Sabtu, September 3

henna/inai : Mont Kiara - Tengku Zahariah (Ku Yah)


Sehari Sebelum Hari Lebaran 2011, Alhamdulillah syukur Tengku Yah, call saya, katanya nak buat Inai sempena Hari lebaran keesokkan harinya...huhu Saya amat bersyukur kerana beliau amat berpuas hati dengan kerja saya, hingga kan dari corak yang hanya di pergelanggan tangan hingga beliau meminta saya untuk datang sekali lagi untuk menambah lagi corak tersebut supaya ia nampak lebih menarik...& ada kelainan untuk program beliau seterusnya.. :)





Haaa..lihat gambar di bawah...ini lah hasil nya selepas saya menambah lagi coraknya hingga melingkar di pergelanggan tangan nya , mengikut citarasa Ku Yah tersendiri...Alhamdulillah beliau amat sukakannya...& minta saya datang lagi jika ia sudah pudar untuk program rumah terbuka beliau pada hujung minggu, nanti.



Walaupun dalam kesibukkan Tengku Tetap kelihatan Bertenaga & Jelita.



sebelum

selepas, saya juga tambah tone hennanya.