Isnin, Ogos 6

Henna /Inai : Ringkas di Majlis Pernikahan.

Salam Ramadhan semua, kali nih entry untuk bulan Ramadhan. 
 
saya perkenalkan Bella, menetap di Taman Melati. opppsss...blog Norish tak sempat nak minta dengan nya...huhuhu. mungkin sebab kelam kabut, tak pe nanti tunggu dia Upload gambar k.

ok Firstly Norish terkejut juga ada yang nak buat majlis nikah pada bulan Ramadhan ni. Mulanya Bella nak akk kesana, tapi mungkin ada sebab tertentu dia lebih senang jika ke tempat Norish. Di Shah Alam . kira agak jauh juga dia nak datang kemari. Tapi pesan padanya jangan datang sorang nnti tak berteman payah pula. :)

setibanya waktu yang dijanjikan jam 8mlm, selepas berbuka Norish terus bergegas ke Uptown sek 24 nak buka kedai, lagi pon dia dah sms Norish katanya dah sampai..huhuhu... time jam 8 mlm uptown baru je nak buka , pekedai baru nak mula datang.

Akhirnya jumpa juga orang yang diceritakan. huhuhu...Alhamdulillah. Rupanya Bella datang bersama dengan adiknya menaiki lrt n komuter , sampai shah alam terus ambil teksi ke uptown. kesian juga padanya, tapi sebabkan inai bella gagahkan juga huhuhu ....



ok Akhirnya bella setuju untuk memilih corak seperti dibawah:-

Tahniah Bagi Bella, lepas nih dah ikut husband belajar di UK, bidang kedoktoran.

Selamat Pengantin Baru.