Selasa, Februari 23

INAI UNTUK KAHWIN SAHAJA KER ?

Detox tubuh dengan Inai

Dalam masyarakat melayu, inai dipakai dihujung jari ketika majlis perkahwinan sebagai tanda raja sehari, kemudian kita jarang menggunakannya lagi sedangkan ia mempunyai banyak manfaatnya.

Ada pula yang menganggap penggunaan inai sebagai kesan daripada adat orang Hindu, malah ramai yang menganggap wanita memakai inai sebagai 'tabarruj' iaitu berhias diri. Oleh itu memakai inai kurang diamalkan dikalangan wanita melayu.

Bila berada dikalangan orang-orang Sudan dan Oman, satu amalan wanita yang agak menarik ialah menggunakan inai. Wanita-wanita Sudan sentiasa memakai inai dijari tangan dan dikaki serta tapak kaki, begitu juga wanita Oman. Amalan ini diamalkan setiap ketika, lebih-lebih lagi pada perayaan tertentu. 

Pada mulanya saya agak tidak selesa melihat amalan ini, tambahan lagi bila melihat inai dilukis ditapak tangan dan kaki. Akhirnya setelah mencari maklumat tentang penggunaan inai didalam sunnah, saya tidak kekok lagi untuk menggunakannya juga.

Sebenarnya banyak manfaat inai yang kita tidak tahu, yang mana ia amat baik untuk kesihatan wanita, terutama untuk detoksifikasi dan menstabilkan hormon.

Diantara kegunaan inai yang telah saya amalkan, meniru amalan wanita Arab, ialah menggunakan inai dikepala untuk menyejukkan kepala serta menghilangkan masalah kelimumur dan menghilangkan sakit kepala. Alhamdulillah ia amat berkesan serta melembutkan rambut.


Menurut orang India, inai tersebut boleh dicampur dengan air teh dan telur, akan tetapi saya cuma mencampurkan serbuk inai (orang kita panggil inai Mekah) dengan air serta meletakkannya diseluruh kepala selama lebih kurang dua jam kemudian membasuhnya sehingga bersih.

Apa yang disebutkan dalam buku "Al-Tibb Al-Nabawi" karangan Ibn Jawzi, Rasulullah saw menggunakan inai dikepala untuk menghilangkan sakit kepala.


Di antara cara lain ialah menggunakan inai untuk mengubati masalah kulit, yang mana ia akan membersihkan bahagian sakit kulit tersebut, dengan penggunaan berulangkali ia akan menyembuhkan masalah kulit tersebut. Jadi inai tidak akan membuatkan kawasan kulit tersebut menjadi merah, sebaliknya menyerap kekotoran daripada bahagian yang ditampalkan inai sehinggalah apabila semua kotoran keluar (setelah guna berulangkali, barulah ia memerahkan kawasan tersebut. 

Satu lagi amalan wanita Arab berkaitan dengan inai ialah memakai inai ditangan dan tapak kaki ketika hampir waktu bersalin. Jadi kita akan dapati wanita-wanita Arab yang baru bersalin memakai inai. Menurut mereka, ia baik untuk wanita.

Menurut apa yang saya pelajari mengenai warna, warna oren ini sama dengan frekuensi bahagian sulit wanita, jadi apabila kita memakai inai kita akan mempertenagakan bahagian hormon dan rahim kita. Terasa betul pula bila melihat amalan wanita-wanita Arab ini. 

Manakala amalan detoksifikasi menggunakan inai ditapak kaki adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tumit kaki. Malah ia juga boleh menggeluarkan kotoran yang terperangkap ditapak kaki kita.

Pada hari permulaan memakai inai ia akan merah seperti biasa, apabila masuk hari kedua ia akan berubah warna kehitam-hitaman mengikut tahap toksin yang ada dalam badan kita, kemudian hilang dalam tempoh tertentu. Jika kita rajin menggosok serta membersihkan kaki kita, kesan tersebut akan hilang lebih cepat daripada biasa. 

Nampaknya banyak faedah inai untuk kebaikan wanita, jadi bolehlah kita amalkannya untuk kebaikan kita. 
Jika ia baik untuk anda amalkanlah, sekurang-kurangnya menggeluarkan sedikit kekotoran daripada badan dengan cara murah dan mudah.

Terima kasih. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan