Rabu, Disember 18

Inai Pengantin simple di Shah Alam

Salam semua, masuk bulan december ni memang Norish & crew Henna Noor Collectionz  tersangat2 lah bz, Alhamdulilah syukur dengan rezeki yang Allah berikan, Soma kami semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

ok kali ni Norish berinai di Spa IZ Beauty, seksyen 18, Shah Alam. ini kerana ada pengantin yang selesai berinai dia terus berinai. huhuuh.....seronok mereka.

ok jom kita lihat beberapa adengan di spa semasa Norish Inai kan Pengantin.




Henna /Inai pengantin - Pengantin dari Pulau Pinang.

Salam hai semua kali nih nak cerita tentang one of customer Norish,  Terima Kasih Kepada Miza yang sanggup datang dari Pinang sampai ke Shah Alam, hanya untuk berinai di hari bahagianya,
 jom kita lihat beberapa gambar darinya. :)


huhuuu...seronok dapat mengenali beliau. Sangat manis dan ceria orangnya. :)
 Nice to meet u Miza, Selamat Pengantin Baru.


Isnin, November 25

Sejarah Inai rambut dan hukum hakamnya

Sejarah mewarnakan rambutPermulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam.
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

inai01 
Produk  pewarna Rambut
Panduan berhias menurut Islam dari segi mewarnakan rambut dan berinai adalah seperti berikut:1. Mewarnakan rambutMewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi : “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.

2. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang tuaTidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).
3. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang mudaOrang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).

4. Bahan untuk pewarna rambut“Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (HR Tirmizi & Ashabussunan).
Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.

5. Pewarna komersialApa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas.

6. Pemakaian inaiMuzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai  pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada  sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan yang meragukan.

7. Inai ukirInai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

8. Pewarna kukuPewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.
 Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu :
-  Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah.
- Tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit ,
-  Bahan tidak bercampur dengan najis.
Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibnu Hajar berkata seorang perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).

Kesimpulan 
a) Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Artikel disunting dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                                                      Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
                                                      Laman Web Halaqah

Henna / Inai Pengantin di PJ, Damansara & Kelana Jaya , Sesi Photo Memori Berinai

Pengantin berinai di Damansara

Pengantin Berinai di Kelana Jaya

Pengantin Berinai di Petaling Jaya
Salam semua ok kali ni Norish nak cerita tentang Sesi Photoshoot memori Berinai, ramai yang terkejut dan kurang info tentang service photoshoot yang Norish sediakan. Jadi di sini Norish cerita sikit.

Gambar2 diatas adalah contoh antara yang telah mengambil service henna dan photoshoot henna skali gus. senangkan :), jadi u all tak perlu la susah hati jika korang tak de sesiapa yang nak ambil gambar korang semasa berinai, kami ada sediakannya. :)

Gambar ni hanya contoh utk dimasukkan dalam blog nih, Norish yg letak extra watermark sbb untuk tujuan keselamatan gambar hanya dalam blog ini shj. :)

Selasa, November 19

Henna / Inai Pengantin: Karnival di Kuantan, dan Port Klang

salam semua, kali ni just nak citer tentang aktiviti Henna Noor Collectionz. Bulan October yang lalu Norish telah di jemput oleh pihak UMP, Gambang, Kuantan, Pahang untuk menjayakan majlis Convocation, mereka. Jadi gambar diatas adalah hari semalam sebelum karnival berlangsung, masa ni kami baru sampai dan tengah setting booth



 untuk waktu paginya kami telah bersedia untuk memulakan jualan...hihihi..Ha ni lah Shapik , Adik saya yang sedang sibuk menimbang Inai, untuk di jual.

Ini la final sebelum kami pulang ke penginapan kami di kuantan.


Ini waktu tengah hari, gambar dari jauh.

Chak-Chak....Peace :)
Ini adalah stock yg saya bawa untuk di jual di karnival. ada inai serbuk, inai daun, mehndi oil, dan henna lukis yg telah dibancuh.

ok, gambar ini pula adalah sebahagian daripada hobi saya, yang saya jadikan sebagai sebahagian dari koleksi jualan Henna Noor Collectionz. yang mana semuanya di lukis by hand, .. :)



KARNIVAL BERSAMA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN SELANGOR

Pada baru 2 ini saya juga telah dijemput oleh Kementerian Kebudayaan Negeri Selangor untuk menjayakan Karnival Seni ini yang berlangsung di Port Klang.



Hihihiihihi.... sempat juga lah bergambar dengan penyanyi jemputan Nash


Selasa, Oktober 22

Inai Pengantin Di Taman Dato Harun, PJ.

Salam Sejahtera, hai semua, ok nih just nak upload new picture. Customer nih adik My BFF, dia kahwin masa pertengahan bulan Ogos , baru lepas Raya Puasa, Tak sangka dulu masa dia kecik, saya tengok dia main2 je , comot je dulu, tapi skang nih si Muzir nih dah handsome dah, jadi suami orang dah, pandai betul dia pilih Isterinya, sama2 comel dan sepadan sangat, bila tengok mereka gelak nih rasa sejuk je mata memandang . so meh la cuci mata. :), jom tengok design yg saya buat untuknya.





Selamat Pengantin Baru Munzir & Nurul Aini, Semoga kekal bahagia & dimurahkan Rezeki, Dunia Akhirat 
Amin.

Isnin, Oktober 21

corak inai yang digemari pengantin.

snowflakes design
kelopak menjalar

salam semua , Norish mohon maaf sangat sebab dah lama tak update news. Sebenarnya banyak aktiviti yang Norish buat selepas hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji baru2 nih. In Shaa Allah , sikit2 k.

ok skang nih nak bongkar sikit tentang corak kegemaran para pengantin yang lebih sukakan corak yang agak simple dan sweet. dan harganya dibawah rm200. Hah.....antaranya adalah corak seperti diatas, Snowflake dan kelopak menjalar.

dan dibawah nih adalah corak yang juga digemari oleh pengantin kerana design yang eksklusive, dan sangat elegan. harga bagi corak 2 ini adalah dalam bawah rm 400


corak yang dipakai Natasha Hudson
kerawang tradisional

 jadi bagi mereka yang sedang mencari service perkhidmatan inai ini, sila lah hubungi saya Norish di 017-3276448 / 017-9544254(syapik) untuk quotation harga yang lebih detail.

ouh.... ada lagi satu, maybe ada yang confius bila yang jawab call tuh lelaki, itu adik atau suami saya... boleh je deal dgn mereka, kerana saya mungkin saya tengah sibuk berinaikan pengantin waktu tu. :) jadi jangan salah faham, yang lukis inai nih saya , saya seorang pelukis inai wanita. :).... bye

Khasiat Daun Inai

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

POKOK INAI
POKOK INAI


Selasa, September 3

Inai tangan simple Bunga Songket

salam semua ok video kali ni, adalah inai ukiran simple untuk tangan yang berunsurkan bunga songket. hanya mengambil masa dalam 2 minit utk siap.

( semua ukiran yang di videokan adalah rekaan asli ,hak milik terpelihara Henna Noor Collectionz.)

Cara untuk melukis Bunga inai Tangan simple.


salam semua, Apa khabar?.... seronok beraya?... huhuu....Alhamdulillah Norish tahun nih Raya biasa2 sahaja, sebab raya ketiga dah start berinai Pengantin.

Alhamdulillah, sokongan dan permintaan dari orang ramai sangat menggalakkan tentang pemakaian inai, tak kiralah sama ada, inai daun atau inai serbuk. ramai juga yang bertanyakan kelas dengan saya.

Untuk pengetahuan umum, Norish memang ada membuka kelas Melukis Inai, tetapi pada bulan tertentu sahaja, ini disebabkan oleh kekangan waktu. Kelas yang saya buka juga tidak mengambil ramai pelajar dalam satu waktu, ini kerana untuk saya akan fokus lebih kepada individu. maximum hanya 3- 4 orang dalam satu hari, kelas saya tidak tertumpu pada melukis sahaja. malahan apa juga yang anda ingin tahu tentang perniagaan ini.

disamping itu Norish juga ada menjual pelbagai jenis inai, dari serbuk/daun hingga lah yang dalam tiub. cuma inai yang saya bancuh saya tak sempat nak jual sbb tak cukup tangan nak bancuh. hihihi...jadi u all boleh beli yg serbuk and bancuh sendiri.:)

untuk perkhidmatan pos pon In shaa Allah Norish akan cuba tingkatkan penjualannya.

bagi yang telah mengenali dan pernah mengambil khidmat Norish Henna, Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada anda semua,  Henna Noor Collectionz bukan hanya sekadar memberikan khidmat service inai, malahan menjual dan mengajar segala2nya tentang Henna. :)

Sekian Terima kasih.

Rabu, Ogos 21

Henna/ Inai: Di uptown Shah Alam.

Salam Lebaran, selamat Hari Raya... huhuu dah raya kan...
ok skang nih Norish nak story sikit tentang minggu terakhir ramadhan.  Sorry sebab lambat nak upload picture nih, dek kerana terlalu sibuk juga untuk membuat persiapan Raya, plus untuk pengetahuan semua Norish tahun nih beraya di Shah Alam sahaja, kerana dah ada  Pengantin 2 yang dah mula nak berinai dari Raya ke tiga hari tu :). Alhamdulillah tak berhenti masuk job, sampai lah Ogos nih.

Jom lah kita tatap sikit corak2 yang baru kluar untuk Syawal tahun nih:-






untuk pengetahuan semua, Norish pon ada Instagram just ( #norishhenna) dan boleh juga lihat design2 disana. dan bagi sesiapa yang nak menyumbangkan gambar2 henna perkahwinan anda sila la ke (#norishhenna)

terima kasih...:)

Khamis, Julai 18

Inai lukis di AidilFitri

Salam Ramadhan semua, macam mana ibadah puasa u all semua ?? moga semakin di Berkati. Kebetulan pagi nih Norish tak dapat nak lelapkan mata, jom saya syer sikit apa yang berlaku di kedai Norish di Uptown Shah Alam, waktu bulan Ramadan ini.
Selain dari melukis inai, Norish ada juga menjual baju2 lelaki & perempuan dengan harga yang murah...!!!...yang paling menarik Norish juga ada menjual serunding daging asli dan serunding ayam., tak ketinggalan juga untuk anda semua kelihatan menarik dan cantik , jom try makan collegen rumpai laut. Jom la kita cuci mata.

Serunding Daging Asli & Serunding ayam

Collegen Rumpai Laut, Gred AAA & Gred AAAA

Antara salah satu corak lukis inai, baru untuk Aidilfitri

Jom datang !!!!
Okey, buat pagi nih sampai di sini dulu, nanti Norish cerita lagi ya...Selamat Bersahur .... :)

Jumaat, Julai 12

Inai lukis .




ini adalah video lukis inai,yang saya buar sendiri, corak ni spontan jer.. :) saje je nak conteng2. hope u all enjoy !.
p/s: sorry quality tak berapa cantik hihihi...

Terima kasih kerana sudi menonton :)

Khamis, Julai 11

Henna/ Inai: Bukan sekadar untuk perkahwinan.

Salam Ramadhan. kali nih Norish just nak share sikit tentang Inai. Bulan lalu masa Norish buat karnival di Mofaz, ada org chinese ni datang nak tengok kereta, then dia ternampak Norish yang sedang buat inai. Bukan senang tau Orang cina nak buat inai nih. sbb mereka lebih gemar bertatu.

Firstly Madam nih memang sangat cerewet tentang inai nih, dia risau kalau saya lukis tak ikut apa yang dia nak, then dia risau kalau tak berapa merah. Setelah Norish puas pujuk2 dan tunjuk banyak contoh2 padanya, dia setuju  nak buat , tapi nak sikit je kat Ibu jari.nak test je katanya. Alhamdulillah akhirnya.

Jadi Norish tunjukkan lah kepakaran .(heheheheh...ayat tu macam sangat poyo kan!!). Norish buat ikut citarasanya. selesai sudah. :).

Setengah jam kemudian Madam tu datang balik dengan suaminya.. (masa tu dalam hati terdetik, aish.... apasal pulak nih?...., ada yang tak kena ker? ) si suami nya terus datang pada Norish dan tengok corak dalam fail tuh, dengan berbahasa cina dengan wifenya, yang Norish pon tak faham. Dalam 10minit lepas tuh baru dia tanya Norish , corak apa yang sesuai untuk buat di kaki saya.

Norish cakap terus terang yang saya tak buat untuk lelaki, atau corak binatang. katanya dia tak kesah, dia nak juga Norish lukis dikakinya, dia nak corak yang bersesuaian dgn kakinya.

jadi setelah mendapat kebenaran dari suami dan bapa mertuaku. maka saya mula la melukis di kaki nya.Dengan corak yang spontan. plus Madam tadi nak buat lagi di lengan nya. katanya sangat cantik dan unik corak yang saya buat. Alhamdulillah.. :)

jadi jomla lihat gambar nih:-



p/s; Untuk lelaki yang nak berkahwin u all semua tak boleh pakai lukisan ya...sebab lukisan inai nih adalah perhiasan wanita, u all pakai full cap yang biasa je. :)

Wassalam... :)

Rabu, Jun 19

Inai simple bagi majlis Bertandang

salam sejahtera, ok kali ni just nak kongsi sikit, tentang waktu majlis untuk bertandang belah pihak lelaki.

 Norish dapat sms dari customer nih namanya Izzah, dia nak buat inai pengantin untuk nikah pada May yang lalu, di Melaka, sayang sekali masa tu Norish fullybook. :(.

jadi pada awal Jun dia sms lagi katanya nak pakai inai on majlis sebelah Lelaki di rumah Norish. Alhamdulillah time tuh Norish available untuk inaikan dia. jadi kami buat appointment dan kami berjumpa.

Izzah dan suami selamat sampai ke rumah saya di Shah Alam, pada mulanya sesat gak sbb nak cari jalan masuk rumah, mereka hanya tahu jalan yang dekat station Bus shj, Jadi adik Norish keluar dan jemput mereka dari sana.

Sampai sahaja di rumah , Norish rasa macam kenal raut wajah dan suaranya,  hah.... patut lah, wartawan MELODI rupanya :)...


ha.. betul rupanya dia, baru jer minggu lalu tengok melodi pasal review dia nikah , huhuhu tak sangka orangnya dah sampai rumah Norish. Alhamdulillah.. :)

jadi kali ni untuk majlis bertandang beliau inginkan corak yang halus dan simple untuk dibawa ke majlis lelaki.  Beliau memilih corak bunga SnowFlake yang memang menjadi pilihan ramai, sebab coraknya bunganya yang  unik.

okey izzah,& pasangan, Selamat Pengantin Baru. :)

Selasa, Jun 18

Seni Halus Ukiran Inai.

Salam semua ,

kali nih,  Norish nak bercerita tentang seni Halus Ukiran Inai.

Seperti yang anda semua tahu tentang pemakaian inai , ia amat sinonim atau berkait rapat dengan Adat Pengantin Melayu, yang mana Norish dah pon ceritakan pada entry sebelum ini. Tapi sekarang Norish nak kongsikan sikit , bagaimana ia di lukis.

Sebelum kita memakaikan inai pada pengantin, ada 2, perkara yang harus di beritahu pada pengantin ialah :-

1- kebersihan kaki dan tangan anda. (basuh kaki tangan dengan sabun utk pastikan kulit bebas dari sebarang losyen/minyak atau kotoran)

2- Ruang ,  Pencahayaan, dan Pengudaraan amat lah penting bagi memastikan keselesaan bagi pihak pengantin dan pelukis.

nak lukis inai ni nampak macam senang , tapi hakikatnya ia sangat memerlukan focus dan daya imiginasi image yang tinggi,  bukan senang nak lukis pada kulit orang, kalau dah silap tak boleh padam, nnti comot. sebab itu lagi halus ukiran seni inai itu maka lebih mahal harganya.

kadang -kadang kita nampak corak tuh macam senang je, tapi sebenarnya bila kita melukis, ia memerlukan seseorang itu menjadi sangat kreatif untuk melukis pada kaki/ tangan yang berbeza. sebab setiap kaki/tangan kita ni mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan. dan jangan terkejut kalau saya katakan ada corak yang dipilih tapi tak sesuai untuk tangan/kakinya.

jadi pengantin dan pelukis perlulah berbincang. tak semestinya apa yang dipilih mesti ada ditangan/kaki, itu 100%.
 Kadang -kadang ia perlukan penguahsuaian bagi menyesuaikan dengan bentuk kaki/tangan anda.



                gambar di atas adalah salah seorang pelajar Norish , yang sedang melakukan latihan melukis.

Teknik melukis bagi setiap pelukis adalah bergantung pada kemahiran pelukis itu, lagi mahir ia melukis, lebih kemas lukisannya, Lebih kemas lukisannya lebih juga upahnya, kerana kemahiranya melukis dengan kemas, cepat, dan spontan.






Bagi Norish Melukis inai bukanlah pekerjaan yang remeh. ia memerlukan daya imiginasi yang sentiasa fresh, tahap kesabaran yang tinggi, ia juga memerlukan kecekapan, dan focus yang tajam. daya pemikiran bagi seorang pelukis ialah mereka boleh berfikir seperti melihat didalam cermin.(bagaimana untuk seimbangkan kiri dan kanan).

Bagi para pelukis inai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, Tahniah kerana anda adalah seorang yang sangat sabar dan kreatif.
Bagi para pelukis yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, Latihan adalah kuncinya. lebih banyak latihan lebih tinggi keyakinan anda.
Bagi para Pelanggan,setiap lukisan inai adalah seni ukiran yang tinggi yang tidak ternilai, kemahiran, kecekapan, dan kekemasan lukisan inai, boleh menjadikan hari bahagia anda lebih bermakna.

sekian, renung-renungkan :)

terima kasih.

Selasa, Jun 11

Henna/ Inai Pengantin di Ampang.

Salam Semua, Selamat kembali ke sekolah , bagi adik-adik yang bersekolah dan tak lupa juga bagi guru2 yang mengajar.

sepanjang perjalanan cuti sekolah selama 2minggu ini, keadaan jalan raya masa Norish berinai sana sini , Alhamdulillah, tak lah sibuk seperti selalu. hihhi..boleh lah budget time awal pada customer yang dah buat appointment, mmmm tapi ada gak yang jam sikit2 sebab ada accident kan.. huhuu....

Alhamdulillah rezeki Norish semakin murah , sbb tiap2 hari Norish ada job dengan pengantin, sampaikan kedai kat uptown tu ,tak sempat nak, buka. untuk pengetahuan semua, Norish masih lagi beroperasi di shah alam seperti biasa, cuma kene call dulu sebelum datang tau.... hihiihi... nasib ada crew yang boleh tolong norish buka kedai, walaupon mereka hanya buat Part time.

Makin banyak job pada cuti sekolah , makinlah banyak ragam customer yang Norish jumpa, dari secerewet orang sehinggalah seikhlas manusia..banyak yang Norish perlu bersabar dan tangani dengan sebaik mungkin.
Alhamdulillah juga rezeki Norish untuk bertemu dengan pelakon dan pelawak kita Kak Eida Moin. Ini untuk majlis adiknya, Eddy Moin, hah.. dia pon sporting sangat cool jer kira best lah. seronok betul dengan kak eida nih, macam dah kenal lama, orang nya sangat ramah dan kelakar, jadi jomlah kita lihat lukisan apa yang Norish buat khas untuk mereka :)


Yang hujung skali tu lah qalisha, sedara baru kita,dia baru je 2 bulan memeluk islam, Alhamdulillah, Dialah
  isteri Eddy Moin.

haa... seronok kan... huhuuh... Alhamdulillah rasa hati nih sangat berbunga bunga, sebab secara kebetulan hari yang Norish jumpa Kak Eida n Eddy nih , ialah pada hari ulang tahun perkahwinan Norish yang ke-5 dengan suami tercinta... En.Raja Abdul Firdaus.

okey u guys... jumpa lagi  :) Terima Kasih.