Khamis, Oktober 2

Cari Service inai/ Henna lukis ? - kami di Uptown Shah Alam





salam hai semua, page ni saya nak cerita tentang harga dan warna serta ketahan inai yang saya pakaikan untuk u all semua.

1) HARGA - minimun starting dari rm 120 ( utk lukisan kaki n tgn skali dengan full cap jari kaki n tgn ) selebihnya bergantung pada design yg dipilih. 
          p/s : harga nih tak pernah naik atau turun sejak dari 2009 ini kerana saya lebih menitik beratkan kepada design. jika ia simple maka hanya rm 120, jika ia simple tapi complecated, mostly pada design lace ...ha!!!.. ni kene tambah la skit, sbb nak buat nampak senang tapi... org yang buat je tau macam mana rasanya :)

2) WARNA -setiap orang warna yang dihasilkan berbeza mengikut individu suhu badan, tona kulit dan jenis darah.
kebiasaanya merah maroon, dark maroon dan merah kecoklatan dan lastly merah menyala
         p/s : blood type A lebih cantik dan pekat jika berinai. tapi kalau blood circulation dlm badan tak elok juga kita dapat tau bila inai dah di basuh :) 

3) KETAHAN INAI -bagi sesetengah orang inainya tahan lama dalam 2 minggu walaupon ia tak dijaga dengan rapi, tapi ada juga yang cepat shj hilangnya, mungkin dalam 4hari shj . 
          p/s ; Inai kalah dengan Alkohol, soda bikarbonat, air garam, clorin/clorox & sabun pencuci :), kalau u all basuh atau sapu benda ni atas inai sure ia akan pudar cepat, paling kurang jadi oren :(, jadi kene berhati. Ada juga yang kurang perasan , bagi sesetengah minyak bayi (Baby Oil ) mengandungi alkohol utk wangi , jadi AWAS sbb ia boleh melunturkan, sebaik-baiknya gunalah minyak yg tanpa pewangi & alkohol. (kene baca ingridient ya !! )

bagi Henna Artis yang baru2 nak berjinak dalam bidang ni minta jasa baik anda semua untuk kaji dan mendalami Ilmu sebelum menceburi bidang seni halus ini, kerana bidang ini walau ia nampak sangat remeh, tapi ia bukan sekadar melibatkan lukisan malah ia juga tentang perubatan. :)

Selamat Berjaya !! :)



2 ulasan:

  1. Tipsnya harus dicoba ini...
    dengan begitu bisa tampil cantik dan natural..
    dan untuk cantik juga bisa di dukung dengan memakai aksesoris, seperti memakai kaos kaki muslimah yang cantik
    terima kasih..

    BalasPadam