Rabu, Mac 7

henna/inai: Amanda Misbun

As salam semua lama rasanya dah tak online nih. lately Norish sangat sibuk, nak uruskan macam -macam perkara, termasuklah urusan keluarga, :).walau apa pon yang berlaku perniagaan tetap berjalan, tetapi keluarga harus di utama kan.:)

kali ni Norish sangat bertuah, kerana dipanggil oleh pelakon cute Amanda Misbun. Biasalah Norish nih bila dah sibuk kadang nama tak berapa nak kenal, tapi bila nampak muka tuh kenal la :) , kisahnya masa itu Norish mendapat panggilan seperti biasa, katanya nak berinai, bila Norish tanya "sapa namanya nih?" jawabnya "Amanda,  Amanda Misbun". dalam fikiran Norish bukan melayu kot??, tapi bila dia sebut misbun tuh ..ooo

:). ok cukup berceloteh.. :) bile sampai jer di rumahnya. Alhamdulillah saya disambut dengan baik sekali :). Amanda or mandy orangnya ramah sekali banyak yang kami borak kan.:) seronok sangat. tentang coraknya , sangat simple . kalau di ikutkan nya nak jer yang lain tapi di sebab kan oleh faktor komitment kerja nya beliau tidak dapat memenuhi kehendaknya :(, jadi cukup la sekadar ada inainya :), Insya Allah jika ada rezeki dapat la berinai lagi :)


Terima Kasih Amanda, Selamat Pengantin Baru, Moga hidup bahagia Dunia Akhirat..Amin..