INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Ahad, September 18

henna/ inai: Eira Syazira & Azad Jasmin - Putrajaya


Alhamdulillah syukur padaNya, pada khamis minggu lalu 15hb sept 2011 baru nih , saya telah selamat menjalankan tugas menginaikan Pelakon Eira Syazira & Azad Jasmin.

pada mulanya beliau menghubungi saya pada 14hb sept 2011, pada jam 1230 malam , waktu tu pula saya tengah sibuk menginaikan pengantin lain.

mula2 yang call adiknya , then saya mulanya tak berapa ingat wajahnya, namanya saya macam pernah dengar...tapi tak ingat dimana, maklumlah masa tuh penat menginaikan pengantin...huhuuu...

selepas sahaja siap tugansan saya terus saya call beliau & bg detail penjelasan pada nya.akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa pada keesokkan harinya.

Gambar -gambar dibawah adalah gambar yang saya ambil daripada camera saya sendiri, lihat la gelagat Azad yang muka nampak cam nervous but cool jer, suka buat lawak sampai Eira gelak.:)


Add caption

Eira di interview wartawan sambil Azad bantu memegang telephone. fuuhh lama oo penat tuh ...:)
seronoknya dia :)


lastly for drawing, saya buat bahagian yang paling penting, Atas tangan.
hanya corak yang simple dibahagian tapak tangan.



pose kejap lepas siap assignment.

bahagian kaki, corak keliling kaki & atas sikit.




















Akhirnya sudah selesai siap semuanya.....
Tahniah Eira & Azad Jasmin,
Selamat Pengantin Baru.Semoga bebahgia selalu.Amin.
                                                                                Ikhlas dari Norish (Henna Noor Collectionz).

Jumaat, September 9

Henna/ Inai : corak ukiran inai 2 tone - Uptown Shah Alam Seksyen 24

Hai semua, kali ni saya nak cerita pasal seorangn customer saya yang mmg dah lama cari saya untuk berhenna lagi :). 
                Joanne pada mulanya datang ke UpTown  Shah Alam nih , biasalah jalan2 bersama kawannya, ternampak saya di sana, waktu tuh kedai saya masih lagi di bahagian lorong tengah berhadapan dengan pentas. masa kali pertama beliau tanya"kak.... berapa harga utk sebelah tangan?" saya cakap "Rm 5 sebelah bagi yang corak biasa, Rm 10 bagi yang dua tone" . ok lah kak sy nak corak nih utk yang dua tone punyer ok ".

                Masa tuh saya buat lah seperti yang telah diarahkan. huhuu...Alhamdulillah dia berpuas hati. maka pulangla dia dengan hati yang girang .:).
gambar seperti di bawah.  











Selang beberapa bulan kemudian, dia jumpa saya di kedai baru saya, huhhuuh....saya sangat seronok, dia pon menghembus nafas lega, sbb selama nih dia dah banyak kali datang tapi tak jumpa saya .last skali tanya kan peniaga di situ, katanya saya berada di bahagian belakang, masa saya jumpa dia ...waktu tuh, lagi 3 hari nak raya....wah bukan main seronok lagi dia berhenna skali lagi dengan saya, tapi yang seronoknya bukan dia seorang tapi ramai kawan2 yang dia bawa.

Terima Kasih Joanne..:)

gambar di bawah adalah yang kali kedua berhenna dengan saya :).








 p/s: gambar2 diatas telah diambil sendiri oleh Joanne, daripada FB.

Khamis, September 8

Henna / Inai - Sg Wang, Petaling Jaya - Fasya

Assignment saya pada bulan lalu, ini kes kawan bantu kawan, Sangatlah bagus mereka nih sampai dah macam darah daging sendiri, sanggup bersusah payah kalau kawannya nak kahwin. Bagus la kita sebagai umat sesama islam kan.:)

ok kite cite pasal Inai......hari yg dijanjikan kawannya dah call & dah bayar booking & waktu & tempat yg dijanjikan kita berjumpa, bawa saya ke rumah kawannya di Sg wang. Sungguh meriah & mesra layanan mereka. :), masa nih dia dah explaine pada Norish yang beliau inginkan corak yang lebih kepada "Ala Jawa" style. ok so setelah itu Norish pon menjalankan tugas seperti biasa...Alhamdulillah berkat kesabaran Pengantin & Norish selepas 3 1/2 semuanya siap .:)

Gambar dibawah saya ambil dari FB Pengantih nih :)


Add caption


Yang ini gambar dari Camera saya


Ahad, September 4

Gelagat Ber Inai di bulan puasa sempena Hari Raya Aidilfitri 2011


Lagi Seminggu nak ber puasa, ramai org menyinggah di UpTown Shah Alam Seksyen 24, nak beli barang untuk berhari raya, Alhamdulillah pintu belakang tempat kedai norish tuh penuh dengan pelanggan yang datang  masuk ke UpTown melalui pintu belakang, sbb depan dah jam betul >:) samapi lah Norish bertemu dengan 3 mamat macho kat bawah nih,.:) borak2 punya borak dapat tau rupanya mereka nih juga peniaga macam norish juga, mereka meniaga di bazaar ramadhan ,jual air soya. Ramah betul mereka nih & sporting lagi :)


Ha, yang kat bawah nih  mula nya hanya jumpa 2 beradik shj yang sangat berminat nak pakai henna sbb yang lagi 2tu katanya  nanti kalau pakai awal henna dah hilang  :(..Tetapi Alhamdulillah  rezeki norish sangat murah, bile dah siap yang 2 beradik nih, dalam masa setengah jam  mereka semua datang balik , katanya semua nak buat henna sbb nampak cantik.;), so  berempat beradik ni lah yg saya henna kan :). 


Cik adik manis yang kat dalam gambar bawah nih, mmg fanatik henna , dia tunggu jer bile 4 beradik tadi siap berhenna terus dia kata nak pakai kat leher & kat tangan cos esok malam ada dinner berbuka puasa di hotel :), minta saya buatkan bunga yang kecil2 jer & rose sekuntum di leher.. huhuhu, hasilnya cik adik nih sangat la teruja, :) terus suruh tunangnya ambil gambar & post to FB on the dot :).


Adik beradik cute dalam gambar di bawah nih dah datang 2 kali semata2 nak buat henna, first masa lagi seminggu nak raya, second masa lagi 2 hari nak raya, parent they all nih mmg very sporting. so bagi customer Norish yang dah datang lebih dari 2 kali biasanya akan dapat diskaun. :) so itu salah satu juga dari promo yang Norish buat untuk tarikkan pelanggan ke Uptown Shah Alam Seksyen 24. One Boy & One Girl very cute.





Zie, also very pretty & fotogernic


Nur Fadhila Very Sweet.

Hanif


corak for guy.





Walau dalam hujan Customer tetap menunggu TQ :)

Huh, Banjir habis Kedai Norish MAsa nih lagi 2 hari nak raya.
HUhu...Lagi 2 hari nak raya, Hujan Selebat2 lebatnya di Shah Alam, lama pulak tuh. huhuh Norish rasa agak risau juga, masa tuh waktu pukul 2 pagi, hujan sangat lebat sampai jam 3 pagi masih belum berhenti betul cuma kurang sikit la, tapi kedai norish dah masuk air ...AAAwwwwyuuuUUUU....dalam hati cuma berdoa agar di berikan lagi peluang untuk menjalankan perniagaan di malam hari raya nih :). dah nak masuk jam 4 pagi hujan renyai2, air dah mula surut, itu pon nasib ada bapa mertua yang tolong tolak air banjir tuh masuk semula kelongkang, dalam keadaan basah dalam hujan. cian bapak :(...masa nih norish dah nak bungkus dah nak tutup, coz dah basah dah sarung meja niih, tapi Tuhan Maha Adil, di berikan lagi Rezeki pada Norish malam tuh Norish continue lagi sampai jam 5 pg, Alhamdulillah ramai juga sebenarnya yang nak buat, cuma hujan kan, tapi mereka sanggup tunggu. :)

Sabtu, September 3

henna/inai : Mont Kiara - Tengku Zahariah (Ku Yah)


Sehari Sebelum Hari Lebaran 2011, Alhamdulillah syukur Tengku Yah, call saya, katanya nak buat Inai sempena Hari lebaran keesokkan harinya...huhu Saya amat bersyukur kerana beliau amat berpuas hati dengan kerja saya, hingga kan dari corak yang hanya di pergelanggan tangan hingga beliau meminta saya untuk datang sekali lagi untuk menambah lagi corak tersebut supaya ia nampak lebih menarik...& ada kelainan untuk program beliau seterusnya.. :)





Haaa..lihat gambar di bawah...ini lah hasil nya selepas saya menambah lagi coraknya hingga melingkar di pergelanggan tangan nya , mengikut citarasa Ku Yah tersendiri...Alhamdulillah beliau amat sukakannya...& minta saya datang lagi jika ia sudah pudar untuk program rumah terbuka beliau pada hujung minggu, nanti.



Walaupun dalam kesibukkan Tengku Tetap kelihatan Bertenaga & Jelita.



sebelum

selepas, saya juga tambah tone hennanya.

Jumaat, September 2

Inai/henna: Ukiran Inai di Ampang, kuala lumpur





salah satu lagi koleksi pengantin saya ....


Hasil daripadanya...:)

sebelum

selepas
tangan pengapit


tapak tangan pengantin