Isnin, Oktober 21

corak inai yang digemari pengantin.

snowflakes design
kelopak menjalar

salam semua , Norish mohon maaf sangat sebab dah lama tak update news. Sebenarnya banyak aktiviti yang Norish buat selepas hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji baru2 nih. In Shaa Allah , sikit2 k.

ok skang nih nak bongkar sikit tentang corak kegemaran para pengantin yang lebih sukakan corak yang agak simple dan sweet. dan harganya dibawah rm200. Hah.....antaranya adalah corak seperti diatas, Snowflake dan kelopak menjalar.

dan dibawah nih adalah corak yang juga digemari oleh pengantin kerana design yang eksklusive, dan sangat elegan. harga bagi corak 2 ini adalah dalam bawah rm 400


corak yang dipakai Natasha Hudson
kerawang tradisional

 jadi bagi mereka yang sedang mencari service perkhidmatan inai ini, sila lah hubungi saya Norish di 017-3276448 / 017-9544254(syapik) untuk quotation harga yang lebih detail.

ouh.... ada lagi satu, maybe ada yang confius bila yang jawab call tuh lelaki, itu adik atau suami saya... boleh je deal dgn mereka, kerana saya mungkin saya tengah sibuk berinaikan pengantin waktu tu. :) jadi jangan salah faham, yang lukis inai nih saya , saya seorang pelukis inai wanita. :).... bye

Khasiat Daun Inai

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

POKOK INAI
POKOK INAI