Rabu, April 10

Henna / Inai Daun buat Pengantin.

 Pengetahuan serba sedikit tentang Penggunaan Daun Inai.serta cara menggunakannya. Disini juga ada saya ceritakan sikit apa perbezaan dengan inai bancuhan special.

salam semua kali ni entry mengenai Inai Daun lagi. ok bukan nya apa sebab sejak kebelakangan ni ramai yang request nak beli Inai Daun dan nak pakai Inai Daun.
Jadi inilah tugas Bapa mertua saya. huhuuhuhu...sibuk dia memetik daun inai.

Daun yang ditanamnya sendiri. beliau akan memetiknya  pada waktu pagi dan mengasingkan dari dahan Inai, lepas ni nak tumbuk dan giling bagi halus lagi. Biasanya kalau nak buat memang kene buat waktu pagi,supaya tak panas sangat nak petik daun nih. tghari menumbuk petang baru siap membancuh, malam peram esok baru boleh saya bawa kepada pengantin.

hahahahah...... 2 ekor nih lah peneman yang setia, kalau tak teman memang tak sah. suka aje main ranting2 inai nih.

Untuk pengetahuan semua, bagi sesiapa yang nak oder inai daun boleh hubungi saya , biasanya pick up di Shah Alam rumah saya shj. sebab inai daun nih tak boleh biar di luar begitu sahaja ia harus di simpan sejuk.

PENTING!!!!...

a) Warna bagi Inai Daun , bergantung pada si pemakai, sebab ia bergantung pada jenis darah, kulit, dan haba badan. tidak semua orang warnanya sama, rona nya dari jingga hingga merah gelap.

b) Warna yang akan keluar dari hasil pemakaian Inai ini tidak keluar serta merta seperti inai yang saya telah bancuh, ia akan nampak setelah 3 jam di buka, (semakin panas badan kita semakin gelap ia akan keluar)
p/s; tapi u all jangan celop tangan dalam air panas pula ..hihihhi :)

c) Cara pemakaian : ia haruslah di pakai selama 5 ke 6 jam , dan kebiasaanya , kalau pengantin yang request nak pakai inai daun , waktu pemasangan nya hanya di buat pada waktu pagi buka waktu petang, dan waktu malam buka waktu pagi, sahaja.

d) Ketahanan, Inai daun adalah hasil daripada daun yang fresh dari pokok, In Shaa Allah ia akan tahan dalam sebulan dan di kuku sehingga kuku anda habis. ( lama kan!!....huuhuhu, maka masa pakai pon harus lah lama...)

e) Inai Daun hanya boleh dipakai di kuku sahaja, sebab texturenya sangat kasar,

cara pemakaian inai Bancuhan Special:

a) Cara Pemakaian: tak perlu pakai lama.

b) Warna sangat gelap, esoknya baru naik warna merah sebenar bagi setiap individu, merahnnya lain. ronanya dari merah maroon hingga merah saga

c) Ketahanan , inai Bancuhan Special nih hanya dalam masa seminggu , lepas tuh dia dah jadi pudar dan jingga. tapi di kuku masih ada sehingga kuku habis.

jadi bagi mereka yang confirm nak merah sila lah cuba inai bancuhan saya ni, 
p/s:- inai bancuhan ini saya tak jual , hanya dipakai untuk pengantin sahaja.



1 ulasan:

  1. ada lagi tak inai ni..saya nak.. saya nk pakai majlis kahwen sy hujung bulan ni..

    BalasPadam