Isnin, November 14

henna/inai: Nurul huda Abdul Aziz (Yuyu aziz)

 Alhamdulillah syukur saya telah selamat menjalankan tugas melukis inai untuk yuyu aziz,Selamat Pengantin Baru juga di ucapkan pada beliau.

Pertama skali saya sungguh tak menyangka yang saya dapat bertemu dengan pemenang Anugerah SKRIN 2011- Laporan Berita Terbaik Nurul Huda Abdul Aziz..Tahniah Yuyu. :)

Pertemuan kami untuk berinai ialah di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur ..huhuuh 5 star hotel.. merasa juga saya nak kesana ..Alhamdulillah..Tanpa membuang masa saya terus mulakan kerja. ye lah ada lagi 2 rumah saya nak kejar on that date.
Beliau sangat peramah. menjadikan suasana bilik itu tidak sunyi, saya kalau boleh pun nak juga bercerita bersama namun kerja inai saya harus dilakukan dengan teliti jadi saya lebih banyak mendengar, tapi seronok  betul dapat bertemu dengan beliau. seorang wanita yang matang , manja & ramah.