Inilah Inai bancuhan yang telah saya siapkan. & ia harus di simpan sejuk didalam peti sejuk , ia hanya dapat bertahan dalam jangkamasa kurang drpd 1 bulan sahaja.
Harus di ingat bahawa pemakaian inai daun ini haruslah lebih dari 5-7jam, bagi memastikan ia merah cantik di hujung jari anda semua. Kemerahannya juga bergantung pada individu, & juga jenis daun yang digunakan, daun inai tidak semuanya merah sama . ada sesetengah pokok hanya merah oren sahaja, dan ada sesetengahnya merah menyala. Ketahanan nya lama berbulan-bulan lamanya. :) Pokok inai yang saya gunakan ialah yang berjenis daun kecil & Insya Allah inai saya merah cantik.
lihat la hasilnya :)
selain inai ini digunakan oleh para pengantin untuk memakainya di jari, Daun & akar pokok inai ini boleh di rebus & di minum untuk tujuan menaikkan seri wajah. agar wajah kelihatan kemerah merahan "dah tak perlu pakai blusher " :) . petua ini di ajar oleh mak customer saya . beliau amat gemar meminum air akar kayu :). ( Insya Allah nnti Norish cuba )..terima kasih shahira & family sudi berkongsi petua dgn Norish. |