Sabtu, Mac 31

HARGA INAI, PROSEDUR, HASIL, & SYARAT 2018

salam hai semua, sudah berbulan rasanya saya tak update blog ni 😃. Almaklumlah... bz memanjang hihiihih😂..ok kali ni Cik Puan Norish ni nak bebel tentang ISSUE HARGA PAKEJ, TRANSPORTATION, DENDA, BUDGET dan sebagainya.

Ok lah , kenapa saya pilih topik ini ? sebab saya rasa ia sangat sesuai dalam keadaan sekarang, yang mana tahun 2018 ni kebanyakkan dari kita yang nak jadi pengantin sure pening kepala sebab nak kluarkan duit untuk berbelanja. belanja pula harga bukan macam dulu lagi. tapi makan dalam 50k jugalah kalau nak selesa.

Ada juga tempat dan pakej yang menawarkan harga yang berpatutan, tapi yelah , takkan nak bagi makan dan terus balik sure nak bagi buah tangan sebagai tanda memori kan ..😁. hah kan kene tambah lagi duit tuh....hahahhaha kalau cerita pasal budget pengantin ni mmg memening kan dan merisaukan hati semua orang nak keluar ribu riban.mmmm.....skang meh kita tengok detail kecil ni. 

HARGA HENNA PENGANTIN harga kebiasaannya bermula dari Rm 120 dan keatas selebihnya bergantung design, kalau nak ala kadar rm 120 tuh biasa la dapatnya, kalau rm 250 tuh agak cantik berseri tuh , kalau rm 400 dah over sangat tuh, jadinya rata2 mengatakan rm 250 adalah harga yang bersesuaian dengan budget pengantin yang nak cantik dan manis di hari bahagia.

Yang tadi tuh hanya harga INAI SAHAJA, bagi charge kerumah ada penambahan harga bagi transportation, ikut alamat. LOGIK JUGA Harga transportation yang jauh2 mahal la sikit, tengok dalam aplikasi grab atau ubber, kadang2 penghenna ada + - juga rm 30-50 untuk tujuan charge masa & tol, jadi bagi mereka yang jauh2 dan susah nak datang ke tempat penghenna kene lah bekorban sikit untuk bayar harga transportationnya, jangan berkira sangat, kira syukur lah sebab ada penghenna yang avaiable utk datang kerumah pada masa yang u nak tuh.

set kaki dan tangan. mahal ker??? u all nak cantik??? nak pelamin gah kan ??? nak makeup dari makeup artis top2 kan ??? baju lawa2 kan???? inai nak lawa tak ???? sure nak kan ????...harga inai tak lah sampai ribu riban macam yang lain2 hanya sekadar yang mampu, jadi bagi saya lah tak patut kot korang bising dan kata kami ni cekik darah sbb letak harga mahal2, wal hal kami letak harga mengikut hasil kreativiti kami sendiri.

Masa & harga dalam majlis berinai
Mana yang ada buat malam berinai tuh, yang bridemaid lain tompang sekaki, beritahu awal2 pada penghenna ada majlis atau ada ramai yang nak buat, jadi mereka boleh standby lagi seorang atau boleh budget time datang awal, pengantin dan bridemaids juga janganlah lengah2kan waktu penghenna sebab kebanyakkan pengantin akan settle urusan lain dan biarkan penghenna menunggu, NO!..NO!...NO!...NO!... TIDAK SEPATUTNYA MEREKA DIPERLAKUKAN SEPERTI ITU, oleh kerana kebanyakkan penghenna berhadapan dengan masalah ini, maka ada sesetengah penghenna meletakkan harga denda lewat waktu anggaran dari sekitar rm 30-50, mengikut masa lama yang dilewatkan. Jadi bagi pengantin semua hormatilah masa orang lain, dan harus juga korang tau, hari itu bukan korang sorang je yang kahwin, ramai lagi yang lain pon melalui bende yang sama, jadi penghenna itu memang berhak untuk charge pengantin untuk denda lewat waktu. Andaikata penghenna yang lewat mereka yang berpengalaman akan call pengantin 1jam atau 2 jam awal ttg waktu kedatangannya, supaya pengantin boleh bersedia dengan awal. TENTANG  harga kalau pengantin nak sponsor yang lain2, MAKE SURE YOU DAH ADA BUDGET UTK SEKEPALA, katakan sekepala rm 10 atau rm 20 shj, kalau bridemaid tuh pilih design yang over the budget , kene bayar sendiri lah 😊.

Andaikatalah kalau bill henna tak sampai rm 500 tuh korang minta kurang bagai nak rak sampai rm 200 pula, kesian kat penghenna yang pulun nak siap kan lukisan korang satu persatu tu, nak ngadap jari jemari dan kaki korang tuh. kadang tuh ada yang buat henna sampai tengah malam, ada juga yang drive jauh datang malam2 merbahaya kan diri , sedangkan dia hanyalah seorang wanita yang mencari rezeki yang halal. FIKIRLAH WAHAI RAKYAT SEMUA. 💀💀.






mencari rezeki tak kira siang atau malam, janji ia yang halal 😃, hasil yang teliti adalah kehalusan seni kami. Harga yang di letakkan adalah berasaskan dari skill melukis dan jenis corak yang diminta.





selain dari ke rumah pengantin , kami juga menawarkan service di STUDIO HENNA ATAU DI KEDAI INAI UPTOWN SHAH ALAM. pengantin boleh datang berinai di sini. 

kami beralamat di 

STUDIO HENNA NOOR COLLECTIONZ
B-9-2, jalan Serai Wangi G/16G, Alam Avenue 1, seksyen 16, Padang Jawa, 40200, Shah Alam.

&

KEDAI INAI UPTOWN SHAH ALAM
Lot, Tapau, T14, kompleks Muhibbah , Seksyen 24, Shah Alam.
(Land mark, kedai di bahagian dekat pintu belakang bersebelahan dengan kedai makan.)

1 ulasan:

  1. Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin: Harga Inai, Prosedur, Hasil, And Syarat 2018 >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin: Harga Inai, Prosedur, Hasil, And Syarat 2018 >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin: Harga Inai, Prosedur, Hasil, And Syarat 2018 >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam