INAI PENGANTIN



SELAIN DARI INAI PENGANTIN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANJAKAN DIRI ANDA DENGAN PAKEJ-PAKEJ SPA, YANG TELAH TERSEDIA

PAKEJ SPA YANG MENARIK DAN BERBALOI, KAMI BERLOKASI DI

B-9-2, ALAM AVENUE, JALAN SERAI WANGI G16/G, SEKSYEN 16 SHAH ALAM.
( dekat dgn puspakom shah alam.),

BAGI YANG NAK MENGHILANGKAN STRESS JUGA AMAT DI ALUK-ALUKAN. IA BUKAN KURSUS BAGI PENGANTIN SAHAJA MALAHAN BAGI YANG NAK BERTUNANG ATAU YANG MEMANG SUKA MEMBELAI DIRI.


Uptown Shah Alam Seksyen 24 merupakan satu2 nya kedai inai tunggal yang menyediakan service inai pengantin dan menjual pelbagai jenis inai.

lokasi saya berdekatan dengan pintu kecil belakang uptown, dekat sangat dengan kedai makan..

Se eloknya hubungi saya dulu untuk appointment.k.

ok..terima kasih.

Khamis, Ogos 26

Penerangan mengenai salahfaham penggunaan inai pada wanita.

Telah berlaku kesilapan faham kenyataan oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.


2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan