Selasa, Februari 21

Henna / inai - Nilai - Ayun

Hai semua, rasa lama tak pegang laptop nih & buat new update untuk korang. Ok kali nih Norish ke Nilai untuk berinaikan Ayun. Seorang gadis yang sangat manis & bersopan, sangat suka dengan senyumannya. Dia ni pon bakal mengembangkan bakat seninya dalam bidang perkahwinan nih. :) . Wah memang berbakat.:) pelamin & bunga telur semuanya di gubah sendiri, Norish mmg tabik la dengan dia. mmm & tak silap dia pon mmg ada kedai tudungnya sendiri.. Norish rasa macam nak pergi skali lagi jer kesana & beli tudung & jual disini huhuuh...sajer jer buat backup business.:)

for you all yang berminat nak membeli tudung nnti saya link kan dengan blog nih supaya senang you all buka k :), tapi skang nih saya nak citer pasal inai .huhuu.. ok kali nih Ayun request inai yang nak nampakkan tangan nya tuh lebih panjang & runcing.. huhuuh masa tuh dalam fikiran Norish tak de lah nak confirm ada corak untuknya. tetapi Norish discuss dengannya corak bunga yang bagaimana yang dia suka. Alhamdulillah akhirnya jadilah hasil seperti di bawah. :)

mmg ada gambar yang dia tunjukkan pada Norish nak yang macam mana. tapi Norish ubah supaya bunga tersebut sesuai dengan tangannya & kehendaknya. :) Insya Allah .






ha ni lah dia gadis manis Ayun di Nilai. kami sempat bergambar sebelum pulang. :) tak ketinggalan anak buahnya yang comel. Ratu.



Terima kasih Ayun & keluarga kerana melayan kami dengan baik sekali , selamat Pengantin Baru :)

Isnin, Februari 13

Henna/Inai: Naz -Puchong Hartamas

Hai semua kali ni Norish upload gambar yang terbaru, yang mana bunga dalam gambar nih di requerst oleh pengantin sendiri. Beliau yang berusaha mencari corak yang dia ingin kan. dalam masa di saat2 akhir. mlm nih nak kerumahnya ,pagi tuh la dia bagi coraknya pada Norish. huhuhuhu...Kalau boleh yang lain jangan la lambat2kan corak yang korang nak Norish lukis tuh jangan hantar last minute k:), 

By the way Alhamdulillah Norish berjaya juga menyiapkan lukisan Inai yang di minta oleh pengantin. Alhamdulillah juga beliau sangat 2 berpuas hati :)










inilah hasil lukisan dari Norish.Jika ada yang berminat nak mencuba Air tangan Norish nih Call saya k InsyaAllah Norish cuba memenuhi permintaan korang :), tapi korang semua kene faham kerja Norish yang sangat 2 memerlukan masa utk dtg kerumah korang, :) jadi harap korang dapat free kan diri masa nak berinai jadi senang Norish nak adjust time. Tapi bagi Naz dia very Understanding :) tq Naz .

depan: Naz, Norish
Belakang : Intan, Haiza, Wawa Tv3

inilah Photo, yang sempat kami ambil sebelum Norish pulang. huhu lama tau dari jam 1030 norish start sampai jam 2 pagi baru selesai, nasib la ada teman 2Naz yang sudi menemani beliau & mereka tak kering gusi membuat kami ketawa, secara tak langsung membuat kan hati Naz yang risau menjadi ceria semasa berinai:)
oh ya tak ketinggalan sebenarnya salah seorang kawan sekolah naz nih pembaca berita tv3, Nurul Azwaliza Azman, mulanya Norish tak perasan tapi husband Norish yang tegur dia..huhu tak sangka Norish dapat jumpa beliau skali.&sempat bergambar, Anyway dia lah yang selalu menceriakan suasana pagi tuh dengan celoteh & cerita ttg anaknya .Seronok pengalaman kami .:)

Selamat Pengantin Baru Naz, saya doakan moga Naz & Nazul berbahagia hingga ke akhir hayat.:) Pengalaman dengan Naz adalah pengalaman yang sangat menyeronokan . :)




Rabu, Februari 8

Henna/ inai: nisa seremban 2 ukiran pengantin.



Hai semua kali nih Norish upload pula gambar Customer namanya nisa. dia meggunakan inai Daun .


Isnin, Februari 6

inai /Henna : ukiran spontan Norish di Uptown Shah Alam Seksyen 24

Hai semua, kali nih Norish upload gambar corak spontan semasa di Uptown. Tangan nih tangan jurumake up Zura Anuar. kebetulan dia nak balik ke Pahang, jadi apa salahnya dia melaram . :) boleh dia promote Inai ukiran nih di Pahang sana :) InsyaAllah bagi Norish boleh ajer janji pasal payment tu, kita setuju dengan apa yang telah  dibincang :)

Norish buat 2 corak salah satunya corak kegemaran ramai Rose .




ok tak? jadi jika ada yang sudi yang nak mencuba corak boleh la hubungi Norish. :)

Make up For Dinner/ Party.

As salam hai semua, kali ni Henna Noor Collectionz perkenalkan service terbaru iaitu make up untuk para pengantin yang ingin mencari make up yang simple & menarik besert harga yang  berpatutan.

Yang make up nih bukan Norish tapi kawan saya namanya Zura.Anuar. beliau mempunyai sijil kelayakkan make up yang di belajar di London, & juga pernah berkhidmat di Body Shop. sebagai jurusolek.

sila la jamu mata dengan hasil sentuhan Zura Anuar.