Ahad, April 17

Henna/Inai dalam Adat Istiadat Perkahwinan Melayu.



INAI,  ialah sebagai simbol atau tanda bahawa kedua-dua mempelai masih mempunyai 

dara yang dikawal dengan kehormatan diri untuk menjadi satu kemegahan bagi kedua-dua keluarga mempelai. 


INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara,
1- berinai curi
2- berinai kecil
3- berinai besar.

Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain untuk perubatan.

 The word "henna" literally means "to become queen."  Henna was regarded as having "Barakah," blessings, and was applied for luck as well as joy and beauty. Brides typically had the most henna, and the most complex patterns, to support their greatest joy, and wishes for luck.


KESIMPULAN
 Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan. 

 Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu, segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera dibacakan oleh makandam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya mempunyai signifikasi tersendiri.

 Di antaranya bertujuan untuk melindungi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus. Manakala upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak menggunakan bunga manggar dan sebagainya bertujuan untuk bersuka-suka di samping mengeratkan hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan dengan saudara mara kedua-dua belah pihak yang baru berkenalan.

 Walaupun setiap negeri mempunyai istiadat yang agak berbeza, tetapi secara umumnya ianya adalah hampir-hampir sama serta mempunyai matlamat yang tertentu.

Henna/inai dalam Perubatan.


Nama Vernakular: Inai/Henna/pacar
Nama Botani: LAWSONIA INERMIS
Taburan Tanaman: Taburan asli inai adalah di Barat Benua Asia, dari India ke Asia Barat hingga ke Iran. Tapi kini ia di tanam di serata kawasan tropika & subtropika

DARI SEGI PERUBATAN.

- AKAR:# Akar inai ditumbuk lumat-lumat & ditampal pada bisul.
               #Air rebusan akar tersebut di minum untuk, merawat bronkitis,masalah terlalu byk                 mukus & melawaskan pembuangan air kecil.

-BUAH YG MUDA:# Di buat ubat salap untuk merawat gatal pada kul

-BUNGA : #Di campur air mendidih & diminum untuk tidur yg lena

-DAUN: # Merawat kusta,demam kuning,& juga kelimumur, daun inai yg segar di tumbuk hingga lumat & di tampal pada kawasan bisul, luka & penyakit kuku(cagu). Teh rebusan daun inai sesuai di minum oleh ibu lepas bersalin & bagi yg mengawal berat badan.

-RANTING:# Digunakan untuk menggosok gigi.

(Info from, Buku: Tanaman Hiasan:Khasiat makanan & Ubatan By Hean Chooi Ong)