumah Norish, bersama-sama dengan suami atau sedara yang lain,(tujuan bawa sedara nih supaya nanti boleh drive balik) bagi mendapatkan diskaun kali kedua dgn Norish.









 Dan yang bertudung hitam ni pula Mira pengantin yang yang bakal menikah untuk keesokkan harinya, Nasibnya baik kerana dia nih last minute call Norish petang tuh.katanya nak menikah esok nak pakai inai malam  nih!!!. Bile Norish check jadual ada 2 pengantin nak datang rumah, jadi my suggestion is , minta dia datang ke rumah sekali. Alhamdulillah Mira setuju, walaupun dia duduk jauh di kuala Lumpur sana.


Isnin, Januari 2

Inai ukiran pengantin - Shah Alam sek 19

As salam Hi ni antara customer saya yang nak kan ukiran yang simple tapi menarik. inai di hujung jari menggunakan inai original dari pokok inai yang saya kisar sendiri.

lihat la hasil nya di hujung jari ia bergantung pada sesetengah org ia kelihatan seperti ini tapi ada sesetengah ia kelihatan merah. kerana ia bergantung pada jenis darah & suhu badan.

ada orang kata jenis darah "B" kurang pekat inai nya, ada juga yang kata jika makin panas suhu badan sesorang tuh maka semakin merahlah warna inai pada kulit nya..



tapi walau bagaimana pun inai tetapk merah menawan di jari pengantin nih .. :)