INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Selasa, April 16

Inai last minute

sebelum dan selepas

salam semua kali nih nak cerita sikit tentang lukisan Inai.

pada minggu lalu, Norish mendapat satu panggilan dari customer. masa tuh pula Norish baru je selesai berinai pengantin di kuala lumpur ,

katanya nak minta tolong nak berinai malam ni juga, dia dah dtg ke kedai Norish , tapi Norish tutup kedai.
 jam 1230 mlm. saya kata saya akan sampai di shah alam.

jadi jam 1 pagi kami betemu di rumah saya mlm tuh. Ouh.. terkejut saya lihat keadaan tangannya.  Pengantin tu seakan mahu menangis kerana lukisan di tangannya.

masa tuh menguji idea saya , bagaimana nak cover corak yang sedemikian rupa. huhuuh....apa yang norish boleh buat ialah yang terbaik untuk pengantin nih supaya dia kelihatan cantik di harinya esok.

ini adalah idea spontan yang kluar dari kepala otak saya, Alhamdulillah walaupon tak sepenuhnya recover tapi atleast tak nampakla corak yang ada sebelum nih. Syukur Pengantin pon lega. dan beliau boleh pulang dengan hati yang gembira.

 PESANAN PENTING:
- bagi yang melukis henna, anda harus jujur dengan pelanggan, bahawa lukisan anda di tahap mana. tidak salah mengaku kelemahan diri, ia bukan beerti kalah, tapi lebih menghormati yang lain.

-bagi para pengantin, hari pemakaian inai adalah sama penting seperti makeup atau baju anda, jika make up atau baju anda tidak seperti yang di ingini , maka hari bahagia anda juga tidak seindah yang di jangka, maka tempahan awal amatlah di galakkan bagi menggelakkan perkara di atas berlaku.

Anda semua harus di ingat  untuk melukis inai bukan lah perkara yang mudah untuk dilakukan,oleh kami, ia sangat memerlukan teknik dan ketelitian yang tinggi, bukan sekadar melukis di atas kertas, tapi ia di tangan anda sekalian. kalau dah salah tak boleh padam tau .. hihihih...

saya mohon maaf jika kata2 saya ini terkasar, nasihat saya adalah utk kebaikkan semua pihak. Saya juga akan perbaiki lebih lagi tahap lukisan saya.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan